Followers

04 September 2010

Puteri Plastik-epilog-


asah bakat !!
**diatas permintaan seseorang,cerpen Puteri Plastik akan diterbitkan buat julung kalinya.Cerpen ni tak sama dalam astro taw..

            Alkisahnya bermula dengan kelahiran seorang puteri tunggal milik pasangan seorang businessman yang berjaya dengan seorang doktor perubatan.Puteri ini dilahirkan di Mesir di mana tempat bonda dan ayahandanya menuntut ilmu.Mengalir dalam darahnya campuran darah bangsa arab+british dan melayu+cina.Tinggallah puteri tersebut disana sampai umurnya mencecah 5 tahun.
            Saat umurnya berganjak ke angka 6,sekali lagi berlaku penghijrahan ke kota London menemani bonda dan ayahanda mengembara ilmu.Puteri tersebut membesar di kota besar sehingga umurnya mencecah 11 tahun.Selama 6 tahun berada disana,bonda dan ayahandanya hanya sempat bersamanya selama 3 tahun sahaja dan mereka kembali ke Malaysia kerana urusan kerja.Tahun selebihnya,Puteri tersebut tinggal bersama moyangnya berbangsa british di London.
            Puteri tersebut pulang ke Malaysia ketika berumur 11 tahun.Waktu itu,keadaan dirinya sangat berbeza dari segi akhlak.Ibu bapanya agak terkejut melihat perubahan sosial diri anak kesayangan mereka.Puteri itu akhirnya dimasukkan ke sekolah agama untuk membaiki kekurangan input-input agama dalam dirinya.Puteri merasai bahagia dengan mempelajari ilmu agama.Hatinya mula tertarik untuk lebih mendalaminya.Dia merasa sungguh malu saat kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia,dia berpakaian terlalu seksi meskipun umurnya ketika itu baru 11 tahun.
            Puteri adalah seorang yang sangat ramah serta mudah menyuaikan diri dengan sekeliling. Walaupun dia dibesarkan di luar negara,dia tidaklah sombong dan angkuh apabila pulang ke negaranya sendiri.Disebabkan itulah,dia mudah mendapat kawan di Malaysia. Puteri menyedari ada diantara kawannya yang mempunyai niat tertentu berkawan dengannya memandangkan dia datang dari keluarga yang kaya.
akan bersambung..

No comments:

Post a Comment