Followers

24 December 2010

Aku sentiasa layak diuji


Aku diuji.

Allah,kenapa aku sering diuji dengan perkara yang sama.

“kerna Allah hendak dayah bertambah kuat.”kata ukhtifillah

Aku yakin sepenuh hati memang Allah hendak aku bertambah kuat dalam menghadapi masalah ini. Tetapi hatiku sakit kerna terpaksa berlawan dengan sifat jahiliyyah yang tertanam sekian lama dalam sanubariku. Aku redha atas ujian ini. Aku hanyalah hambaNya. Aku sendiri mohon supaya aku ditarbiah dariNya untuk menjadi hebat. Aku yang minta dan aku terpaksa rela menahan sakitnya.

“ukht,sentiasalah bayangkan JANNAH dihadapanmu seandainya enti lemah untuk bangkit.Ingatlah kisah para sahabat dulu. Mereka nampak syurga menanti mereka walaupun pedang tertusuk didada mereka.”

Ya Allah,kenapa aku lupa bahawa syurga yang patut aku kejar. Kenapa masih aku turutkan rasa hati. Ikut hati mati. Ikut IMAN hidup. Aku mahu hidup yang hidup bukan hidup yang mati. Menjalani hidup dengan gembira. 

Ya Allah,hatiku menangis lagi. Aku tak tertanggung peri sakitnya hati ini. Aku serahkan hati aku dibawah peliharaanMu. Aku tidak mampu untuk menjaga hatiku sendiri. Aku mohon setiap titisan airmata yang mengalir ini menjadi saham akhiratku.

Allah tarbiah aku sebegini hebat kerna aku bakal berhadapan dengan seribu macam jenis ujian lain lagi. Sangat cantik ujian yang Kau beri. Kau didikku mengawal emosi .Kau didikku dengan cara yang tidak ku sangka. 

“akak,saya sentiasa mohon dihiasi akhlak saya dengan akhlak ahli syurga. Tetapi benda yang saya mohon sukar saya peroleh”

“hidayah,untuk mendapat sifat itu ..Allah kikiskan dahulu sifat-sifat yang datang dari syaitan. Akak tahu memang perit untuk berubah. Berubah untuk Allah. Akan Allah gantikan kesakitan itu dengan sesuatu yang manis. Akak yakin akan dayah akan bergembira satu hari nanti”

“bersabarla dan beralah. Kita bukan orang yang kalah walau kita beralah . Malah sebenarnya kita adalah orang yang menang dan hebat. Ingat Rasulullah pernah bersabda orang yang mampu menahan marah adalah orang yang hebat”

Ya Allah,aku  bersyukur ditemukan dengan mereka yang sering ingatkan aku tentang JANNAHmu. Izinkan aku untuk terus mengingatiMu setiap detik dalam hidupku. 

Ya Allah,matikanku dalam keadaan husnul khotimah dan mendapat keredhaanMu..

1 comment: