Followers

20 June 2010

Perantau ini pening

Bismillah...

Tika aku menulis post untuk kali ini,kepalaku sangat pening.Dulu,kawan-kawan sekolah selalu cakap aku ni ada simptom2 migrain.Aku selalu menafikan dan selalu berlagak kuat.Padahal dari kecil lagi,kalu sehari tak masuk bilik sakit memang  tak sah.Hari-hari muntah.Bila dah besar gejala muntah semakin berkurangan tetapi pengsan dan pitam pula selalu mengganggu sesi persekolahan aku.Dalam family aku pula,akulah yang paling sensitif dengan perfume.Mama pernah cakap,aku ni kalu bau je perfume mesti pening dan muntah.Sebab tu aku jarang pakai perfume,hanya yang mild2 je aku boleh hidu.

Aku berkenalan dengan pengsan dan pitam sejak kecil.Time tu aku baru balik dari kelas mengaji.Baru je sebut Assalamualai.....dup. Mama pun keluar sebab pelik kenapa aku bagi salam tak habis.Keluar2 tengok takde orang kat luar,bila tengok bawah."YA ALLAH,dayah...".Kepala aku time tu duk bawah bonet kereta.Abah bawak aku gi hospital, doktor cakap aku ni ade gastrik tahap 1.Waktu tu mama abah tengok aku pelik.Doktor pun tanya aku "kamu ni selalu makan asam ke..suka minum air gas ke..".Ish tepat sungguh tekaan doktor ni.Sejak tu abah tak bagi duit lebih sebab tahu aku suka beli benda2 macam tu.

Pengsan dan pitam mula berjinak-jinak balik dengan aku  form one.Kesnya sebab kak long aku time tu tak belikan makanan untuk aku.Dia sibuk uruskan apetah time tu.Yela excolah katakan sampai lupa adik dia tak makan dari pagi.Petang tu,aku pun keluar cari makan sendiri kat bazar.Elok je cakap"makcik,saya nak nasi ...."dup jatuh.Kalut makcik tu kejut aku.Ada ke patut makcik tu cakap"eh adik,nape tidur kat sini...".Waktu tu memang aku pitam tapi still boleh dengar lagi.So,sape2 yg pengsan jangan tipu kamu xdengar sekeliling kamu.

Masuk DQ,sekali lagi benda ni kacau hidup aku.Terjadi benda ni dalam program orientasi.Malu tak terkata time tu.Sebelum disoal siasat kat depan,aku dah rasa tak sedap badan.Mana taknya,malam sebelum tu aku tak boleh tidur langsung.Dahla letih campur dengan lapar lagi.Pastu esok pulak dipermainkan kat depan semua orang.Serius aku tak suka event tu.Memory yg paling aku nak padam dalam hidup aku.Siapa suka pengsan depan semua orang lebih2 lagi depan ikhwah.Malu...aib sangat.Selepas kejadian itu,aku jadi kerap pengsan.Asal masuk program je mesti pengsan.Then,lepas tu semua orang realize yg aku ni memang tak sihat.

"Kau ego 10x,kau ego dayah.."aduh ayat ni sangat pedih .Waktu ni aku cuba bertahan taknak nangis(ego x?) tapi tak tertahan,tertumpah jugak air mataku yang mahal ni(xsengaja tumpah).Lebat air mata ni mengalir.Tiba-tiba tengah sedap2 nangis,esakan aku terhenti.Senyap terus.Semua panik lebih2 lagi mereka2 yang sangat garang.Digoyang2nya badan aku ni macam ape je.Muka aku terus bengkak.Then aku digegaskan ke hospital.Dapat satu injection kat tangan.Doktor pelik tengok aku,pakaian kotor,muka penuh dengan tepung..kasut pun sebelah lain n sebelah lagi lain.Aku tengok diri aku time tu dah macam orang gila pun ada.then doktor pun ask aku" kamu dari mana ni.."aku senyap je.Sejak aku jatuh pengsan,aku mendapat special treatment dari mereka.Dapat tidur lebih..takyah masuk dengar kuliah...takyah masuk taaruf...makan sedap dan yang paling best mereka cakap lembut2 je dengan aku.."dayah,kamu ok ke..kamu nak pape ke.."
Gembira betul jadi orang sakit.

Hari ini 20hb jun,sekali lagi aku jatuh pengsan depan arab setelah penat mendaki rumah tingkat tujuh tanpa lift.Nasib baik ada kak kym and her husband.Kalau tak,tak taw ape dah jadi kat aku.Paling aku takut,kalau jatuh pengsan time takde orang melayu sekeliling aku.Bukan tak percaya pada arab,tapi takut juga kalau diapa-apakan.Mama tak taw lagi ni pasal aku pengsan(tp lps ni taw la kot).Kalau dia tahu,dah mesti dah kena bambu habis.."kamu makan ubat tak,makan suppliment tak..penat2 mama hantar ubat kamu tak makan..".Macam ni dialog mama.

Nilah cerita aku si budak pengsan...disini,aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang setia bersama aku sepanjang aku sakit.Kalian memang terbaik.










No comments:

Post a Comment