Followers

31 January 2010

I.S.M.A

Bilmillah ArRahman ArRahim...

            Agak-agaknya,siapa boleh huraikan perkataan di atas...satu kisah yang sangat panjang sehingga si penulis mengsummarizekan dalam satu perkataan yang pendek tetapi mungkin boleh mengelirukan para pembaca.Bermula dengan keperitan hidup yang dilalui bersama sejak dilahirkan setahun lebih yang lalu.Si penulis mengenal satu kehidupan yang baru dimana si penulis merasakan itulah sebaik-baik kehidupan kerana terdapat pelbagai pengajaran bermakna yang tidak terungkap dengan kata-kata.

            Tetapi agak menyedihkan kerana si penulis mula jauh dari kehidupan itu dan mula didekati dengan satu kehidupan yang memang tidak disukai sejak dahulu lagi.Si penulis memang mempunyai pilihan untuk memilih mana yang terbaik tetapi kehidupan yang si penulis impikan tidak bersignal malah lorongnya juga gelap gelita.Si penulis sangat cemburu dengan kelahiran baru dibumi yang baru.Mereka yang sama-sama dilahirkan....

            Apapun penulis turut bergembira atas kewujudan dan kelahiran sel-sel yang baru dalam melawan virus-virus taghut.Jadilah seperti lymphocyte B yang bergabung dengan antigen(peluru luaran) untuk menghasilkan immunoglobulin dalam mengharungi kehidupan sebagai daie. Akhir kalam,I sayang my adiks comel....

..........................................................................................

 I.S.K

          Banyak istilah baru dibumi mesir ini..Banyak program-program baru yang membuka mata dan hati.Open your eyes and heart...best tema yang dipilih.Kalau tidak terbuka lagi mata hati memamg dikatakan si penulis ni lamlum and lampi(Astaghfirullah).satu program yang menguraikan sejarah islam.Inilah yang sempat si penulis ingat ketika pihak penganjur menghuraikan apa itu ISk.

          Niat si penulis untuk menuntut ilmu sangat membuak-buak.Semua program dibantainya pergi.Baik belah sana belah sini macam lalang pun ada.Lantaklah orang nak cakap apa asalkan si penulis dapat apa yang diinginkan dalan kehidupan.Si penulis cuba untuk menilai sesuatu dengan ilmu bukan sekadar ikut-ikut(pak turut).Di sana, jangan bimbang.Si penulis masih setia pada malam yang menjadi saksi bulan dan bintang.

............................................................................

 kehidupan yang mencabar..

           Sejak berada di bumi para Anbiya',si penulis mula berubah sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.Macam banyak ke arah sebaliknya.Agaknya dah terikut perangai arab yang cepat naik angin.Kadang-kadang bila berhadapan dengan Arab yang sangat menyakitkan hati memang hati cepat panas.Abah si penulis selalu pesan supaya dicontrol rasa marah takut-takut kena belasah dengan pak arab.Tapi,lagi kita marah lagi dorang takut.Orang Arab memang tidak berani dengan orang indonisi tapi tidak dengan Malizi.Malizi ni lemah lembut sangat agaknya.

           Selama di mesir ni,rasa-rasanya dah 2 kali si penulis menjerit.Sekali dalam bas dan sekali lagi dalam tremco.Bila pikir balik nak tergelak pun ade sebab kejadian dalam bas bukan disebabkan kena seluk atau diraba(nauzubillah) tetapi sebab arab tu sentuh tangan yang masih ada wuduk.Tension betul time tu sebab si penulis sebaiknya menjaga wuduk untuk satu jangka masa yang panjang semata-mata taknak sentuh air banyak kali pada musim sejuk.

            Dalam tremco pula terjerit sebab kena tekan dengan soalan pak arab yang bertubi-tubi tapi yang lucunya terjerit dalam bahasa melayu "Apa ni?".Bajet nak jerit perlahan je.Terus senyap pak arab tu tapi lepas tu semua orang dalam tremco tu gelak.Malu tak terkata!! nasib baik pakai niqab,xder la malu sangat.Banyak sangat kejadian seumpama itu berlaku berulang kali.Pernah sekali  nak naik bas murah punya pasal,sampai melayang macam superwomen.Naik bas dengan cara melompat dan berlari-lari anak.tapi yang bestnya lepas jugak lompat katak HY ni.Side effect yang dapat pun boleh tahan juga.Bengkak muscle upper limb..

...............................................................

             Untuk sekian kalinya,buat mereka di sana usah bimbang dengan apa yang si penulis buat di sini.Kerinduan itu sudah lali dengan si penulis.InsyaAllah,si penulis tidak lemah dengan kerinduan kurniaan Ilahi.Semua ini adalah nikmat.Dugaan lapar dan keinginan untuk sesuatu hanyalah ekspresi diri untuk menunjukkan diri si penulis masih seorang insan yang turut terpedaya dengan dunia.Sekali lagi,jangan dan usah bimbang dengan jalan yang dipilih si penulis.Si penulis still a soldier of Allah.Tidak akan lari dari medan tempur sejak setahun yang lalu..I.S.M.A...

            sejak hati ini pergi
           deria rasa mulai surut
           memang ini yang kucari
           untuk Allah segalanya kan kuturut

      Bermain dengan teka-teki ini sebahagian dari perangai si penulis...
      untuk memahami juga sangat compleks...faham ke?

           jangan mengharap sesuatu dariku
          kerana aku kan memberi hempedu
         
     ---penulis rindui kasih ilahi ---HY

08 January 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaanNya yang Maha Luas
bersyukur kerana hari ini aku bisa bernafas di sebalik kabus-kabus yang tebal
bersyukur kerana masih bisa bertahan dengan kesejukan yang teramat disebalik saratoga king..


kabus menyelubungi beranda rumahku di pagi hari...


inilah keadaan persekitaranku pagi-pagi hari
merempuh kabus tebal hanya kerana ilmu
hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa menggigilnya diri 
sejak beberapa hari..asyik duk pikir duit je
semua ni gara kad atm hsbc 
duit dollar makin kering 


banyak ni je tinggal duit..dollars vs genih

tanggal 29/12/09..tarikh perpindahan dari hayyu asyir ke hayyu sabi'
dari rumah mahal ke rumah yang lebih murah
dari rumah sewa ke rumah negeri
dari jauh ke dekat(dgn kuliah)
pelbagai spekulasi dilontarkan terhadap rumah negeri
tapi kutetap berdegil nak masuk juga rumah negeri
Alhamdulillah..

Alhamdulillah..ku dikurniakan akak2 yang sangat best..
baik,rajin masak,suka mengemas dan yang paling best sering memberi peringatan
merekalah yang memperkenalkan aku lorong2 ilmu yang luas di muka bumi mesir
merekalah yang membawaku bertemu dengan syeikh2
merekalah yang sering membawaku ke majlis2 ilmu
mereka kata jadilah seorang doktor yang penuh dengan ilmu di dada
siapa mereka??


mereka adalah ahli baitku..


tinggal beberapa hari lagi
rasa-rasanya ada orang ingat x?
mama mesti ingat..
ku ingin kan di bawah ini..
hehe xmalu betul...
sapa nak belikan ek..ni betul2 mahal


sedapnye...

 

  cantiknya...