Followers

21 October 2010

Motivate yourself...

Bismillah...

Hari dalam sejarah.Sejarah yang mana saya sahaja yang tahu.Saya suka tarikh 20102010 tetapi entry ni selamat dipostkan pada 22102010. Sudah dua hari rupanya berlalu.Saya agak kekeringan idea untuk entry kali ini. Nak merapu rasa macam serba tak kena. Yelah,satu dunia kot boleh baca apa yang bakal saya tulis. Jadi,saya taknak sia-siakan masa pembaca blog TIADA KESUDAHAN  BAGI SEBUAH PERJUANGAN.

Mula-mula saya menulis blog,susunan ayat saya agak berterabur. Isinya tak usah cakap lah.Memang tiada benefit pun. Dari sehari ke sehari saya cuba baiki cara penyampaian agar nampak lebih matang dan maksud yang hendak disampaikan berjaya disampaikan dalam bentuk penulisan. Saya akui tulisan saya selama ini bukanlah tulisan ilmiah sebab saya bukan ulat buku. Cuma saya teruskan jua menulis blog supaya saya dapat berkongsi apa yang peroleh sepanjang hayat saya. Bagi saya,pengalaman seseorang kadang-kala membantu kita untuk melangkah lebih kehadapan.

Saya mengikuti banyak blogger. Bilamana saya suka a.k.a jatuh cinta dengan satu-satu blog,saya akan baca semua entry yang dipostkan.Dari situ saya belajar bagaimana nak sampaikan apa yang ada dalam minda kita.

..........

cerita lain..

Aci tak kalau saya nak cerita tentang dialog saya bersama seseorang.Ok,ini blog saya dan ini cerita saya. Pernah satu ketika dahulu,ada seseorang keluarkan satu ayat.

"Hidayah,you ni hyperactive lah. You dah la dapat balik Malaysia sekali sekala tapi you masih sempat lagi buat bisnes cari duit. Kalau I,dapat cuti memang stay kat rumah je. Mak ayah you kasi ke you buat benda-benda ini semua"

Satu je saya cakap pada dia " keluarkan diri anda dari comfort zone ". Statement ni sesuai dengan si dia. Kawan-kawan saya pelik dengan cara saya menghabiskan waktu lapang. Saya berbisnes bukan saya terdesak untuk melakukannya tetapi sebab saya memang nak melakukannya. It is about the sense of determination. Ayah saya mampu sara saya walau saya tidak berbisnes sekalipun tetapi bukan diri saya jenis yang bergantung pada wang ayah. Saya ajar diri saya ' if you want something,you must work for it'. Uncle Allen pun selalu pesan benda yang sama.

Konsepnya boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Dalam menuntut ilmu pun,kalau nak berjaya kena kerja keras. Saya bersyukur punya ayah yang selalu support segala tindak tanduk saya. Ayah saya memberi 100% kebebasan untuk saya membuat sebarang keputusan terhadap satu-satu hal walaupun kadang-kadang saya rasa macam ayah saya tidak pedulikan saya. Tetapi saya tahu ayah saya sedang mengajar saya menjadi seorang yang waras dalam membuat keputusan dan berani menentukan keputusan sendiri.

Bila saya cerita bagaimana ayah saya layan saya pada kawan-kawan,kebanyakkannya semua akan kata "hidayah,best la kau sebab bebas nak buat apa sahaja yang kau nak." Ini ke yang mereka anggap sebagai bahagia ? Mereka tidak tahu betapa sukar untuk saya menentukan keputusan pada diri. Yelah,if something turn bad lepas buat keputusan,saya yang kena tanggung padahnya. Tiada siapa yang boleh kita persalahkan.

Ayah saya pernah hadiahkan sebuah buku pada saya.Tajuknya Poor Dad Rich Dad.Buku itu dihadiahkan pada saya ketika saya masih di bangku sekolah menengah. Buku itu banyak mengajar saya how to generate money. Sebab itu saya memasuki dunia bisnes. Saya punya cita-cita dan angan-angan yang besar. So,untuk merealisasikan cita-cita saya,saya mesti mengoptimumkan kebolehan diri. Saya percaya bakat boleh dibentuk bukan setakat diasah. Saya ada pengalaman itu.

Dulu,saya tidak pandai melukis. Memang tak ada seni orang kata.Disebabkan jealous orang lain boleh melukis dengan cantik,saya masuk satu kelas lukisan selepas sesi persekolahan. Alhamdulillah,selepas itu saya boleh menandingi kawan saya yang sedia pandai melukis dari kecil. Bukan lukisan komik tetapi belajar asas lukisan air.Saya ingat pesan cikgu itu, "tangan tu bagi lembut sikit,pegang berus tu lembut-lembut je,belajar match kan colour air tu...".


Sekarang percaya tak bakat itu boleh dibentuk ??
Saya pernah jadi guru. Nampak macam senangkan jadi tenaga pengajar. Cuba anda cuba jadi pengajar. Pengajar ini ada 2 jenis. Samada dia ajar budak faham atau dia ajar budak jadi lebih pening. Saya start mengajar kanak-kanak. Ajar kanak-kanak bukan semudah yang dijangka. Saya ada seorang anak murid yang ada masalah mental retardation. Apa yang saya ajar mesti dia yang paling lambat pikap. Bukan itu sahaja,special kid ni nak extra perhatian. Selalu buat hal la budak ini. Saya hampir putus asa. Guru besar nampak saya dah macam huru hara nak settlekan budak ini then she advise me "hidayah,use your all emotion to handle this wonderful kid. Try to love him. Cuba bayangkan one day kamu diuji dengan anak seperti dia..nauzubillah..Anggap ini sebagai satu plateform untuk asah bakat keibuan yang ada pada diri kamu.Please dont give up" Nak nangis je dengar pesanan bermakna ini.

Alhamdulillah,akhirnya budak itu ada improvement dari sehari ke sehari. Yang paling sedih,guru besar cerita pada saya mak ayah budak itu tidak percaya anak dia abnormal. Sepatutnya memang kena masuk sekolah khas. Muka budak tu pun ada ala-ala dowm sindrom. Hari terakhir saya mengajar,baru guru besar tahu yang saya bakal sambung belajar dalam perubatan.Beliau agak terkejut sebab dia ingat saya akan sambung belajar dalam bidang pendidikan. Kata beliau "Saya rasa kamu sesuai jadi pengajar. Mula-mula saya agak keberatan terima kamu as guru bila baca resume kamu yang tiada pengalaman tetapi dari sehari ke sehari ada improvement. Kamu mampu mengajar tanpa bimbingan dari saya."

Oleh itu,percayalah kamu bisa membuat apa sahaja selagi kamu mampu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

2 comments:

  1. nice post!

    bagus2 buat bisnes. aku blaja bisnes pun tak penah apply lagi setakat hari ni.. :))

    ReplyDelete
  2. waaa dayah....hebat!!!!!
    bes3 post ni....
    update lg ye...
    ta8 care!!!

    ReplyDelete