Followers

05 November 2010

Cerita saya

Subhanallah...

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat bernafas pada jasad ini. Bersyukur kerana masih ada rezeki Allah kirimkan padaku. Semoga aku sentiasa tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.

Hari ini punya kesempatan lebih untuk menjengah blog yang hampir bersawang ini. Sepanjang dua minggu terakhir dalam bulan Oktober dan awal bulan November test tidak putus-putus datang menjengah. Serius saya cakap,saya penat untuk menelaah buku dan penat untuk berasa gabra setiap kali ada test. Walau macammana sekalipun,saya harus (salah laa,WAJIB) baca buku sebab saya menggalas harapan ummah untuk menjadi doktor untuk mereka. Islam tidak perlu saya tetapi saya yang teramat-amat perlukan islam dalam hidup saya.

Jatuh bangun saya dalam hidup ini tidak akan memberi erti andai akhirat kelak saya dapat bersama-sama orang Mukmin yang lain memasuki syurga Allah yang Maha Hebat. Allahu Rabbi. Moga Allah beri kekuatan kepada saya untuk menempuh ranjau hidup yang masih panjang.

..................

Jadual hidupku di Al-Azhar.

Pengajianku di Al-Azhar bermula pada hari sabtu seawal 8pagi. Sudah menjadi rutin harian bangun mesti sebelum 4.30pagi sebab Subuh pukul 4.40pagi. Alhamdulillah,saya dikurniakan ahli beyt yang bagus-bagus. Setiap hari tidak tinggal solat fardhu berjamaah. Selagi ada peluang untuk solat berjemaah,kami akan solat bersama. Ya Allah,mengantuk hilang bila sudah solat berjemaah dan bermathurat bersama.

Tepat 7.40pagi,kami ke kuliah dengan berjalan kaki selama 20minit. Selalunya saya dan ummu orang yang paling terakhir turun dari rumah. Alhamdulillah,seat depan memang dah jadi tempat kami walau kami terlewat sampai ke kuliah. Thanks to Husna and Hajar yang selalu cop tempat untuk kami si tua-tua. Pengajian berlangsung selama 4jam tanpa henti dan rehat. Everyday macam tu. Sampai sakit tulang belakang dibuatnya.Mana taknya,duduk atas kerusi kayu yang keras kekong.

                                                                      start now pack

Kuliah selalunya akan berakhir pukul 4petang iaitu lagi sejam nak masuk maghrib. Memang stress dan penat otak sebab telan benda baru setiap hari tetapi alhamdulillah dengan kehadiran teamix dalam hidup saya,penat ini tidak menjadi satu masalah. Kalau dulu,bila penat je saya mesti rasa nak tumbang di mana-mana saya berada. Sekarang tidak lagi. Badan saya makin sihat bersama herbalife. Sampai ada seorang classmeate pun boleh perasan yang saya sudah tidak mengantuk dalam kelas. Siap boleh retail dalam kuliah.Bulan ni,ada seorang sudah angkat formula 1.Gedebuk LE300 atas tangan. Saya tidak perlu cakap banyak pasal herbalife. Saya hanya bawak teamix sekali dengan shakercup hari-hari,minum depan orang dan tawar sikit-sikit kat orang.Then,letak button "TURUN BERAT BADAN ANDA,TANYA SAYA BAGAIMANA"  dekat pencil case. Senangkan cara saya. Itulah,banyak kali saya cakap,herbalife ni senang je nak buat. Jadikan diri anda sebagai testimoni.

Tetiba masuk bab herbalife, tukar channel !. Sesampai je di imarah 47,sekali lagi senaman harian berlangsung iaitu panjat tingkat 5. Penat woo..nak-nak turn kita pulak yang masak hari tu then ada tuisyen malam pulak.Kadang-kadang,saya hanya ada dua jam sahaja antara balik kuliah dengan sebelum tuisyen bermula untuk rehat. Itupun pun belum ditolak dengan kena masak lagi then solat maghrib dan mathurat berjamaah.Rehat hanya sempat untuk setengah jam sahaja. Balik tuisyen pulun revise subject yang diajar hari itu. Sebenarnya,takde la pulun mane.Saya kesian kat otak saya penat. So,baca-baca sikit then masuk tidur.  Tapi3x,saya terpaksa pulun bilamana esoknya ada test. Haa,memang seksa. Bila malam test,saya dan ummu bergilir-gilir do something funny supaya alert lebih lama sket. Selalunya,saya yang suka kacau ummu.Sebab pertama,saya nak hilang rasa bosan dan mengantuk ketika membaca dan untuk sebab kedua,saya jeles ummu study lebih dari saya. Jahatkan saya..

Putaran ini berlangsung sampai hari Selasa. Hari Rabu dan Khamis hanya half day class. Gembira tidak terhingga bila hari rabu muncul. Hari rabu adalah hari shopping. Silap-silap,bukan hari shopping tetapi hari membeli stok makanan basah untuk seminggu atau mana lain HARI SOUQ. Hari Khamis adalah hari belajar subject dirasat.Yelah,bila dah jadi azhariah mesti la kena belajar dirasat. Subject dirasat tahun ini yang wajib diambil ialah Tafseir,Balaghah, Adab dan Quran. Semua ini mesti lulus. Kalau tidak tak boleh naik tahun tiga. Petang khamis selalunya,kami ahli beyt akan berkumpul di dapur untuk mereka menu special supaya lepas grad semua dah ada skill memasak. Inilah kelebihannya belajar jauh-jauh dari mak ayah,kami belajar lebih dari yang sepatutnya kami pelajari. Kami belajar menjadi seorang suri rumah pada hujung minggu dan belajar manage kewangan rumah,belajar menukang dan repair sikit.Sampai wujud dialog ini dalam bilik kami.

ummu :  kita ini dah macam mak ayah untuk rumah ini. Ko ayah, aku mak.

hidayah : takde2 mana boleh aku ayah. Aku nak jadi emak.

ummu : tak boleh. Ko la ayah sebab ko kan strict sikit. Aku ni lembut sikit. so,akulah jadi emak.

hidayah : yelah2,ikut ko la nak jadi apa pun.Aku tak kesah.

It's funny rite. Banyak sangat benda-benda yang kami(saya dan ummu) reka dan buat supaya ahli beyt rumah hidup dengan gembira dan semuanya jadi solehah2. Aim kami ialah menjadi wanita syurga. Tinggi sangat angan-angan tu tapi Allah tahu segalanya. Malam jumaat adalah malam penyucian jiwa. Setiap 2 minggu sekali,akan ada smart circle di rumah ini. Adik-beradikku yang terpisah dari rumah ini akan berkumpul untuk usrah. HAPPY FAMILY.

Bila dah berkumpul.memang riuh rendah rumah ini. Tenang itu yang kami cari dibumi mesir. Sebab itu,sesibuk mana pun kami sc tetap kena jalankan walau ahlinya hanya dua orang. Hari Jumaat pula adalah hari untuk tasmik dan iadah Quran yang pernah kami hafal di DQ satu masa dahulu. Alhamdulillah,syukur dapat sheikh yang baik dan suka berkongsi. Kami dapat lebih dari tasmik. Sheikh ajar tajwid,bagi tafseir dan cerita tentang sirah yang terkandung dalam Quran.

Inilah rutin harianku yang tersangat lah padat. Tetapi masih sempat untuk follow up customer dan best friends di Malaysia. Saya sayang kawan baik walaupun diorang selalu cakap "dayah,tak mahal ke call dari mesir ke msia?" I said to them(ramai kwn baik) " money is not valueable than friendship".

okei,enough. Time to study.Wish me luck,dear readers.

6 comments:

  1. all the best dear future doctor. :)

    gembira jer bersama herbalife.. hehe tggu aku kaya ah baru beli..

    ReplyDelete
  2. hehe izzah,okei aku pegang kata2 ko..tp bila la agaknya ko nak kaya..silap2 bukankah ko memg dah kaya dengan duit JPA..so,bleh ar makan this nutritious food..kt Australia ada taw..pegi je kt centre herbalife then buy the product..if u want discount,be my downline laa..

    ReplyDelete
  3. keep it up dear! i will pray for ur success in you life!=D

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dayah..!
    buat molek..^^

    ReplyDelete
  5. sahabatku::
    terus kuat,moga Allah mudahkan:::
    hanya padanya kita meminta
    kuat!kuat!
    salam aidiladha~
    rindu nye mu
    bilo plop nk jupo..huhu

    ReplyDelete
  6. to ruh jadeed~
    insha Allah terus kuat..

    ReplyDelete