Followers

30 September 2010

Mush fahim..

Dengan nama Allah,

Lately,rajin je tangan nak update blog..Nikmat masa lapang mesti dimanfaat sebaiknya. Bersyukur kerna punya masa nak update benda alah ni. Waktu malam-malam macam ni,semua orang dengan kerja favourite masing-masing.Ada yang layan movie,ada yang suka berborak dan ada yang suka menyendiri sambil update blog.

Hari ini cuti.Saya dan ahli beyt bercadang nak masuk rumah baru tetapi malangnya rumah tersebut telah di-seal-kan oleh pihak polis. Kata shimsa(agen rumah) tuan rumah tersebut membina rumah tingkat atas sekali tanpa permit polis dan tuan rumah tersebut baru je meninggal dunia. Rasa macam tertipu dan ditipu. Lesap Le1200 macam tu aje. Takpelah. jikalau betul shimsa itu menipu kami,memang dia makan duit haram.Jadinya,kami merempat di rumah orang.

Perjuangan diteruskan lagi. Disebabkan susah sangat nak cari agen rumah yang tulus,saya dengan langkah berani mati menyerbu imarah-imarah yang berdekatan disitu.

"lau samaht,maugud sya'ah lil igar fi hazihi 'imarah?".."aizaa fihi talatah ghurfah"

Ayat nilah yang ku ulang setiap satu 'imarah. Nak keluar ayat macam ni punya la ligat otak pikir, Tapi yang bestnya,bila bawwab(penjaga 'imarah) itu jawab dengan panjang lebar, saya satu pun tak faham. Bila dah tak faham, ape lagi..keluarlah ayat famous ni..."maalish,ana mush fahim kalamul 'arabi".

Pengajaran hari ini,
1-janganlah suka bergantung pada shimsa yang suka kaut duit lebih.
2-anda mampu cari rumah sendiri bilamana anda berani bertanya pada penduduk arab
3-selalunya berkomunikasi dengan sesuatu bangsa untuk mendapatkan bahasa tersebut.

........

Moga Allah permudahkan segala urusanku...Harap-harap esok lusa dah boleh masuk rumah baru...

2 comments:

  1. first time komen kat blog ko.. hehe

    erm, semoga Allah permudah cari rumah.. pengalaman tu cari rumah sediri. walaupun tough..:) kat malaysia tak jmpe kot pengalaman ni..

    aku pun penah alami masalah rumah bile sampai sini. alhamdulillah semua buat sndiri without need from seniors. alhmdulilah tak kene tipu sbb landlord, agent n tenants semua protected by laws. naseb baek gak la..

    ReplyDelete
  2. huhu...baru nak komen blog aku..
    amin,moga Allah permudah segalanya
    memang pengalaman selain dapat perkataan2 lain
    bertuah la korang ade laws yg protect pasal hal2 perumahan. sini,jangan harap laa..

    ReplyDelete