Followers

27 September 2010

Tahun Baru, Semangat Pun Mesti Baru..!!

Alhamdulillah..

Tepat jam 9 malam,saya sudah tiba di bumi Ardul Kinanah. Bumi dimana saya tidak boleh cakap sebarangan kerana segala yang diperkatakan akan diuji . Bumi dimana segala yang dihajati InsyaAllah semuanya akan dimakbulkan bertepatan dengan firman Allah "pergilah kamu ke satu kota(mesir),pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta". Oleh itu,banyak2 lah berdoa ye kawan2..

Sebenarnya kami (saya,widat,ummu,hajar dan husna) sepatutnya sampai di Mesir pukul 6 petang tetapi disebabkan flight delay selama 2 jam maka terpaksalah kami membuang masa dan wang di Bahrain. Semuanya bagai tidak sabar hendak sampai Mesir kerana keesokannya ada kuliah yang WAJIB dihadiri.Perasaan..?? Bila kaki sudah mencecah bumi Mesir,seribu satu perasaan datang menerpa secara tiba-tiba. Rasa sayu je. Semua merindui Malaysia.

27 September
Pagi-pagi dah bangun dengan semangat yang dibuat-buat.Yelah nak pergi kelas kan. Diriku masih keletihan sebab badan masih memerlukan masa untuk adapt dengan jam Mesir. Time tidur pun masih tak betul plus dengan tidak boleh lena dalam flight. Alhamdulillah,segala kemengantukan dan keletihan yang teramat dapat diatasi dengan Teamix. Whole day rasa sangat energetic. Bangga betul jadi Herbalife Independent Distributor.
Bayangkan kena tadah telinga dengar lecture selama 7 jam. Siapa mampu tahan mengantuk selama berada dalam lecture hall..? saya dahulu memang kaki mengantuk dalam kelas. Kalau lecturer masuk je,saya hanya mampu bagi semua tumpuan paling lama pun 15min,lepas tu jadi terlelap la kejap-kejap terkhayal. Macam-macam ragam dalam menuntut ilmu ni.

Ummu selalu pesan,kita ni nak belajar kena relax-relax je. Time dukturah terang kita senyap,time dukturah senyap kita borak lah. Haha,ummu memang stylo. Banyak sangat tips belajar dia yang pelik-pelik tetapi berkesan. Habit kami dalam kelas suka gelak. Ada je benda yang nak digelakkan. Selalunya bab-bab gelakkan orang. Jahat tak..? Kami bukan sengaja nak gelakkan orang tetapi memang lawak pun scene-scene budak kelas. First day,dah gelakkan sorang budak ni. Kesnya,dia nak jawab soalan dukturah,mungkin dia bajet semua nak jawab serentak dengan dia. So,dia pun jawablah dengan lantang sekali. Tup-tup dia sorang je yang bersuara yang lain senyap je. Punya la kuat suara dia. Saya dan Ummu ape lagi,tergelak sakan lah.

Hari ni,kami belajar bab endocrine system. Belajar bagaimana hormone-hormone dirembeskan. Sangat cool belajar sebab buku satu habuk tak beli lagi. Nganga je tengok dukturah. Dukturah pun suap satu-satu dalam otak. Paling bosan bila kena duduk dalam lab anatomy selama 3 jam straight. Kena main-main dengan tulang bahagian thorax. Bosan sih..!! Nasib baik ada Ummu si penghibur hati. Kejap discuss kejap masuk bab raya. Macam-macam betul perangai adik-beradik aku yang sorang ni.

Dahlah,rasa malas nak berceloteh panjang. Siapa-siapa yang baca entry ni,tolonglah doa-doakan saya dapat pangkat mumtaz this year dan boleh naik tahun. wassalam

1 comment: