Followers

15 July 2010

Pusing-pusing Kuala Lumpur

Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya aku melangkah masuk ke dalam bangunan U**O dekat PWTC tu. Direct to bahagian Kelab U**O luar negara.

"iya adik,boleh akak bantu?"

"oo,akak.saya nak tanya dekat mana saya boleh dapatkan scholarship?"

"adik dah join kelab dekat mesir?"

"o,saya tak join pun.tak jumpa pun kelab ni kat mana. hidup saya dari rumah ke kuliah then kuliah ke rumah itu aje"

"kalau adik join kelab ni,mudah untuk adik dapat scholar."

So.kesimpulannya korang fikir la sendiri apa agaknya aku jawab kat dorang tadi.Alkisah sebenarnya sebelum terlepas jauh ke bangunan bersejarah itu,kami( aku,widat n her sister) berhajat untuk panjat bangunan MARA je. Dalam usaha untuk mengusha kot2 ada peluang dapat scholar. Yelah,dulu kata "you pergi dulu oversea then come back with result to apply this scholar". So,bila dah balik dengan result yang dikategorikan separa cemerlang,tup tup dorang kata "maaf,kami sudah tidak menaja student second year".

Jadinya,kami pun menukar plan untuk ke Yayasan Al-Bukhary. Nak cari address yayasan ini pula menjadi masalah. Surf internet pun tak akan jumpa. Dengan muka tak malu,kami pun masuk Bank Islam. Tanya2 sket ada ke sponsor or bg loan pendidikan kat student oversea. Dorang cakap tak ada dik. Kami pun borak2 pasal macam mana nak cari company yang ada bagi scholar. Dorang cadang cari alamat Yayasan Bukhary dekat pejabat pos.

Sekali lagi meneruskan langkah ke pej. pos. Tanya punya tanya,ternyata mereka pun tidak menyimpan alamat itu. Waduh, penat berjalan tak dapat apa. Suddenly,datang seorang uncle ni cakap "nak cari alamat yayasan mana ada kat pejabat pos". Termalu sekejap.
Uncle tu cadangkan kami ke bangunan U**O sebab sepupu pengerusi yayasan tu ada dalam bangunan tu.Sebab itulah boleh terlepas ke sana.

Then bila dah dapat nombor yayasan tu, penjaga kaunter tu pulak buat hal. Boleh dia dengan selamba letak telefon bila kami minta maklumat orang yg in charge bahagian pendidikan.Logik tak, receptionist tu kata yayasan dah tak bagi tajaan.Macam tipu kan !

Bila dah sampai pejabat tu,alhamdulillah dapat banyak alamat yang tak disangka-sangka. Alamat menteri ada,alamat dato' ada itu dan ini.Akak tu pesan "balik ni adik buat surat hantar ke sini,nati akak buat surat sokongan.InshaAllah,ada harapan lagi nak dapat MARA."

Rupanya susah jugak nak cari sponsor,tapi pengalaman ini sangat bermakna. Rezeki tidak datang bergolek.

1 comment: