Followers

29 May 2010

dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya!


Bismillahirrahmanirrahim...
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)
Assalamualaikum wbt...

Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.

Tidak pernah dan tidak sekali pun aku kisah siapa sahaja yang mahu berkawan dengan ku baik perempuan mahupun lelaki. Apa yang penting bagiku asalkan dia tahu batasnya ikhtilat terutama jika dia seorang lelaki. Tetapi aku kisah jika dia seorang lelaki yang terus-terusan meluahkan perasaan cintanya kepadaku tanpa melalui orang perantaraan yang aku percayai. Kerana aku tidak yakin lelaki sebegini mampu menjadi pemimpinku dalam perjalanan panjang mencari dan meraih redhaNya. Cintaku tidak semurah itu! Biarlah dia sehebat mana sekalipun tetapi aku tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini. Bagi aku lelaki sebegini kurang mujahadahnya dalam mengawal perasaan cintanya walaupun dia seorang yang hebat dari segi dakwah. Dimana hilangnya sensitivitinya terhadap agama dalam hal sebegini yang berkait rapat dengan kerajaan diri iaitu hati? sedangkan hati perlu dijaga kerana disitu letaknya segala kemuliaan. Cukuplah sekadar berkawan denganku sehingga tiba masa yang ditetapkanNya. Saat itu pasti tiba!

Kerap sekali soalan siapa mujahid pilihanku dilontarkan oleh sahabat2 seperjuangan ku dulu. Usahlah ditanya kerana itu menjadi asrar qalbi. Cuma ingin aku tegaskan aku tidak menginginkan lelaki yang hebat di pentas dunia, bukan juga yang namanya sering meniti di setiap bibir gadis-gadis kerana ketampanan dan kepimpinannya yang menyerlah tetapi, aku lebih memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, yang bangunnya disepertiga malam menemui Sang Kekasih dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya. Hidupnya sentiasa dalam halaqah, yang ditarbiyah dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Biarlah dia tidak dikenali oleh sesiapapun asalkan namanya menjadi sebutan di langit Ilahi dan dirindui para bidadari syurga. Yang ku harapkan bukanlah putera berharta tapi yang diimpi biarlah putera agama. Bukanlah aku mengharapkan yang sempurna kerana aku juga serikandi dengan silam yang kelam.

Walaupun adakalanya hati ini terasa lelah dan penat kerana kerap teruji dengan cinta lelaki, ku cuba juga sedaya upaya mungkin menepis cinta yang tak halal buatku. Ku hargai perasaan setiap insan yang datang padaku tetapi aku tetap dengan prinsipku cinta untuk seorang suami takkan ku kongsi!. Kalian lebih mulia berbanding diriku yang hanya insan hina yang cuba meraih redha dimataNya. Tetapi aku tidak boleh menerima kalian memandangkan hati ini tidak bersedia untuk menerima sesiapa. Bukanlah niatku untuk menyakiti hati sesiapapun, malah aku cukup merasa serba salah bila orang kecewa dan patah hati keranaku. Ketahuilah aku cuma kasihankan kaummu wahai adam kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda
"Tidak ada fitnah terbesar buat seorang lelaki di akhir zaman melainkan seorang wanita"
Aku takut tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada lelaki. Aku tidak mahu melalaikan seorang lelaki yang bakal menjadi mujahid agama. Betapa berdosanya diriku jika aku menjadi punca kejatuhan mereka.

Kepada insan yang pernah ku katakan diriku sudah bertunang dan mempunyai pilihan sendiri, ya memang benar. Aku mempunyai pilihan ku sendiri, dan sudah pun bertunang. Aku bertunang dengan study dan gerak kerja ku dan pilihan ku adalah "dia" yang Allah takdirkan buatku. Dalam usiaku ini aku tidak mahu tertipu dengan cinta palsu yang boleh mengundang padah pada keberkatan rumah tanggaku kelak. Ku petik sedikit kata2 Dr Nazri yang bercinta sebelum kahwin dan sering keluar bersama dengan teman wanitanya dalam buku Dr Farhan Hadi-Denyut Kasih Medik :
" Kena jaga hubungan dengan tunang. Saya rasa macam tak berkat aje lepas kahwin. Hati jadi susah. Rasa selalu curiga. Bila dia keluar aje terus rasa tak sedap hati. Kalau sebelum kahwin dah berani keluar dengan saya, sekarang ni pun mestilah berani keluar dengan lelaki lain. Curiga ni susah nak hilang. Rasa menyesal pula tak pilih yang baik dan solehah,"
Inilah yang cukup aku takuti. Benarlah, dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya!

Sememangnya jatuh cinta itu bukanlah sesuatu yang salah kerana ianya fitrah dan merupakan hadiah dari Sang Pencipta. Tetapi manusia sering kali terlupa dan leka, mereka terlalu taksub dengan hadiah yang diberi sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Sang Pemberi Hadiah itu. Oleh itu hati ini kuserahkan padaNya, biarlah Dia yang menentukan kepada siapa yang layak memilikinya..

Serahkan hati mu pada ALLAH, nescaya akan diserahkanNYA kepada pemilik yang terbaik

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku kerana cintaNYA, milikilah diriku kerana agamaNYA, milikilah jiwaku keranaNYA

28 May 2010

Jalan pulangku...

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

suluhkan cahaya menerangi langkahku
serlahkan segala kiasan indah cintaMu

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara buatku melepaskan dahaga

Tak ku temu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....


23 May 2010

Puisi

Wahai tubuh ini,
Kau dijadikan ujian,
Kau dijadikan dugaan,
Buat rohku ini,
Untuk menguji keimananku.


Wahai tubuh yang menjadi tapak rohku bersemayam,
Sakit kau, sihat kau,
Gusar kau, gundah kau,
Ujian yang harus ku tempuh,
Apakah aku mampu, sehingga ke akhirnya?


Oh, tubuh,
Oh, jiwa,
Kau dihias cantik menawan,
Kau dirapi menjadi perhatian,
Sampai masa,
Ke tanah jua.


Wahai tubuh,
Wahai tapak bersinggah,
Aku roh yang sentiasa merindui tempat asalku,
Aku hati yang selalu merintih pada Kasihku,
Tiba saat, berpisah jua.


Wahai jiwa yang terpesona dengan tubuh ini,
Sedarlah aku hanya tubuh yang menjadi ujian bagi rohku,
Ketahuilah,
Sangat berat perasaan yang ku pegang,
Memegang ujian tubuh ini,
Untuk ku pulangkan kembali pada Penciptanya.


Wahai Kasihku, Allah.
Ujian tubuh ini terlalu berat untuk ku tanggung,
Dugaan yang terbit dari tubuh ini sangat gundah ku lalui,
Jika hati ku ini masih tetap pada janji ku,
Tenanglah aku,
Walau luaranku diuji,
Namun aku, masih tetap satu,
Roh yang menuju yang ESA.


Wahai Dambaanku, Rabbku,
Aku roh yang terlalu memandang jauh kepadaMU,
Aku Hidayah, hamba dan roh ciptaanMU,
Terlalu ingin tetap tegar dengan janjiku padaMU,
Tetap sabar dengan ujian jasad ini,
Sampai ketikanya,
Aku pasti ketemu Engkau.


Wahai Pujaanku, Wahai Kasihku,
Ada kala,
Aku diam menahan sakit,
Menahan pahitnya ujian jasad ini,
Menjaga tubuh,
Agar ujianku selesai akhirnya menemuiMU.


Aku adalah roh,
Terperangkap di dalam jasad yang penuh ujian,
Aku mohon padaMU,
Agar rohku tidak terjejas,
Dan kasihku masih seperti dahulu,
Sebelum aku kenal jasad ini.
Moga aku utuh,
Pada janjiku padaMU,
Sampai masa, ketemu jua Sang Pencipta,
Rabbul Izzati...

02 May 2010






 Ya Allah...
menitis air mataku...Allah is always by my side....
kuatkan aku Ya Allah...
banyak sangat dugaan terpaksa aku tempuhi
mungkin ini wasilahnya untuk mematangkan diriku...


YA Allah...
bantulah aku dalam membuat pilihan dalam hidupku
jangan pernah KAu biarkan aku membuat pilihanku sendiri
tanpa bimbingan dan petunjukMu...