Followers

24 August 2010

~kami maafkan anda~

Sudah pukul 3.25pagi. Mataku masih tidak mahu pejam semata-mata mahu menemani teman tersayang mc'zah membaca buku. Esok dia akan menduduki peperiksaan kertas physiology. Masih sempat dia bersembang panjang denganku. Pelik dan hebat.Ya,mc'zah memang hebat.Dia hebat segala segi.Kalau aku,esok nak exam physio memang tak akan online tetapi dia sempat lagi cakap bosan baca buku.

Aku dan mc'zah memang punya rahsia tersendiri. Kami rapat sejak dia mula berpindah masuk ke Maahad Perempuan.Aku taw dia memang tak suka dhobitoh( pengawas).So banyak jugaklah aku bertolak ansur dengan dia.Dia suka sangat buat hal.Last2,sebab kawan punya pasal..aku as dhobitoh beralah jelah.Dari dia terus tak suka pengawas baik aku slow talk je kan.

Malam ini kami berkongsi cerita lagi. Kami mengimbas kenangan lama dari zaman kami kebudak-budakan sehingga menjadi matang. Paling best,bila masuk satu bab ini. Kami memang tak suka betul dengan orang yang suka menjadikan suasana tenang jadi kacau bilau dan panas.

Sebenarnya aku bukannya suka hendak benci-benci orang tetapi bila dah masuk hal kawan baik aku ni,nak tak nak kena la ambil tahu. Kesian kat kawan aku." Hei,my friend ni bukannya tak tahu agama. Dia tahu apa yang dia buat,if kalau dia tersilap sekalipun is normal". Nak taw sebab apa? sebab dia adalah manusia yang tidak pernah lari dari dosa. Adakah kamu tidak ada dosa ?.Sekarang baru taw hidayah ni mcm mana. Bab kawan ni memang sensitif betul.

Kadang-kadang,dalam nak islah orang tak boleh dengan cara yang kasar. Tahu maksud kasar? contohnya suka sindir-sindir,post something yang buat orang tak suka etc.Pernah dengarkan ayat yang mana Allah berfirman "Orang mukmin itu berlembut dengan orang mukmin dan kasar dengan  orang kafir" lebih kurang macam tulah maksud ayat tu.

As daie,skill2 menegur itu penting untuk kelangsungan dakwah. Don't drop this important skill. Dalam membawa mesej dakwah,daie mestilah seorang yang fleksibel. Tengok mad'u anda.Life yang macam mana mad'u anda hidup. Adapt with her/his life. Change her/him slowly but consistent not change rapidly then fullstop.

Secara jujurnya,aku sendiri pernah terasa hati dengan orang yang kacau hidup mc'zah ni. Cuma aku ignore kan aje bila rasa itu hadir kacau sanubariku yang damai lagi tenang. Sekarang ini,aku dah semacam tak boleh tahan. Rasa macam nak meletup. Bila ingat balik,"hidayah,anda berada dalam madrasah tarbiah Ramadhan Kareem. Tak kan anda nak meletup jugak.Kang terbakar habis amalan2". Then aku cakap balik kat hati kecilku ini.."maafkanlah dia,mungkin dia tidak tahu dia sudah banyak melukakan hati orang lain".

ok,sekarang hatiku dah sejuk. Buat anda diluar sana, kami sudah memaafkan anda. Aku akui yang aku ni bukan baik lagi perfect. So,bebelan diatas ni untuk aku juga. Satu lagi,bila kita jumpa satu-satu permata ilmu,janganlah kita kongsikan ilmu itu dalam keadaan "yes,i know it very well" (berlagak) dan sombong tetapi sampaikan dalam nada yang lembut dan tawadu'.Itu adalah lebih baik untuk anda dan anda akan disayangi orang sekeliling.


4.30pg..mahu sudahi kalam dengan lafaz asiff jiddan..~sahur2x,abah mama bangun.Kita shake dulu dengan herbalife ya baru makan~




No comments:

Post a Comment