Followers

06 September 2010

kekayaan mukmin


“gaji boleh menyara hidup anda tetapi hanya cukup untuk keperluan hidup sedangkan keuntungan boleh menyara kehendak anda dan mendatangkan kekayaan” –Jim Rohn,ahli falsafah perniagaan ternama didunia.
Statement di atas cukup untuk menunjukkan si hidayah ini mata duitan.Hidup nak kaya aje.Siapa tak nak kaya? Cuba angkat tangan sikit.Sebenarnya dalam hidup ni,nak ke tak nak ke mesti kena kaya juga.Tahu tak sebab apa? Sebab kita ada misi. Seorang mukmin yang kaya itu tidak hanya memikirkan dirinya sahaja tetapi memikirkan keadaan ummah disebabkan sinergi keimanan yang tertanam dalam dirinya.
Cuba tengok keadaan ummah sekarang.Ummat Islam menjadi miskin,tidak sihat,lemah imannya dan yang sangat jelas semuanya mengharapkan bantuan zakat.Penerima zakat sangatlah ramai sedangkan pembayar zakatnya boleh dibilang dengan jari. Saya teringat kisah di zaman khalifah Umar (kalau salah ,sila  betulkan),zaman itu tidak ada seorang pun layak menerima zakat dan kalau adapun mereka malu untuk menerima zakat malah mereka rasa ada orang yang lebih layak dari mereka.Indahnya zaman itu,mukmin sangat kaya.Kaya dengan harta dan kaya dengan akhlak.
Anda tidak teringin ke merasai zaman itu? Islam sangat hebat.Hasil mahsul kerajaan islam sangat banyak.Saya teringat satu kata-kata “andai hujan turun di sebelah sana(merujuk tmpt yg sangat jauh),hasilnya tetap akan kembali kepada kita”.Boleh bayangkan betapa luasnya kerajaan Islam ketika itu. Maaflah,saya ni lemah sikit bab2 sejarah islam.Saya tidak suka menghafal sejarah tetapi saya suka menyelami sejarah. Dengan menyelami sejarah,saya bagaikan hidup di zaman itu.
Ramai sudah mengetahui saya sedang menjalankan bisnes. Ramai yang menyokong kerjaya saya dan ramai juga cuba menjatuhkan semangat kerjaya baru saya. Mungkin ramai berpendapat saya ini suka cari wang lebih dan boleh beli macam-macam.Hei,anda silap ya! Saya seorang yang mempunyai fikrah yang jelas. Saya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil untuk agama tercinta.Orang mungkin tidak nampak bagaimana saya relatekan bisnes saya dengan kerjaya tetap sebagai khalifah tetapi biar Allah sahaja yang menilainya.Saya tidak perlukan penilaian dari manusia.
“Hanya kepada Allah sahaja aku sembah dan Hanya kepada Allah sahaja aku memohon pertolongan”- Al-fatihah.
Ini ayat motivasi saya setiap hari.Saya sangat mengharapkan Allah membantu setiap tindak tanduk saya.Atas motivasi inilah,saya teruskan apa yang saya perjuangkan .Masing-masing mempunyai sesuatu untuk diperjuangkan,saya juga ada.TIADA KESUDAHAN BAGI SEBUAH PERJUANGAN.
“Di mana saya berada sekarang adalah tidak penting,dimana saya akan berada pada masa hadapan adalah lebih penting.Lebihkan mengambil berat mengenai orang lain dan diri anda sendiri akan terjaga”-Mark Hughes,pengasas herbalife.
Wow,tengok kata-kata Mark Hughes.Sangat menusuk kalbu. Dimana hidayah pada masa hadapan? Semoga masa hadapan nanti,saya ini antara penyumbang kebangkitan Islam. Amin Ya Robb. Semoga usaha saya untuk melihat umat islam sihat dan kuat inilah menjadi saham akhirat saya kelak.Saya mahu melihat tentera-tentera islam yang bangkit kelak semuanya sihat dan bertenaga.Usahaku umpama peluh yang menitis,Allah sahaja yang mengetahui apa yang aku sedang buat.
Entry ini bukan untuk meminta simpati tetapi untuk memahami sahaja.Kadang-kadang rasa sedih bila orang terdekat dan orang yang sepatutnya memahami tiba-tiba menjadi batu penghalang untuk kita terus melangkah.Matlamatku tetap sama dengan kalian dan selama-lamanya tidak akan berubah dengan izinNya tetapi mungkin berbeza cara kita mencapainya.
Saya sayang Allah.Saya mengharap Allah sayang saya juga.Saya kuatkan diri saya kerana Allah sedangkan diri saya tersangatlah lemah. Allah sumber kekuatan saya selama ini. Saya suka melihat langit Allah. Bila saya sedih,saya akan pandang ke langit.Saya rasa Allah juga sedang melihat saya.
~buat mereka yang bersedih..lihatlah ciptaan Allah kelak kamu akan merasa kedamaian.

2 comments:

  1. huhu........angah...tgk langit ek..insyaallah kita akn tetap pandang langit y sama....

    n doakan aniq y jugak berusaha untuk mncari keuntungn dgn cra y tesendiri

    ReplyDelete
  2. ok...angah selalu tgk langit malam2..tgu flight lalu pastu mula la menerawang sampai ke espee..

    ReplyDelete