Followers

18 July 2010

blabber..bleber...beleber

maaflah yer sapa2 yang lalu lalang kat blog yang tidak memberi makna ini. tuan punya blog ni dah tidak tentu arah. jiwanya agak kosong dari curahan ilmu. mungkin sebab cuti lama sangat. hanya buku karangan Tuan Guru mengenai perang khandaq sahaja menemani diri ini kala nak pejam mata. teruk tak aku ni..?

lately,aku agak malas nak mengulang quran. bukan lately tapi sebenanya aku memang malas dari dulu lagi. dulu ustaz selalu bising kat aku.

"hidayah, kamu ni..asal hantar 3 muka je. kan saya kata kamu kene hantar 5 muka setiap hari".

aku jawab balik."rileks lah ustad,by the end of this month saya habis jugak..saya kan dah tunjuk target muqarra saya kt ustad..cuma hari ni terlari sket dari target...esok2 saya cover la balik".

ustad balas" kamu ni hidayah,ade je jawapan kamu..ok..saya pegang janji kamu..kalau tak habis jugak, kamu berdiri kat luar"

macam tulah aku dulu. adik2 jangan tiru macam akak taw..ni akhlak paling tak baik. akak ni paling bising n paling banyak akai bak kata ustad akak. papepun,terima kasih ustad (xtaw la ust baca ke tidak) sebab jadi guru saya. satu je pesanan ustad yang saya ingat dan menjadi menguat saya " hidayah ni,,campak je dia kat mana2 pasti boleh hidup". time ni ustad cakap kat ayah aku before aku fly jauh ke mesir.

ni kisah dulu2. kisah sekarang..huhu..
hati aku sekarang kejap tenang kejap gelisah..
ape petandanya ek..?

aku sekarang sedang belajar untuk menjadi lebih dewasa dari umurku sendiri. sebenarnya nak jadi dewasa ni sangat perit dan penat( ape yg aku bleber ni).

baru2 ni aku pergi Quickstart di Taman Melawati. dengar pengisian dan huraian dari Dr.Khadijah Md Jadi. Beliau sudah menjadi doktor selama 22 tahun tetapi selama 22 tahun, beliau tidak pernah rasa puas hati. Nak tahu sebab apa..? sebab masyarakat sentiasa sakit malah semakin bertambah bilangan pesakit. ubat-ubatan yang disediakan hanya boleh menahan penyakit itu malah kebanyakan ubat mempunyai side effect yg tinggi.

kata beliau,kalau mahu masyarakat yang sihat mesti ubah lifestyle dan pola pemakanan. doktor hanya boleh bagi nasihat.." makcik kene ubah cara makan ni, kene berpantang dan banyak kan senaman".tetapi secara logiknya,berapa ramai yang boleh ubah cara makan dan berapa ramai yang mampu lakukan senaman. kadang-kadang doktor sendiri tak bersenam. inilah yang aku fikirkan selama ini..kepuasan menjadi seorang doktor adalah melihat pesakitnya sihat 100%. tapi sekarang, sangat susah nak jumpa pesakit yg sihat balik. kalau adapun sihat sekejap lepas tu meninggal sebab side effect ubat-ubatan.

akhirnya doktor ni bertemu dengan product herbalife. you all tahu ke herbalife ni ape..? (org mesti bosan bila aku cakap pasal ni). Herbalife ni satu2nya product yg memberi nutrisi terus kepada cell. kebanyakan makanan yang kita makan tidak mampu memenuhi kehendak cell. cell memerlukan sejumlah protein yg banyak (tanya budak diet.) dan tidak memerlukan karbohidrat yg banyak. masyarakat kita pula terbalik, banyak mengambil karbohidrat lebih dari protein. kalau ambil protein pun banyak memilih ayam dan daging dari ikan.sedangkan kandungan protein paling tinggi berada dalam ikan. sebab tu orang jepun sihat dan cerdik.

bilamana kita memenuhi kehendak cell yang mahukan protein, secara logiknya badan menjadi sihat dan otak menjadi cergas. mengambil karbohidrat yang banyak menyebabkan seseorang menjadi gemuk.Gemuk menyebabkan berlakunya keradangan pada organ dalaman sebabnya fat akan menghimpit usus,buah pinggang dan yang paling teruk bila kita ada fatty liver. kesimpulannya,orang gemuk memang ada penyakit. Ni kata doktor tu malah doktor siap cabar lagi suh potong jari dia andai orang gemuk tak ade penyakit.

carbohydrate----------->lipid
(glycerol) + alcohol = lipid .......betol x ? aku tarap je..sebab subject biochemistry la paling tidak digemari..

you all taw kan cell kita diperbuat daripada protein ( major laa) contohnya hormon,enzyme,neurotransmitter etc..ape jadi kalau protein kurang ? wujudlah masalah hormon (period xstabil etc), gemuk sebab enzyme xcukup yg menyebabkan kadar metabolisma menurun , terencat akal sebab neurotransmitter bermasalah dan banyak lagilah sakitnye...

So,macam mana nak cukup protein..? minumlah herbalife kata Dr.khadijah. herbalife mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap untuk keperluan cell kita. Dari segi protein, vitamin dan mineral. So,tak payah risau macam mana nak collect protein banyak2. dan yang paling aku suka pasal beverage ni sebab benda ni macam ada system buffer. Taw x buffer tu ape?

kalau buffer dalam biochemistry lebih kepada  nak resist changes dlm pH pabila terlebih add atau kurang acid atau alkali dlm darah tetapi buffer kat sini macam nak resist changes if kita terlebih makan karbohidrat, makan makanan berminyak etc. contohnya macam nilah, kita dah minum herbalife sebagai sarapan then lepas tu kita rasa nak makan nasi lemak, so go on jelah sebabnya herbalife ni akan buffer balik apa yg kita makan dengan meningkatkan kadar metabolism.

macam tulah pengenalan mengenai herbalife. herbalife ini  dibangunkan di US oleh para saintis.

Pengasas : Mark Hunges
Saintis     : Steve Henig, PhD
                 David Heber, PhD
                 Luigi Gratton,PhD
                 Lou Ignarro, PhD

Setakat ni susah sangat nak mencari this cellular nutrision. Mulai hari ini aku akan mengkaji lebih dalam lagi pasal herbalife sebabnya product ni yang akan menjadi ubat untuk pesakit aku satu hari nanti. walaupun product ni datang dari US,tapi tak salah kan kalau orang islam menggunakannya untuk improvekan kesihatan dan mempertingkatkan ibadah. Hikmah itu berada di mana-mana.

Sabda Rasul..( yang aku ingat je) : Allah suka ORANG MUKMIN  yang kuat dari orang mukmin yang lemah. So,sama2 lah perbaiki kesihatan masing-masing.

p/s..fakta di atas adalh hasil ingatan otak dan minda seorang undergraduate student yang tak jadi doctor lagi.So, kalau salah perbetulkanlah...produk ni bukan untuk org gemok je...tetapi untuk mereka yang care about their health...







No comments:

Post a Comment