Followers

27 September 2009

Mengelak diri dari mengumpat


Kadangkala sedang asyik berbual tanpa disedari mereka melampaui
batas dan melakukan satu amalan mazmumah satu amalan ia itu
mengumpat.Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk mang-
hancurkan seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan
orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya.Perbuatan ini
samalah menikam seseorang dari belakang atau berlawan dengan
seseorang yang tidak berdaya.
Keburukan mengumpat ini amat jelas sehingga Al-Quran menyamakan
perbuatan mengumpat itu seperti memakan daging saudara sendiri
yang meninggal dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud “janganlah sesetengah kamu
mengumpat sesetengah yang lain,adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudara yg mati (jika demikian keadaannya mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya”
*Surah Al-Jujurat Ayat 12.
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,
maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan
mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia
mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada ber-
tanggung jawap terhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Semuga kita sentiasa menjaga iman
dan rahmat ALLAH adalah hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri
kepada ALLAH…..Amin.

Bagaimana Menghilangkan Rasa Marah


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar. . itulah senjata orang2 mukmin.

19 September 2009

Mesir..dunia baru


penerangan sebelum berlepas..


sudah 2 hari menjejakkan kaki di sini
segala-galanya berbeza dengan kehidupanku sebelum ini
keadaannya yang penuh dengan sampah,najis dan sebagainya
tetapi di sinilah juga tempat para anbiya' terdahulu bertapak


 


 keluarga yang ditinggalkan


Inilah keluarga yang tidak jemu-jemu memberi support.
Selamat tinggal abah mama.
Selamat tinggal akak,dila,asyraf,adik
Doakan alang pulang bersama segulung ijazah
  bukan dengan segulung jenazah

 

13 September 2009

Selamat Tinggal Malazi...

Tinggal beberapa detik saja lagi aku bakal meninggalkan Malazi.Malam ni cipta sejarah tak tidur,debar punya pasal.Kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini,disini saya ingin memohon maaf diatas segala tindak-tanduk yang kurang disenangi.Mohon dihalalkan segala-galanya.Selamat Hari Raya...

12 September 2009

MARI BERKENALAN DGN SUBJEK PERUBATAN !

1 QS HUMAN ANATOMY

2 QT PHYSIOLOGHY

3 QU BIOCHEMISTRY

4 QV PHARMACOLOGY

5 QW MICROBIOLOGY & IMMUNOLOGY

6 QX PARASITOLOGY

7 QY CLINICAL PATHOLOGHY

8 QZ PATHOLOGHY

9 W HEALTH PROFESSIONS

10 WA PUBLIC HEALTH

11 WB PRACTICE OF MEDICINE

12 WC COMMUNICATION DISEASES

13 WD NUTRITION DISORDERS

14 WE MUSCULOSKELETAL SYSTEM

15 WF RESPIRATORY SYATEM

16 WG CARDIOVASCULAR SYSTEM

17 WH HEMIC & LYMPHATIC SYSTEM

18 WI DIGESTIVE SYSTEM

19 WJ UROGENITAL SYSTEM

20 WK ENDOCRINE SYSTEM

21 WL NERVOUS SYSTEM

22 WM PSYCHIATRY

23 WN RADIOLOGY

24 WO SURGERY

25 WP GYNAECOLOGY

26 WQ OBSTETRICS

27 WS PAEDIATRICS

28 WT GERIATRICS, CHRONIC DISEASES

29 WU DENTISTRY

30 WV OTOLARYNGOLOGY

31 WW OPTHALMOLOGHY

32 WX HOSPITAL & OTHER HEALTH FACILITIES

33 WY NURSING

34 WZ HISTORY OF MEDICINE

35 BA BACAAN AM

36 WR DERMATOLOGY

10 September 2009

Roo****e

RUKUN KE-9 :
UKHUWWAH ialah hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah.Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga.Ukhuwwah adalah saudara bagi iman.Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran.Kekuatan yang ampuh ialah kekuatan kesatuan.Tiada kesatuan tanpa kasih saying.Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati dan yang paling tinggi ialah ITHAR.

Mesej berharga datang dari ex-roomate.
Mengimbau kenangan semalam…
“sakitnya hati aku,heater baru beli dah rosak! Sape yang rosakkan ni…geramnya,asyik2 aku je yang kene kemas bilek,sapu lantai,hias bilek dan ….”
Ni la dialog tak puas hati aku masa lalu
Dulu,segala benda yang dia buat serba tak kena dengan bagi aku,dia sampai nangis2 kenapa aku layan dia tak sama macam aku layan orang lain..waktu tu bagi aku takde sape pun yang dapat gantikan geng terbaik aku zaman sekolah (gt_i).tetap xboleh gantikan wani,idah,dada,bilah,lina,asmat,aina,yna,nad dan nisah.
Macam2 usaha dia buat tapi aku tetap keras hati.sampai2 dia hadiahkan aku heater baru,api marah xpenah luput.hehe,jahat nye aku zaman itu.
Keakraban kami mula berputik pabila memasuki sem2.Itupun,tidak sepenuh hati..baik dan ramah depan orang je tapi bila dalam bilek dia ke sana aku ke sini(tak bertegor pun).Hati mula berlembut saat dia mengalami masalah dengan Quran,aku dah jadi macam guard dia.Hari2,”bangun2,ngaji!! Hari ni mesti kena hantar modal 5 muka kalau tak esok kena ganda.Jangan gi meeting kalu ada.Nanti dayah mintak excuse dengan orang yang buat meeting tu”
Garang kan aku time tu,mana tak nyer dia seorang yang disegani.Aku paling tak suka orang mengata roommate aku lambat Quran sebab sibuk dengan kerja.Aku roomatenyer,aku taw ape yang dia buat.Sampai2 ada orang suruh dia letak jawatan.Geram sangat time tu.Mana tak nyer,orang kata faktor dia lambat Quran sebab kerja.Cuba kalau dia letak jawatan tapi Quran still lambat…hah nak cakap ape?Quran ni hidangan Allah…
Akhirnya kekuatan dia untuk bertahan mulai berkurangan..Aku ditinggalkan jua..sedih tak terperi time tu..first time aku nangis seesak-esaknya.Aku bakal kehilangan seseorang.Time tu rasa rugi sebab 1 sem buang masa gaduh dengan dia.Last2 rasa sayang hadir saat aku kehilangan dia.
Sekarang,aku pula bakal meninggalkan dia untuk tak taw berapa lama.Beberapa hari sebelum aku meninggalkan dia,aku sempat melawat dia di UIAM buat kali terakhir barangkali.Sempat beriftor sekali,sempat menangis sekali dsb.Ucapan yang sering aku titipkan buat si dia”Moga dapat roommate yang lebih baik dari aku”
Buat roommate yang tersayang,
Sekalung terima kasih kerana menerima diriku yang serba kekurangan ini.Terima kasih di atas persahabatan yang kau hadiahkan buatku.Moga engkau terus kuat berada di medan ilmu yang penuh dengan cabaran yang kadang-kala membuat engkau berasa lelah.Ingatlah Allah sentiasa bersamamu sedangkan aku dan manusia lain tidak kekal untuk menemanimu sentiasa.Simpanlah kenangan yang kita miliki dulu sebagai sejarah yang menghiasi kehidupanmu.Terima kasih atas hadiah yang engkau berikan.Peluklah katak yang dayah bagi dulu..
Salam sayang.

06 September 2009

Puisiku...




Ramadhan Kareem


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kenangan semalam...

semalam hanya tinggal kenangn...merasai indahnya iftar bersama orang2 yang bersaudara atas namaMu...terima kasih pada mereka yang menganjurkan iftar...manisnya kenangan semalam...berpelukan seperti bakal meninggalkan mereka untuk selamanya...sememangnya aku bakal meninggalkan mereka merentasi dunia...akan kusimpan kehangatan mereka sebagai penguat jiwa raga dalam menempuh hari2 perjuangan tanpa mereka disisi...kurindui saat menangis bersama...saat ketawa..saat bergaduh+kelahi...Ya Allah,aku xsanggup meninggalkan mereka...