Followers

22 August 2010

Perogol

hari ini geram ada, sedih ada, tension ada, kesian pun ada. Semua datang serentak apabila aku pergi hospital petang tadi. Lebih kurang pukul 3 petang tadi, ada family arab ni dikejarkan ke wad kecemasan dengan ambulan.

 Seorang kanak-kanak mengalami pendarahan di bahagian vagina dan anus, manakala kakaknya berumur sekitar 20-an pengalami pendarahan di bahagian yang sama di samping cedera di kepala dihentak dan ditampar berkali-kali, di abdomen akibat disepak dan dipijak berkali-kali gara-gara dajalnya 3 orang perogol. 

3 perogol yang berbangsa arab dikatakan memecah masuk rumah mereka di Hadayek el-Zaitun, tatkala si suami tiada di rumah bekerja. 3 orang perogol ini dengan pantas mengikat si abang dan menguncinya di stor rumah, manakala merogol si isteri yang berumur 40-an, anak perempuan yang berumur 20-an dan adik perempuan yang berumur 7 tahun

Mereka dikatakan cuba melawan dengan membaling objek keras dan pisau. Si kakak yang melawan dengan ganasnya mengakibatkan kemarahan perogol2 tersebut lantas terjadilah adegan menyepak perut wanita itu bertubi2, ditampar berkali-kali dipukul dengan objek keras sehinga berlumuran darah. Si kakak terbaring kulai tidak mampu melawan, berdarah2 disamping tulang mandible(mulut) retak. 

Belum cukup dengan itu ketiga3 perogol itu merogol dengan rakusnya, memasukkan kemaluan mereka ke vagina, anus dan mulut si perempuan tadi sehingga pendarahan serius terjadi. Ibunya dan adiknya yang sedang diikat waktu itu dirogol secara bersiri tanpa belas kasihan. Keempat-empat anak beranak itu kemudiannya diikat bersama si abang di stor sebelum perogol melarikan sejumlah wang dan barang kemas bersama mereka. Si ayah tiba di rumah 2 jam kemudian dan mendapati keaadan sedemikian rupa. Dengan pantas menelefon ambulan dan mereka dikejarkan ke hospital.  

Malang tidak berbau, si kakak menghembuskan nafas terakhir ketika kami cuba menggantikan darah yang begitu banyak hilang akibat pendarahan. Pihak polis membuat laporan di wad kecemasan manakala doctor-doctor forensik menghantar mayat si kakak untuk dibedah siasat sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang sedang praktikal forensik. Itulah dunia, aku tak tercakap melihat keadaan mereka. Mengalir air mata mengenangkan sekiranya perkara demikian berlaku pada keluarga sendiri. Mesir mampu mengesan cap jari dan melakukan Dna investigation tu tetapi mereka tiada bank DNa yang membolehkan mereka mengenalpasti individu secara berkesan. 

Laporan hanya tinggal laporan. Hanya seluar dalam LeeCooper dan el_masry sahaja yang ditinggalkan oleh dua daripada 3 perogol tadi. Jiran-jiran pun tak keluar rumah walaupun mendengar jeritan si Ibu. Si abang yang patah tangan dan si ayah yang kelihatan dalam keadaan sangat tidak terkawal meraung-raung di Bilik kecemasan. Si adik yang berumur 7 tahun itu dapat diselamatkan nyawanya namun alat sulitnya rosak teruk dan berada dalam keadaan kritikal. Kejamnya dunia! Jagalah keluargamu yang disayangi setiap masa. Manusia yang sakit mental ada di mana-mana...aku yang kerisauan....
 
~tulisan diatas ini datang dari blog Dr.Faizal a.k.a Faizalbobby,final year medical student di Cairo University. Agak mengerikan membaca cerita diatas tentang keadaan sebenar Mesir. Selalunya kes rogol ini selalu berlaku pada orang luar maksudnya bukan orang arab lebih-lebih lagi terhadap orang Asia(yg aku dengar). Mungkin keberadaan aku setahun disana menyebabkan banyak benda yang tidak aku ketahui. 
 
Perempuan Arab selalunya lebih kuat berbanding perempuan dari Asia.Mereka ini kalau  bergurau dengan kita bukan main kasar lagi nak-nak yang datang dari kampung.Pernah sekali Hana(kawan arab) datang tegur"hai hidaya...baaak".Sedap je tangan dia melayang belakang badan aku .Sabar jelah dengan minah ni. Itu belum lagi kalau dia peluk tanda selamat.Mau lemas aku dibuatnya.Bila terbaca artikel dari dr.faizal ini buat aku terfikir sejenak.Kalau benda macam ini pun terjadi pada bangsa mereka apatah lagi kalau berlaku pada wanita Asia.Nauzubillah...minta jauh.
 
Buat peringatan pada adik-adik dan sesiapa yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati( nasihat utk aku juga). Persiapkan diri dengan ilmu seni bela diri(kalau ada).Gunakan khidmat musyrif sebaiknya. Jangan keluar malam kalau tiada urusan penting. Paling penting jangan berlagak hebat.Malaysia tidak akan pernah sama dengan keadaan di Mesir. 

No comments:

Post a Comment