Followers

19 December 2009

maafkan diriku...sahabat

sahabat1

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman biasa sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…
 

 apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku

…semasa waktu pulang dari kuliah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..kadang2 aku merasakan kau semakin menjauhi diriku..sekarang kau sering meluahkan prasaan dan berkongsi cerita pada org lain..sedangkan kite dahulu adalah teman rapat.

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..tp yg paling penting ingin aku katakan..aku terlalu sygkan kau sampai xsanggup melihat kau bergelumang dgn perkara2 yg mndatangkan kemurkaan Allah..aku xlayak menasihatimu kerana kau lbh hebat dariku tentang semua ini.





aku sgt berharap kau sedar dan istigfar...mungkin kau diuji dgn bnde2 ini...dan sesungguhnya aku sgt sedih saat kau berbicara dgn si dia..sebagai seorang sahabat aku xmau kau terjerat dgn perangkap dunia..dan menyalahgunakan cinta kurniaan ilahi...tidakkah kau terfikir Yang Maha Esa sedang melihat tindak tanduk kita..sesungguhnya aku sgt memahami perasaan kau..sabarlah wahai sahabat..ingatlah kisah epal yg dipelihara Allah sentiasa berada di atas..sangat susah digapai oleh manusia...jangan sesekali merendahkan diri dan menyembah bumi utk digapai oleh manusia...sesungguhnya Allah memelihara kau utk digapai oleh manusia yg diredhaiNya..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk mendengar celoteh dari sahabatmu yg lemah ini…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu.…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.


sahabat2

15 December 2009


Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada
Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
 
Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin
.
Golongan 6 Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Isya Allah..

.marilah kita sama ber MUHASABAH.......dimanakah solat kita.....adakah solat yg kita lakukan itu....telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita...penglibatan kita........insya Allah ....moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama..........adakah segalanya yg kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita. Oleh itu sesamalah kita berpesan pesanan antara satu sama lain...

13 December 2009

ANA SAYANG ANTI KERANA ALLAH...



hurmm..sedih  lor...

>knape??

Malu lar nak bagitaw org..waaa!!

>LORH,KALAU TAK GTAW,CMNE ANA NAK TOLONG ANTI??

alaa,anti dgr jela..

>YELA,ANA NAK DGR LA NIH,,,GTAW LAA...NPE SAYANG??

hukhukhuk....ana sedey...rase cam bodoh je ape y ana wat n pk slame ni...malu sgt2 ngan Tuhan..ana frust laa...ana malu...malu sgttt..sakit ati...jealous...geram...nak tumbuk je(erk,sape2 jela..kan?erk??)

anti penah syg kat org lain?urmm,mksud ana y berlainan jantina..erk,anti phm kan?erk??

>URMM,SABAR YA UKHTI,,SABAR...ANTI MALU PASAL APE NI?MALU NGAN TUHAN??NAPE?ANTI RASE ANTI ADE WAT DOSE EH?CUBE GTAW ANA LEKLOK..KENAPE NI??ANA AKAN CUBE TOLONG TAKAT Y TERMAMPU..ERK,KENAPE ANTI TANYE SOKLAN CAMTU NI??ANTI ADE PROB SAL NI EH??

alaa,anti jawab jela ape y ana tanye td tu...please...

>,PENAH LA GAK..SUATU MASE DAHULU..CEWAHH :)

ANA TERLANJUR SAMPAI SYG TU BERTUKAR JD ADE STATUS..."ade pakwe"...HAA..TU LA...ANA PENAH LA GAK TERLIBAT LAM CINTAN CINTUN DULU..TIME TU ZAMAN 'JAHILIYAH' LAA LBEY KRANG DLM IDOP ANA..APE YANG ANA NYESAL SGT2 YELAH...ANA TELAH BYK BERZINA...ZINA HATI!!

INILAH ZINA Y PALING COMMON DLM PASANGAN Y NGAH SYOK DOP BERKAPEL..

YELAA,OFKOS LAA BILE ADE PAKWE OR MAKWE,,KITE AKAN JD TERINGT KAT DIA,KAN??KITE HARUS TAHU N INGT BAHAWA 'TERINGAT2' NI ADALAH SALAH SATU DRP ZINA...zina mata!!ZINA ADE BYK..ZINA TGN,KAKI,HATI ETC...

JGN KITE ANGGAP ZINA TU HANYE BILE BERLAKU SEX..TAK SAYANG...ALLAH MAHA PENYAYANG..DIA MENCEGAH KITE DRP WT SUME ZINA2 TU COZ DIA TAKNAK KITE TERNODA DGN KEMANISAN CINTA TERLARANG TU..ALLAH ADE BERFIRMAN:

JANGANLAH ENGKAU MENGHAMPIRI ZINA....PERASAN TAK?ALLAH SURUH KITE JGN HAMPIRI...BUKANNYE JGN BUAT...ALLAH SYG KITE..

HURMM,ILMU PASAL CINTA DLM ISLAM NI ANA BARU JE DPT..ERMM,DULU MEMANG ADE DGR..TP,ANA MCM TAKNAK TERIMA..ASTAGHFIRULLAH..

ANA KAPEL KEJAP JE..PASTU BREAK COZ..ERK,ADE LAA SEBABNYE TU..HUHU

N DEKAT NGAN 8BULAN ANA AMEK MASE TOK BETOL2 PULIH BALIK...

ANTI TAW TAK??BODOHNYE ANA KRN MENANGIS UTK SESEORG Y BLOM PASTI AKAN JD SUAMI N AYAH TOK ANAK2 ANA..BIASE LAA,CINTA MONYET..

SKRG,ANA BERSYUKUR SGT2 COZ KITORG BREAK DLU..ALLAH BG HIDAYAH KAT ANA..ALHAMDULILLAH..

HUH,DA BYK ANA CERITE..APE SEBENARNYE MASALAH ANTI NI??

wow!tak sangka anti penah gak eh?hehehe

camni anti,ana ade minat sorang boy ni..tp,frust laa..ana dpt tahu ramai lg pompuan lan y minat kat dia...geram laaaa!!!ana minat sgt kat dia..ana pon taktaw nape.....camne ni ya ukhti??

>OH,ANA DAH AGAK DA...NI MESTI PASAL NI..URMM,OK...ANTI KENA PERCAYE PD ALLAH..ALLAH DAH TENTUKAN SAPE JODOH ANTI..JD,ANA RASE TAK PERLU LAA KITE NAK RISAU KE APE KE SAL NI...KALAU ANTI BETOL2 SERIUS NAK JDKAN DIA SBGAI SUAMI N AYAH TOK ANAK2 ANTI...ANTI SBENARNYE BLEH BERIKHTIAR...CAMNI CARENYE....SEDEKAHKALAH AL-FATIHAH KPDNYE..AL-FATIHAH BUKAN TOK ORG Y MATI JE TAW..UTK ORG Y KITE MINAT PON BLEH GAK.....PERCAYE PD ALLAH..JIKA BENAR DIA ADALAH Y TERBAEK TOK ANTI,INSYAALLAH,DIA AKAN JD MILIKMU,YA UKHTI~

TP,KALO ANTI SEKADAR NAK MAEN2..ANA NASIHATKAN ANTI...BAEK TAK USAH!

WAT DOSE JE NANTI,KAN??

ANTI DPT TAK APE Y ANA CUBE SAMPAIKAN NI?

oh,camtu eh??hurmmmmmmmmm............

ntah la...bile ana pk balik.....betol gak ape y anti gtaw tu..tp,memang ana betol2 jeles bile taw ramai y usya2 dia...hukhukhuk...

>SAYANG,BIAR LA RAMAI MANE PON ORG NAK USYA KE APE KE KAT DIA...JIKA BENAR DIA JODOHMU.....DIA AKAN KAU MILIKI..PERCAYE PD TUHAN..INSYAALLAH...PLG PNTG ANTI PELIHARA HATI ANTI DARI SEBARANG ZINA..KITA HARAP Allah bagi yg terbaik utk kita

ok,tq ya ukhti...ana cube tok lawan pasaan ni...sedekahkan al-fatihah byk2 eh??okey!!! :)

TP INGT YE..JGN TERLEBIH DOAKAN TOK DIA JE...UTAMAKAN PARENTS N U URSEV FIRST...ANA ADE TERBACE SATU ARTIKEL NI..ERMM...MEMANG TERKENA ATAS BATANG IDUNG SNDIRI LAA..HEHE...ERMM,ANA SEBENARNYE NAK KAWIN AWAL..IKOT LA NGAN SAPE PON Y ALLAH DAH TETAPKAN..TP,KALAU BLEH NGAN DIA Y ANA SELALU SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UTKNYE.. :)

ARTIKEL TU PASAL LOVE N FAMILY LBEY KRANG..PASTU ADE SATU PART Y WAT ANA PK BALIK..'ye ke aku nak kawin awal ni??layakkah aku???'

PART TU BAWA MKSUD CAMNI LA LBEY KURANG.."KITE NI DA SAYANG 100 PERCENT KE DEKAT DIRI KITE SNDIRI,PARENTS,ADIK2 N ALLAH ESPECIALLY??KALO BLOM,LAYAKKAH KITE NAK SAYANG SEORANG LELAKI ASING DLM HIDUP KITE??"


ADUHH,MEMANG POWER LAA...KENA BETOL2 ATAS IDUNG SNDRI..INILAH Y WAT ANA TERPK BALIK....."betol ke aku nak kawin awal ni????"


hurmm,betol la ape y anti kabarkan tu..ana sndiri pon jd trmenung sejenak...tq ya...

ana jd lega cket skrg..baru laa bleh wat keje...huhh!!astaghfirullah...byk bende y tak sepatotnye ana pk,,,ana pk!hurmm

>TAKPE,AT LEAST ANTI DAH BELAJAR SOMETHING,KAN??

ok....terima kasih taw...

>SAME2...ADE PAPE,BGTAW LA K..INSYAALLAH ANA AKAN CUBE TOLONG...SALAM~

Ps-serahkan urusan jodoh kepada Allah yg selayaknya…betapa kita cinta pada seseorang  xsemestinya dia adalah teman hidup kita…kerana Allah tahu mane yg terbaik..kite hanyelah insane yg lemah..bercinta bukan kerana nafsu tetapi kerana mengejar  keredhaan dan cinta Ilahi..
Amar makruf nahi mungkar---elakkan diri dari sebarang zina
Bak kata seorang sheikh dari mansoura..’’buatlah apa yg kamu mahu tp aku ingin aku katakan yg ini haram(couple)..
ANA SAYANG ANTI KERANA ALLAH…


aku tinggalkan dia kerana Allah



Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran


...


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!


Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu


Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu


Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita


Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar


"i've leave him for the sake of Allah"


Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti


Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]


Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya


Sesungguhnya
 aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]





usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap




Yakinlah pada janji Allah!


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini


maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti


Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]




Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Karya asal : daffodil At-toriq


10 December 2009

hari ni sangat letih..
bangun pagi dalam keadaan menyesal
sebab semalaman xbaca anatomy lower limb
padahal esoknya ada lab..
berserah je kalau xdapat jawab..

tapi alhamdulillah
sket pun xkena soal dgn dukturah
minggu ni rasa letih sangat
mgkin nak exm kot
baru pre mid term..
balik kelas terus berkejar ke abas sala'ad

tunggu punya tunggu bas  xdtg2
hish..buang masa betol
tahan teksi macam dlm cter ketika cinta bertasbih
terus pecut

sampai kt hsbc..tekan2 no pin xdpt2
punya la sedih..duit kt tangan nak kering dah
tp kad bank plak wt masalah
masuk la dlm bank nk urus kad atm
tp malangnya pekerja bank arab ni sket pun xmembantu
nasib baik jumpa ikhwah dlm bank

''dah ramai dah org ade masalah dgn kad bank kt sni..
pekerja bank kt sini pun bkn bleh wt ape pun..
kene urus kt msia jugak..baik awk g try kt barclays bank dlm genena mall''
ujar ikhwan yg xdiketahui namanya.
''oo..ok.terima kasih banyak2''jwbku pendek

berjalanlah akhawat ni ke genena mall..
semata2 nak cari mesin atm barclays..
tp tetap xdpt jugak kuar duit..
rasa tension tahap zzz
kesudahan ceritanya
berdoalah insan kerdil ini
dalam hati di tengah2 mall yg besar

    ''Allahumma in kana rizki fis samaa'i faanzilhu..
      wain kana ba'idan faqarribhu
      wain kana qariban fayassirhu
      wain kana haraman fatohhirhu''

sama-samalah amalkan doa ni ye!



07 December 2009

Ya Allah...peliharalah kaum nisa..


salam muhasabah...

perempuan yg suci
adalah perempuan
yang dijaga
oleh allah s.w.t...

tdk sedikit pun
allah s.w.t membenarkan
mana2 lelaki menyentuh
dirinya mahu hatinya...

kerana allah s.w.t.
teramat mencintainya...

tetapi andai kamu
bergelumang dgn
cinta lelaki
dimanakah allah
untuk menjaga kita...?

allah seperti
melepaskan kamu
kpd seorang manusia
yang lebih banyak
mengecewakan kamu

jika allah s.w.t
datangkan kesedaran
dalam diri supaya
meninggalkan cinta seorang lelaki
itu bermakna allah s.w.t
mahu ambil kamu kembali
untuk dijaganya...

mengapa masih ragu2...?

kekuatan usah ditunggu
tp haruslah dicari...

hargailah kesempatan
yang allah s.w.t berikan...

sebesar-besar dosa
adalah dosa yang
dilakukan ketika
kita berasa berdosa
melakukannya...

-imam ghazali-


04 December 2009

Aku ingin jadi seperti dia...


menyelongkar kehidupan....



Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

aku ingin jadi seperti dirinya...
hidup mengharapkan keredhaan dan cintaNya..
bukan pahala dan syurga yg menjadi ukuran...
doakan semoga hatiku seperti hatinya..
hanya takut kepada yg Esa..
tidak terubah hanya kerana manusia..