Followers

19 March 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah andai ini ujian untukku
ajarkanlah aku erti redha
mungkin itu bukan rezeki untukku
Ya Allah..ringankanlah beban ibu dan ayahku
aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mereka

to abah: waaaa...hilang purse ..
             abah jangan marah dayah ek
            dayah xbermaksud nak susahkan abah
            cicirt dalam teksi

to ummu: mesti ko tension dengan aku kan 
               sebab selalu sangat hilang barang
               dari dq lagi kot
               maaflah...aku ni jenis pelupa sket
              
 sejarah hilang barang...
DQ--hilang handphone nokia daun di bangunan kuliah...pastu banin jumpa...nasib
         baik ada lock code...

EGYPT---hilang beg dalam tremco....jumpa balik...alhamdulillah
            ---nyaris hilang purse....di program perubatan
            ---semalam...cicir dalam teksi

pengajaran...

jangan pegang barang kat tangan semasa berjalan...--banyak kali dah ummu pesan..hehe
...semua yg lawat blog saya ni tolong la ek doakan supaya pemandu tu pulang kan kembali purse itu kepada saya...huhu


16 March 2010

Lelaki idaman...

lelaki idaman saya...;-)

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Alexandria '10


09 March 2010

Sis Syahida...

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukurillahh
ana dipertemukan dengan seorang sahabat
yang bisa menuntunku ke jalan yang diredhaiNya
Ya Allah..peliharalah ikatan persaudaraan antara kami

Dia adalah anak kepada seorang syeikh
mempunyai cabang ilmu yang sangat luas
ana sangat kagum dengan ilmu yang dimilikinya
ana sangat cemburu.....
dia sangat pemurah dan xpernah lokek mengongsi ilmu
dia belajar keempat-empat mazhab
tapi tetap berpegang kapada mazhab Syafiee

banyak benda dia cerita padaku
bagaimana sistem azhar dari primary until university
dia sebaya denganku tetapi berada di tahun 4 medic
pada mulanya dia sgt pelik macam mana..
kami boleh sebaya sedangkan dia di tahun4
sedangkan aku di tahun 1

s
sis syahida..