Followers

21 December 2010

Undi Mereka..


Subhanallah…

Seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi sebab hidayah mampu bernafas pada hari ini seterusnya mampu menaip sesuatu untuk tatapan ramai. Hari ini,saya hendak memperkenalkan calon-calon hebat untuk diundi pada pilihanraya Perubatan sesi 2010/2011. Saya tak kenal sangat calon-calon lain.Jadinya,saya akan memperkenalkan calon yang saya kenal dari kacamata peribadi saya.

Calon Pertama

Nihal Bt Tarmizi. Dia ini adalah classmate saya di Al-Azhar. Orangnya sangat komited. Tempatnya dalam kelas selalu berada di hadapan sekali. Seorang yang sangat mudah untuk diminta tolong dan bantuan. Tidak pernah berkira dalam membantu sahabat-sahabat. Senang cerita,saya suka sangat dengan peribadi dia. Tahun lepas,Nihal ini termasuk dalam kalangan yang agak lambat juga daftar sebagai student di Al-Azhar.Kalau tidak silap saya,adalah dalam sebulan. Faham-faham jelah,medical course ni macam halilintar je nak habiskan silibus. So,siapa-siapa yang daftar lambat mestilah ketinggalan. Dalam nihal ketinggalan pelajaran pun dia masih mampu membantu orang lain untuk habiskan jualan burger dan benjo dalam kelas. Nihal mesti dicari sangat perut semua orang berkeroncong dalam kelas. Dia ini menjadi tarikan saat melangkah ke dalam mudarraj.

Keberadaan Nihal dalam kelas kadang-kadang menggembirakan dan menyedihkan. Tahu tak sebab apa? Bila dia melangkah masuk bersama satu plastic besar,semua orang tersengih dan sebaliknya.Sebenarnya banyak lagi pasal Nihal ni tetapi saya tak mampu nak olah peribadi beliau dalam bentuk ayat. Jadinya,teman-teman di Al-Azhar  haruslah memberi vote anda kepada Nihal pada hari pilihanraya nanti. InsyaAllah,kita akan semakin close dengan perubatan induk. 

Calon Kedua + Calon Ketiga

Aisyah Zahirah dan Humairah  dari Cairo University. Mereka berdua ni teman rapat saya dibumi Maahad. Peribadi mereka ini sangat berbeza tetapi melengkapi satu sama lain. Aisyah seorang yang lembut dan sering tersenyum manakala humairah ini seorang ceria dan hyperactive.

 Saya cerita tentang Aisyah dulu,saya kenali Aisyah sebagai seorang yang kuat sebab dia mampu tahan dirinya dari marah. Sukarlah nak tengok dia marah. Dibumi Maahad,dia antara orang banyak jugak kerja di sekolah. Kesian saya melihat dia melaksanakan tanggungjawabnya. Aisyah tidak pernah komplen atas kerja-kerja yang terbeban ke atas dirinya. Pernah juga saya kadangkala menyusahkan dia dengan sesetengah kerja tapi dia tetap tersenyum dan membantu. Terharu saya saat itu. Bagi saya,mana nak cari teman yang sanggup berkorban untuk orang lain.Aisyah menjadi tempat untuk saya adu segala masalah. Dia memang seorang pendengar terbaik.Selagi dia mampu membantu,dia akan bantu. Andai bantuan itu diluar kemampuan dia,dia mengaku dia tidak mampu tetapi dia akan mendengar sepenuh hati.Di Mesir,kami sangat susah untuk bertemu. Setiap kali kami bertemu dalam satu-satu program perubatan,dia sentiasa akan tegur saya dulu. Selalunya,dalam setiap program perubatan,dia akan sentiasa memegang jawatan manakala saya hanya sebagai peserta atau penonton. Wajarlah bagi saya untuk segan tegur dia dahulu tetapi tindakan dia membuatkan saya terharu punya teman seperti dia. Aisyah selalu kata “hidayah,lama tak jumpa. Banyak benda nak borak dengan awak. Kalau nak borak sekarang,saya pula banyak kerja. Awak sihat je kan?”. Itulah dialog Aisyah bila kami ketemu.

Sekarang cerita pasal Humairah. Humairah ini adalah kawan favourite saya. Dia ni banyak sikit cakapnya tapi apa yang dicakapkan adalah sesuatu yang mampu membuka minda saya. Persamaan saya dan dia adalah kami sama-sama lahir pada tarikh yang sama.  Bila ulangtahun kelahiran kami tiba,kami akan wish sesame sendiri. Kelakar je bunyi. Humairah ni seronok diajak berbincang. Idea-idea dia memang meletup. Kadang-kadang saya hairan,kenapalah idea dia ni selalu extragavanza dari orang lain. Makan kacang cerdik kot time kecil-kecil dulu. Humairah ini,sangat ceria dan petah berkata-kata. Sebabkan dia petah berkata-katalah,dia sering mewakili sekolah dalam pertandingan debat. Waktu di tingkatan 4,kedudukan saya dalam kelas adalah belakangnya. Setiap kali ada senggang waktu,selalunya saya mesti nak tidur dan setiap kali itulah Humairah akan kacau saya supaya tidak tidur dalam kelas. Dia pelik kenapalah budak asrama selalu ketiduran dalam kelas. Saya tiada jawapan untuk itu buat dia. Humairah menjadi tempat rujukan saya andai saya ada masalah dalam pelajaran. Yelah,humairah ni pandai plus bijak dari saya. Oklah senang cerita,Humairah adalah calon yang sesuai untuk diundi sebab saya yakin dia mampu membuat perubahan kearah lebih baik dalam perubatan. 

~saya sayang awak berdua, humairah dan aisyah~

Dari hidayah Al-Azhar..

1 comment:

  1. salam ziarah cik dayah~

    insyaallah, PERUBATAN is a part of us.
    Jom terjah ARMA jumaat ni. Biar bukak sikit mata2 manusia kat luar tu.

    Azhari azhariah perlu buktikan kita ada maruah, ada amanah!!

    kamu~
    cayalah!!

    ReplyDelete