Followers

26 December 2010

Cerita Skull

okei..

Sekarang jam baru menunjukkan 10.30PM waktu mesir. Semua orang dalam rumah sudah tidur. Tinggallah aku keseorangan melayan skull yang tercabut vault dan mandible. Boleh tiba-tiba rasa seram sejuk sahaja. Yelah,duk belajar seorang-seorang dengan tengkorak MANUSIA. Tengkorak ini pernah hidup satu ketika dahulu. Kemanalah agaknya nyawa tengkorak ini. Time tengah belajar sorang-sorang inilah,teringat pada pesan dukturah di kuliyyah,Dr.Olfat.

"Our professor ask us to respect the dead person. We must close other parts and open the part which we learn only. We don't know whether they go to the JANNAH or HELLFIRE "

Termuhasabah sekejap. Dulu,time belajar lower limb aku main-main je dengan femur and tibia. Siap bawak tidur lagi. Tahun ni dah tahu kena hormat even it's only a bone. Plus,ini skull lah.Tak berani lah bawak tidur sekali. Serius skull ini sangat complex and quite difficult lah. Banyak sangat foramen-foramennya.Then nak kena hafal satu persatu structure which pass through it.

Dalam susah-susah nak ingat pun masih sempat nak update blog. Actually,malam ini agak tenang dan relax sebab esok confirm tiada exam. Every week and almost everyday,we have a lot of sudden exam. On the spot punya exam lah. Sengih je kalau tak get ready cover dari awal. Hari ni, aku belajar dua benda dalam satu masa. Fuh,gara-gara tak sempat study habis CHO METABOLISM malam sebelumnya. Dukturah tengah ajar embryo sambil tengok slide while aku sedang siapkan formula untuk gluconeogenesis. Jangan tiru ye aksi ini. Alhamdulillah,boleh catch up jugak dengan embryo sebab all the lectures ada dalam buku plus not a complex development of a baby.

Seronok sebenarnya belajar special embryo andai tak payah jawab exam. Boleh tak macam tuh? Oklah,penat dah membebel dalam blog dan sambung study skull balik. Jangan lupa doakan saya MUMTAZ tahun ini.

No comments:

Post a Comment