Followers

02 December 2010

Ngeri sungguh


Subhanallah..

Maha Suci Allah. Terima kasih Ya Allah kerana telah memudahkan perjalanan hamba dari pangkuan dan pelukan mama dan abah ke pangkuan dan dukungan Al-Azhar untuk ditarbiah dan dididik. Walaupun terdapat mehnah yang  mencabar sekali lagi alhamdulillah,saya selamat tiba dibumi Anbiya'.

                                                        ~keseorangan~

Dalam permusafiran saya,saya ditakdirkan untuk duduk sebelah seorang Arab dari Jordan. Alhamdulillah,saya bukan jenis yang takut duduk dengan orang asing walaupun agak kekok pada awalnya disebabkan Arab ini adalah seorang lelaki. Prinsip saya senang.Selagi dia tak kacau saya,saya ok sahaja. Andai dia buat macam-macam siaplah,saya akan jerit kuat-kuat. Pada mulanya,saya tidak sedar akan kehadiran dia.Saya mula sedar tatkala datang satu bau yang kurang enak menyengat hidungku ini dan lenganku digesel oleh dia.

Saya berpaling.

“ Padanlah..orangnya besar dan berpeluh”

Saya bermonolog sendirian dan berharap bau itu akan hilang dengan segera. Teringat pesanan ustazahku di sekolah dahulu.

“ Jangan mengeluh dengan bau peluh orang sekeliling kita sebab kita dapat pahala kalau kita dapat bertahan dengan bau itu. Ustazah selalu akan calit minyak wangi pada pergelangan tangan kalau orang berbau duduk sebelah ustazah.”

Alhamdulillah pesanan itu memberi kekuatan untuk saya bertahan dalam keadaan itu.

“ Sir,please turn off your handphone.”

 Ulang pramugari Gulf Air berulang kali pada lelaki arab ini.

“ Sawani…sawani.” balas arab itu.

Saya hanya melihat pramugari itu berlalu dengan hampa selepas tegurannya tidak diambil endah oleh arab tersebut. Tidak lama selepas itu,dia mula memulakan kalam pertama selepas puas berbual dalam telefon.

“ Where do you want to go?”

“ ila Cairo”

“ eh? ”

“ CAIRO”

“ ila fiin?”

“ila Qaherah,Misr”

Saya kebingungan. Masakan dia tidak tahu Cairo dan Qaherah adalah nama yang sama. Senyap seketika.Selepas itu,dia mula selidik kenapa saya mahu ke Cairo.Dari negeri mana datangnya saya dan sebagainya. Penat juga nak menjawab soalan Pak Arab. Setelah sekian lama berborak,baru saya tahu si arab ini sebenarnya tidak pandai berbahasa inggeris.

“ Enta takallam ‘arabi fi maliziya?”

“ Aiwah, fi maliziya,yujad syakh yafham kalami.”

Saya hanya mengangguk.

“ Penatnya aku nak kena cakap arab dengan orang ini.Kata kerja thairan dulu. Takkan tak boleh faham bahasa inggeris kot.” saya musykil.

Sebelum itu kami sudah bertaaruf  sekejap. Baru saya tahu arab ini mahu ke Jordan. Beliau ke Malaysia untuk menghantar puteri keempatnya belajar di UUM. Beliau pernah bekerja di syarikat penerbangan Jordan tetapi sudah bersara. Mempunyai 6 orang anak. Sulong adalah seorang lelaki yang sedang belajar di Rusia dalam bidang kedoktoran.Kedua adalah seorang perempuan  berada di tahun 5 bidang Tibb Basyari di Yaman.Ketiga juga adalah seorang perempuan berada tahun 2 pengajian Tibb Athnan dan berusia 20 tahun. Kelima adalah seorang lelaki dan yang terakhir adalah seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel yang bernama Ayaa.

“ Are you alone?”

“ La’..sodiqi fii Qaherah.”

“ Huwa aidhan fii kuliyyah Tibb ?”

“ Eh?, La’ huwa. Sodiqi banat. Kullu banat fii kuliyyah.”

Arab ni tiba-tiba buat muka semacam.

“ Apa yang arab ni fikir? Takkan dia pelik kot aku travel sorang-sorang dari Malaysia ke Cairo. Entah-entah dia nak tahu aku dah berpunya  ke tidak. Ah,lantak dia lah.” getus hati kecilku.

Saya tahu memang agak pelik bagi bangsa arab andai kaum perempuan travel sorang-sorang tanpa mahram atau teman. Bukan budaya mereka seperti itu. Dia sendiri hantar anak perempuannya belajar di Malaysia.

“ Kam ‘umrik ?”

“ Ana ‘ishriin,wa enta?”

Dia suruh saya teka umur dia berapa.

“ Khamsiin..”

“ Sittiin..”

“ Khamsa wa khamsiin …”

“ Khamsa wa sittiin…”

“ takkan sam’iin kot. Tua sangat tu.”bisikku perlahan.

Dengan selamba dia memegang tanganku dan menulis angka umurnya di telapak tanganku menggunakan jarinya. Saya terkejut dan akhirnya langsung tidak dapat tangkap berapa umurnya.Tindakannya sangat tidak dapat diduga. Saya hanya pasrah wuduk yang dijaga sejak dari Malaysia batal disebabkan arab ini. Saya terus menggosok-gosok tapak tangan tanda protes atas tindakannya sebentar tadi.

Sedang saya bermain dengan cincin di jari,dia turut sama menanggalkan cincinnya. Saya sudah tidak keruan.

“ Ish,apa arab ni nak buat lagi. Takkan nak bagi cincin dia kat aku”

“ Kabiir” sambil menunjuk-nunjuk cincinnya kepadaku.

“ Enta gigantism”

“ eh?”

“ La’…la’. ”

Dia paksa juga saya untuk ulang dan terangkan apa yang telah saya sebut sebentar tadi. Saya terangkan gigantism adalah sejenis penyakit hormone. Orang yang ada penyakit ini selalunya badannya besar ataupun dikenali sebagai ‘uncontrolled growth’. Orang yang macam ini excessive secretion of growth hormone before adolescence.

“ Ana la afham”

“ Enta mush fahim?”

Dia gelak sebab dia punyalah cakap arab fushah dan saya pulak berbahasa arab ‘ammi.

………………………..

“ Ana ta’baan”

Dia mengadu padaku dalam nada berbisik. Dia ulang banyak kali yang dia keletihan apabila aku mula tidak mahu memberi respon. Saya bingung hendak cakap apa dengannya. Masakan ta’baan pun hendak disampaikan padaku.

“ sleep” kataku.

“ Ana la astathi’.”

“ Ish,tadi kata letih sangat. Orang suruh tidur,tak nak pulak dia tidur. Kau nak aku buat apa? takkan nak suruh aku buaikan kot. Mengada-ngada sungguh” hatiku mula memberontak.

Selepas itu,dia bangun. Katanya hendak tidur di tempat lain. Dia pesan suruh saya tidur.Rasa seperti saya ini kanak-kanak kecil.Tidur pun diatur oleh orang lain.

………………

“ Enti quwaiis? Ma fish musykilah?”

“ Alhamdulillah.”

Sekali lagi dia datang nak berborak. Kali ini dia keluarkan handphonenya. Dia paksa saya untuk melihat albumnya. Dia ceritakan semua event disebalik setiap satu gambar.Saya berpaling seketika saat dia menunjukkan gambar kawannya di Thailand sedang berpelukan dengan seorang perempuan yang agak seksi. Dia perasan tetapi dia tetap mahu saya melihat gambar tersebut.

“ Hiya gameelah”

“ hmm, huwa muslim?” sambil merujuk pada temannya itu.

“ Aiwah, huwa muslim wa ana muslim aidhan. Hiya ,la’ah”

“ fiin mobile?”

“ Leyy? ” tanyaku sambil buat muka curiga.

“ Ana muslim.”

Saya jadi serba salah sebab tidak mempercayainya. Rasanya waras andai saya menyimpan sedikit rasa syak wasangka. Saya keluarkan juga mobile saya. Dia mahu saya tunjuk gambar-gambar dalam phone. Mujurlah dalam phone saya tidak ada gambar yang mendedahkan aurat dan tidak banyak gambar orang.

“ Shuh yadaki. Ana a’rif  ‘ilmu falak.”

“ Leyy?..La’. Ana mush ‘aizaah”

Dia gelak.

“ fii maliziya, ana la uriid. Fii misr,ana mush ‘aizaah. Enti quwaiis fii ‘ammiyah”

“ baru tahu ke?” berbangga dengan diri sendiri.

Tak lama selepas itu dia paksa juga aku tunjuk tapak tangan kepadanya. Puas aku menolak. Rasa nak menangis je duduk dengan arab ini. Akhirnya aku mengalah. Ada lima perkara dia katakana padaku tetapi hanya empat sahaja melekat dalam otak. Pertama,dia kata bahawa saya akan najah fiid dirasah.Kedua,yujad syakh yang suka sangat padaku. Twink..twink. Saya penasaran hendak tahu siapakah orang itu.Hehe..Ketiga,yujad sodiq yang benci pada saya. Dia menerangkan gambaran orang tersebut. Dia menasihati supaya berhati-hati dengan orang ini. Keempat,katanya ummi saya sakit.Saya menafikannya. Dia kata suka hati enti lah nak percaya atau tidak.

 Saya senyap. Saya hanya percaya pada Allah.

……………………………

“ Miss,two cups of coffee please” pesannya.

“ Ana mush ‘aizaah qohwah. Mumkin shai baas”

Dia panggil semula pramugari itu dan membetulkan pesanannya. Sesuka hati dia sahaja main pakai pesan tanpa mengetahui saya hendak atau tidak.

“ Da shai..da sukkar wa creamer”

“ syukran”

…………………………….

“ Enti gameelah,ana uhibbuki giddan”

“ Ah sudah,aku nak buat apa ni? Buat pekak jelah.”

“ Hidaya, enti gameelah. Ana uhibbuki” ulangnya lagi

Kali ketiga dia ulang ayat itu. Saya menyambung.

“ fiil islam”

“ aiwah, ana uhibbuki fiil islam. Ana muslim. Ana la uriid shaiian minki. Ana syeikh(orang tua).”

Kemudian dia ulang lagi.

“ Enti gameelah giddan"

“ Haza min fadhli Rabbi” kataku

…………………………..

Dia paksa saya untuk duduk dengannya apabila sudah tiba di Bahrain. Dia tahu saya transit lama di situ. Saya mengelak dengan memberi alasan saya mahu tidur di musolla. Dia melarang. Saya memberontak tidak mahu duduk dengannya. Dia pelik kenapa saya tak mahu lepak dengannya. Saya katakan ummi saya tidak bagi berduaan dengan rijal. Dia menjawab bahawa dia bukan seperti rijal-rijal yang lain ada niat jahat.

Saya senyap. Dalam otak ligat cari cara macam mana nak mengelak dari dia nanti pabila sudah tiba di Bahrain.

Setelah menyedari saya mula senyap. Tiba-tiba dia bagi pilihan pada saya sama ada saya ikut dia ke Jordan atau dia ikut saya ke Cairo.

“ La’.Ana mush ‘aizaah. Maugud kuliyyah fii Qaherah. Ana azhab ila Qaherah wa enta ruh ila usratika fii Jordan.”

“ Ana la uriid. Ana azhab ila Qaherah ma’aaki”

“ La’..la’. Ruh ila usratik”

“ Enti ruh ma’aaya ila Qaherah. Wa ba’din,ana azhab ila Jordan”

“ Gila apa arab ni? Sesuka hati aje nak suruh aku ikut cakap dia.”getus hatiku.

Sesampai sahaja di Bahrain. Saya terus minta izin dia mahu ke hammam. Lama juga saya menyorok dalam hammam sampai dia tak larat nak tunggu. Akhirnya dia pun pergi dari situ. Maka berakhirlah episode ngeri dalam flight.

Scary tak korang kalau jumpa orang macam arab ni?

~macam mana bentuk penulisan saya kali ini? Ada gaya cerpen tak?~

3 comments:

  1. Salamullahi 'alaikum.

    Dayah, adik baru berkesempatan baca post ni. Agak mengerikan. huhu..

    p/s: Penulisan yang baik. Ada la meh2 gaya cerpen.. ;)

    Next time, jangan segan silu untuk berkongsi lagi pengalaman2 saudari.. ^^

    ReplyDelete
  2. angah..seram betul tok arab tu,.ayo,klo org buat cmtu bagi je '10 biji'.hehe.garang x, hm, papepun, jage diri baik2 ek.klo nk 'sembang' ng ateh bgtaw eh.~take care *betul2

    ReplyDelete
  3. adik jau~ saya tiru gaya penulisan seorang blogger..kalau ada cerita best baru nak tulis.

    ateh~ seramkan? alhamdulillah,dapat jugak lolos dari arab tu. ok,nanti angah nak borak dgn ateh,angah bgtaw k. haritu angah borak dgn ucu. ateh bbgkah semangat sket kt dia.Dia nak hafal quran kt ireland tu.

    ReplyDelete