Followers

19 December 2009

maafkan diriku...sahabat

sahabat1

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman biasa sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…
 

 apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku

…semasa waktu pulang dari kuliah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..kadang2 aku merasakan kau semakin menjauhi diriku..sekarang kau sering meluahkan prasaan dan berkongsi cerita pada org lain..sedangkan kite dahulu adalah teman rapat.

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..tp yg paling penting ingin aku katakan..aku terlalu sygkan kau sampai xsanggup melihat kau bergelumang dgn perkara2 yg mndatangkan kemurkaan Allah..aku xlayak menasihatimu kerana kau lbh hebat dariku tentang semua ini.





aku sgt berharap kau sedar dan istigfar...mungkin kau diuji dgn bnde2 ini...dan sesungguhnya aku sgt sedih saat kau berbicara dgn si dia..sebagai seorang sahabat aku xmau kau terjerat dgn perangkap dunia..dan menyalahgunakan cinta kurniaan ilahi...tidakkah kau terfikir Yang Maha Esa sedang melihat tindak tanduk kita..sesungguhnya aku sgt memahami perasaan kau..sabarlah wahai sahabat..ingatlah kisah epal yg dipelihara Allah sentiasa berada di atas..sangat susah digapai oleh manusia...jangan sesekali merendahkan diri dan menyembah bumi utk digapai oleh manusia...sesungguhnya Allah memelihara kau utk digapai oleh manusia yg diredhaiNya..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk mendengar celoteh dari sahabatmu yg lemah ini…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu.…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.


sahabat2

No comments:

Post a Comment