Followers

09 October 2009

Madinat Nasr...

Assalamualaikum....
Madinat Nasr adalan antara satu bandar yang agak sesak.
Inilah destinasi perumahan yang kududuki sekarang.
Di Hayyu 'Asyir..

Sudah seminggu ku menjalani kehidupan sebagai student Al-Azhar As-Syarif.
Memang mencabar kehidupan as a student.
Hari2 kena bangun awal,siap awal dan bertolak awal
Semuanya gara-gara nak dapatkan tempat dihadapan,dapatkan bas harga murah dll

Hari-hari menempuh badan-badan Arab yang boleh tahan besar.
Ada sekali bertolak lambat dari rumah..
Sebaik sampai dekat gama'ah(universiti)..pakat-pakat berlari selaju mungkin
takut dukturah masuk awal..xterlepas aku dan ummu habibah
Student Arab tengok semacam je bila student Malaysia berlari-lari

Esoknya,semua ahli bait setuju datang awal
Rupa-rupanya kitorng datang terlalu awal sampai kena halau keluar dari fakulti..
Waktu 2 baru perasan,kenapalah student Arab ni xmasuk-masuk lagi...
Sempatlah berkenalan dengan seorang dua student arab..
Ada yang ramah,ada yang sombong dan ada yang suka  gelakkan budak Malaysia
sebab xpaham apa yang dorang cakap

Satu perkara yang buat kitorang nak tergelak sangat
ialah student Arab pun berlari-lari juga bila guard buka pintu Fakulti
malah lebih laju dari kitorang
Satu budaya Arab yang bagus ialah budaya ilmu yang mereka miliki
Mereka datang awal dan berlumba untuk berada di depan
NAsib baiklah kelas student Malaysia diasingkan
kalau tidak mesti dah duduk di belakang

Subject...
Anatomy..Physiology...Biochemistry...Histology
Setiap satu subjek terdapat banyak lagi branchesnya
Setiap branches pula lain-lain dukturah
Hari yang keempat sudah diperkenalkan dengan skeleton
malah sudah bermesra pula dengan skeleton



akan bersambung...

No comments:

Post a Comment