Followers

17 August 2010

LIFE IS WHAT YOU MAKE OF IT…


Title diatas sesuai dengan apa yang aku nak ceritakan dibawah ini. Sebelum ni aku tak sangka dapat berpuasa dengan keluarga untuk tahun ini. Perancangan awal nak stay di Mesir sahaja sebab sayang nak tinggal kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Walaupun aku tak boleh tangkap sangat bahasa beliau tetapi bolehlah dapat sikit-sikit apa yang disampaikan.Syeikh Nuruddin ini sangat menitikberatkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Aku memang tak berani nak duduk depan sekali sebab aku ni jenis tak boleh duduk diam. Duduk sekejap je tapi alih sana alih sini. Memang tak lulus duduk depan syeikh.
 Sebenarnya nak cerita pasal Ramadhan bersama  keluarga.Mungkin catatan aku ini adalah yang terakhir sebab ajal maut semua di tanganNya. Kepulanganku kali ini cukup bermakna sebab tak kusangka banyak benda berlaku dalam tempoh tiga bulan. Paling penting aku punya banyak pengalaman kerja. Dulu pernah kerja sebagai guru selama sebulan setengah. Sekarang aku cuba mencebur diri dalam bisnes. Terima kasih pada mereka yang bagi peluang pada aku and my business partner untuk bukak stall di UIA. Dalam masa yang sama juga aku tolong UMMI HDR WIDAD buat catering. 

Sejak ketiadaan kerja sesibuk dulu. Mama pun ambil peluang untuk jadikan aku maid tak bergaji. Tak kisahlah jadi maid untuk family sendiri. Mama selalu pesan (aka marah aku) “kalau belajar tinggi sekalipun kerja rumah tetap kena buat…tu dapur tu…tetap kena masuk”. Dalam hati aku jawab balik “masuk je kan dapur,takyah masak”.
Ramadhan…
Pagi-pagi lagi dah kena bangun,hidang lauk pauk,taruk nasi dalam pinggan siap-siap dan yang paling penting buat SHAKE HERBALIFE untuk mama,abah dan aku laa. Shake herbalife dah memang tak boleh tinggal sebab sekali dah tertinggal minum memang susah nak suh mak ayah aku minum. Herbalife ini adalah tentang kesihatan,kekayaan dan disiplin. So,aku berasa sangat bersyukur dipertemukan dengan herbalife dan hadiahkan herbalife untuk mama dan abah. Aku sangat risau kesihatan mama dan abah. Keturunan aku ni memang banyak sangat salasilah penyakit dari penyakit 3 serangkai sehingga kanser. Memang sangat tepat herbalife ni datang dalam hidup aku dimana family aku sangat memerlukannya.
Aku sangat bahagia sebab aku telah memberikan nutrisi yang sangat sihat untuk cell2 mama dan abah. Mama dah lost about 3kg in 3weeks and she said that she feel energetic after taking that cellular nutrition. Bahagia tak jadi anak lepas dengar result mama mcm tu?. Herbalife ni kerja dia repair cell kita yang selama ini asyik duk ambik nutrisi bergred rendah. Sebab tu lepas ambik herbalife kadang2 ada yang rasa pening dan cirit-birit. Semua itu adalah simptom2 dimana cell kita sedang bertindak balas dengan the product. Herbalife ini turut didokong oleh beberapa doctor seperti Dr.Khadijah dan Dr.Kamarul.

Dalam mood Ramadhan ni,aku tersangat rindu nak berkumpul dengan seluruh ahli keluarga aku. Dahlah adik-beradik tak ramai,nak jumpa pun tersangatlah susah. Agak-agaknya kalau semua dah kahwin lagi susah nak berkumpul. Kesian kat mama dan abah. Anak perempuan tersangatlah banyak,harap adik lelaki jelah yang boleh jaga sebab syurga seorang lelaki dibawah kaki ibu while syurga seorang wanita dibawah kaki suami. Dear Asyraf “ nanti kalau nak kahwin,cari perempuan yang boleh terima abah dan mama ek..”.  Hopefully,aku pun dapat suami yang boleh terima dan jaga mak ayah aku sebagaimana dia jaga mak ayah dia. Amin Ya Robb..


OUR MISSION IS NUTRITION…



No comments:

Post a Comment