Followers

27 December 2010

Entry lama ~cinta~


Sejak akhir-akhir ini,ramai datang meluahkan perasaan dan tak kurang juga yang meminta pandangan dari saya yang cetek ilmu,kurang amal dan banyak dosa. Huahua..bukan tidak mahu tolong tetapi saya pun masih dalam proses memahami apa yang dikatakan “KEHIDUPAN”.

APA MAKNA HIDUP?

Allah kata kita hidup untuk beribadat,menjadi khalifah dan memikul amanah.Rasa-rasanya anda semua lebih mahfum dari saya. So,tiga kunci ini mesti kita genggam dan bawalah kemana-mana korang tercampak sekalipun.Tetapi Allah jadikan hidup kita dipenuhi dengan ciri-ciri kehidupan. Ada fitrah dan ada syariatnya. Fitrahnya pelbagai dan didatangi pula syariat untuk mengemudi fitrah itu

Sebenarnya saya mahu cerita tentang fitrah muda-mudi zaman kini..Cuba bayangkan hidup kita tanpa fitrah ? Rasa macam mana? Macam kosong je kan. Tidak ubah seperti robot hanya disetkan dengan tiga kunci ini. Saya dahulu kala memang seperti robot.Saya faham tiga kunci ini dan saya hidup berdasarkan tiga kunci ini sampai saya pernah menolak kehadiran fitrah ini.Semua itu saya buat sebab takut Allah tidak suka padahal amal bukan banyak sangat pun.

Saya mula membuka hati untuk memahami fitrah itu. Banyak buku saya beli untuk melihat pandangan-pandangan para ilmuwan tentang itu.Akhirnya saya menjumpai satu kata-kata yang membuat hatiku terpukul seketika. “mana mungkin Allah jadikan fitrah  berlawanan dengan syariat”. “semuanya telah diatur cantik oleh Allah”.Faham tak ape yang saya cuba sampaikan? Kalau tak faham cuba baca Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha.

……

Bagaimana hendak mengemudi fitrah ? Bagaimana hendak usir perasaan ini ? Rasa macam berdosa memiliki perasaan ini ? Bagaimana hendak tahu si dia adalah jodoh kita ? Ini antara persoalan-persoalan yang saya terpaksa hadapi. Apa yang saya bakal sampaikan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan sumber ilmu yang sedikit. Saya kurang arif untuk mengulas persoalan ini.Cuma apa yang selalu saya katakan pada mereka jangan diusir rasa itu kerana yang menghadirkan rasa itu adalah Allah. Cuma kita tidak tahu adakah Allah hadirkan rasa itu untuk menguji kita atau memang itu kurniaan kepada kita.Paling penting,jangan kita mencari cinta manusia terlebih dahulu tanpa izin dariNya.

Kembali kepada kisah cinta Yusuf dan Zulaikha. Kita lihat bagaimana Zulaikha mengemudi rasa cinta yang sangat mendalam  pada Yusuf. Zulaikha nyaris melakukan sesuatu yang dilarang terhadap Yusuf dan akhirnya Zulaikha menemui jalan Allah. Zulaikha menemui cinta Allah dalam mencari penyelesaian cinta hebatnya terhadap manusia. Sesungguhnya Allah sangat mencintai hambanya yang cinta padaNya,Allah hadirkan Yusuf sebagai suami dalam penghujung liku kehidupannya.

Lihat,kisah dahulu menjadi panduan untuk kita hari ini. Kisah cinta zaman dahulu sudah menunjukkan baik dan buruknya panahan cinta manusia. Jadi,tidak hairanlah kenapa hari ini remaja sudah tidak segan silu melakukan perkara terkutuk.Semuanya gara-gara pengurusan cinta yang tidak betul. Manusia menemui cinta Allah dalam banyak keadaan. Ada yang menemui cintaNya dalam khusyuk solatnya,dalam menjalani ujian kiriman dariNya,dalam sesi pembelajaran, dan dalam komplek cinta manusia seperti kisah Zulaikha ini. 

Sudut pandangan saya, Zulaikha seolah-olah menjadikan Yusuf seperti cermin dalam mencari cintaNya. Cermin ini bagaimana sifatnya? Bukankah cermin ini sifatnya memantul? Pernahkah anda melihat system dalam kapal selam? .Kita boleh melihat dataran dengan kehadiran cermin yang sifatnya memantul. Seperti itulah yang saya maksudkan. Jadikan segala sesuatu kekusutan dan ujian sebagai cermin untuk kita terus mengingati Allah. Seandainya Zulaikha melihat Yusuf sebagai kaca yang sifatnya lutsinar atau seperti papan hitam bersifat legap,apakah kesudahan cintanya.

Cerita di atas banyak merujuk panahan cinta pada seorang wanita. Bagaimana cinta seorang lelaki?  Pada zaman Rasulullah,Nabi menjadi tempat rujukan dan orang tengah dalam persoalan cinta lelaki ketika itu. Ada yang digalakkan kahwin oleh baginda seperti kisah seorang pemuda yang tinggal di masjid. Saya tidak ingat namanya. Kisahnya bermula suatu ketika dimana Nabi galakkan si pemuda ini berkahwin. Pemuda itu katakana bahawa dia tidak punya apa untuk melamar wanita dan tidak punya calon. Maka, Nabi memilih seorang wanita yang datang dari keluarga yang baik-baik dan kaya untuk dirinya melalui wali wanita tersebut. Ketika pemuda tersebut datang untuk melamar,wanita itu menolak untuk berkahwin dengan pemuda tersebut disebabkan miskin. Setelah mendengar perbualan antara ayahnya  dengan si pemuda itu. Wanita tersebut menerima pinangan itu semula kerana dia dipilih oleh Rasulullah untuk pemuda itu. Jawapan wanita itu setelah mengetahui kebenaran “Sesungguhnya aku taat dan patuh andai ini arahan dari Rasulullah”.

~bakal bersambung biiznillah~

1 comment:

  1. salam ukhwah fillah buat dayah~
    peringatan yang sangat2 bermakna buat sy yang xde pengalaman ni.hehe=)

    ReplyDelete