Followers

30 June 2010

Sanggul tinggi..



credit to : satujutaidea.blogspot.com

Sejak2 tersebar satu artikel tentang bersanggul yang dikatakan haram itu, ia semacam menjadi satu topik hot pula sekarang.

Betulkah sanggul itu yang dimaksudkan oleh Rasululullah SAW dalam hadis ni:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(HR Muslim).


Hadis ni memang famous sebenarnya, tapi sebelum keluar topik tentang sanggul Arab, tak ada orang kisah pun apa dia bonggol unta tu.

Masa sekolah dulu kami ada bertanya ustaz, jawapannya ialah keadaan seorang wanita yang suka melenggok2 badan bila berjalan, dan diumpamakan sebagai bonggol unta.

Sebenarnya bersanggul tinggi, tocang tinggi atau hiasan rambut yang tinggi ni bukan benda baru. Dah lama sebenanrnya, even dah lama sangat. Dalam masyarakat kita pun dah lama orang bersanggul tinggi.


saloma, credit to praharaseni.blogspot.com



Wanita Melayu dulu-dulu credit to bintangsatria.wordpress.com


Malah hiasan rambut tinggi ni memang sinonim lah dengan wanita2 di mana2 tempat dunia pun, bukan wanita kita zaman sekarang je.

Contohnya wanita jepun


credit to beanicanning.wordpress.com

Victorian hair


credit to ebay

Bila kahwin pun ramai yang bersanggul tinggi untuk cucuk tiara dan seangkatan dengannya.


credt to kedaijomkahwin.blogspot.com

Hmmm lalu buat saya tertanya2, adakah rambut (sanggul) sahaja yang dikira sebagai punuk unta/bonggol unta, macamana pula dengan yang ni





sorila dik pinjam gamba kejap
credit to : koleksivispera.blogspot.com

dan ini:

Sejak isu ni timbul, yang datang dalam benak saya cuma 3, 1) sanggul, 2) sanggul palsu (sanggul Arab), 3) benda2 lain yang menjadikan kepala kita ni tinggi dan besar macam veil, tiara dan sebagainya.
Perkara kedua saya kira sudah jelas haramnya kerana Rasulullah SAW ada menyebut tentang ini adalam hadis “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan..”
Adapun tentang sanggul/tocang/jalin ia tiada masalah kerana dalam fiqh mandi pun kalau perempuan berambut panjang yang bertocang/sanggul, dia dibolehkan mandi tanpa perlu nak buka tocang/sanggulnya.
Persoalan yang timbul adalah kaitan sanggul tinggi dengan hadis yang dimaksudkan. Adakah maksudnya sanggul tinggi? Atau veil pengantin?

Saya copy+paste pandangan para ustaz/ustazah yang saya tulis dalam ruang komen di entry ini. komen saya dalam merah:

1) USTAZ ZAHARUDDIN:

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

—- beliau menyebutkan tentang dandanan rambut yang pelbagai bentuk. tiada dinyatakan tentang sanggul di 
dalam tudung.

2) USTAZ NORAMIN

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

— beliau berkata sanggul tinggi adalah harus tetapi jika menjadi fitnah (menjadi daya tarikan bukan mahram) maka dia menjadi haram.

3) BULUH (KREW I LUV ISLAM DOT COM)

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.

— beliau berkata sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul mereka yang tidak menutup kepala. bagi yang bertudung boleh bersanggul tapi tidak boleh tinggi2 keterlaluan.

4) USTAZ HASRIZAL

“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.

— menurut beliau sanggul yang dimaksudkan ialah sanggul tinggi di dalam tudung.

5) UMMU HUSNA (ISTERI UZAR)

Jujurnya, rambut wanita yang disifatkan oleh Junjungan Mulia itu sebagai sebesar punuk unta atau bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digayakan tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula dari daya tarik inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan di dalam masyarakat. Walaupun telah mengenakan tutup kepala, tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan pemakainya kelihatan lebih seksi dan menawan.

Lebih malang, bagi wanita yang tidak memiliki rambut panjang, mereka sanggup membeli sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa sedar, dua kesalahan telah mereka lakukan. Dosa memakai rambut palsu, walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan; dan kedua, dosa bertabarruj ( berhias dan mempamer kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan muhrim ) yang amat dilarang.

— beliau memaksudkan sanggul itu untuk mana2 sanggul tinggi di dalam tudung samada palsu atau tidak.

Juga daripada beberapa website international

1) EN.ISLAMTODAY.NET – Sheikh Muhammad Muhammad Sâlim `Abd al-Wadûd

The best way to understand textual evidence – especially when it comes to the legal implications of the sacred texts – is to examine the texts with the full implications of their meanings and their context to ensure that we have a clear and thorough concept of what the text is talking about. This comes after understanding each term and each phrase of the text on its own.

One of the best examples to illustrate thenecessity of this approach is the hadîth where the Prophet (peace be upon him) describes the second of the categories of the inhabitants of Hell, saying: “women, clothed yet naked, drawn to licentiousness and enticing others to it, their heads like the swaying humps of camels…” [Sahîh Muslim (2127)]

In order to understand this hadîth correctly, we must have a full understand of what the Prophet (peace be upon him) is describing. If we neglect or fail to appreciate the implications of some of the words and meanings given in the text, then we will consequently fail to understand any aspect of the text properly.

When we consider this text in full, we discern that the Prophet (peace be upon him) is not discussing the heads of women as a topic on its own, nor is he discussing their clothing on its own, nor is he discussing their behavior in isolation.

From this, we must recognize that the Prophet (peace be upon him) is describing a type of woman – a type that is wanton and uninhibited in every possible way. Such a woman dresses improperly; she does not cover what Islamic Law requires her to cover. She is drawn to men and she actively invites their attentions. She employs the limbs of her body in provocative ways and displays her charms in the way that she moves.
It is significant that the hadîth describes the humps of camels as “flopping” or “leaning”. This is quite different from the customary styles that women usually use when they bind their hair atop their heads, where the bun or pile is strait on top of the head and not swaying from side to side.

We must also note that the hadîth does not refer to the hair itself but refers in more general terms to the head. This means that the hadîth is not just talking about the swaying of the woman’s hair, but rather to the way the woman holds and tosses her head in a provocative manner.

On the basis of this realization, we come to the conclusion – and Allah knows best – that the text is not actually prohibiting any particular hairstyle on its own. It is permissible for a woman to bind her hair in any way she wishes – even to pile her hair up and secure it atop her head – as long as she strictly adheres to the well-known dictates of Islamic Law in her dress and her conduct.
 
– beliau berpendapat apa saja stail rambut adalah dibolehkan, yang dimaksudkan bonggol unta bergoyang2 ialah kelakuan wanita secara umum, yakni berjalan lenggang kangkung sampai goyang2 habis satu badan sampai kepala.
2) ISLAMQA.COM

The second type is “women who are clothed yet naked, walking with an enticing gait, with something on their heads that looks like the humps of camels, leaning to one side.”  Al-Nawawi said concerning the meaning of this passage: al-kaasiyaat al-‘aariyaat (translated here as “clothed yet naked”) means that they will uncover part of their bodies to show their beauty, so they will be clothed yet naked. And it was said that they will wear thin clothes which shows what is beneath them, so they will be clothed yet virtually naked. With regard to the phrase Maa’ilaat mumeelaat (translated here as “walking with an enticing gait”), it was said that it means: deviating from obedience to Allaah and from the commandment to guard their chastity, etc. Mumeelaat means, teaching others to do what they do. And it was said that Maa’ilaat means walking with an enticing gait and mumeelaat means moving their shoulders. And it was said that it means that they try to tempt men by means of showing their adornments.

With regard to the phrase Ru’oosahunna ka asnimat il-bukht (translated here as “with something on their heads that looks like the humps of camels”), this may mean that they make their heads look bigger with veils and turbans, which are wrapped around the head, so that they look like the humps of camels. This is the well-known interpretation. Al-Maaziri said: it may be that what is meant is that they will not lower their gaze in the presence of men, rather they will look directly at them.
Sharh al-Nawawi ‘ala Saheeh Muslim, 17/191

— beliau maksudkan bonggol unta itu sebagai apa saja yang diletakkan di kepala untuk nampak lebih besar dan menonjol seperti veil, turban dan sebagainya.

Bukan bermakna saya nak nafikan hadis ni, atau nak berdebat tentang hukum bersanggul/pakai veil itu boleh atau tidak,takde kisah pun ehh, bukan bersanggul2 pun kita ni. Tapi sekadar percambahan dan perkongsian idea dan ilmu bahawa untuk perkara2 yang tidak jelas seperti ini, terdapat banyak percanggahan pendapat mahupun di kalangan ilmuan. Sedangkan dalam fiqh ibadah pun imam2 still ada perbezaan dia, ini kan pulak benda macam ni.
Jadi apa patut kita buat? Mana satu nak ikut?

Maka kembalilah kepada yang asas. Asasnya, kepada kita pakai tudung? Untuk apa? Untuk SIAPA? Adakah bertudung untuk lawa? Adakah bertudung untuk nampak baik di mata orang? Adakah bertudung untuk nampak suci dan mulia? Adakah bertudung kerana Mak suruh, atau suami suruh? Adakah bertudung kerana Allah suruh?
Sebaik2 pakaian ialah takwa.

Tak kira lah kita pakai jubah kelabu asap berpurdah, atau bertudung sekadar tutup anak rambut, kalau kita lakukan itu semua bukan kerana ALLAH, maka jadikla syirik kecil yang namanya riak. Maka di akhirat nanti pergila tuntut pahala dengan orang/benda yang kita buat kerananya itu sebab Allah tak sudi nak pandang kita yang bukan menutup aurat kerana-Nya. Bayangkan kalau kita suruh anak kita tolong belikan barang, tapi dia taknak buat. Lepas tu boyfriend dia suruh belikan apa2, dia beli pulak, siap belanja lagi. Agak-agak kita happy tak?

Hmmm, jangan pula kata “Dah kalau tutup aurat takut riak, baik takyah tutup!” sebab, menutup aurat itu Allah yang suruh. Kalau anak kita tak dengar cakap, suruh pegi sekolah dia pegi berdating, agak2 aci tak kena rotan sedas dua? Paling tak kena bebel sikit2
.
Kalau kita sayang diri kita, tak payah fikir panjang2 atau susah2 cari alasan, ikut saja apa yang Allah suruh. Senang kan?

Jadi untuk memudahkan semua urusan… sebelum kita buat apa2, nak pakai tudung sanggul Arab ke, sanggul Saloma ke, mi sanggul ke, kita tanya diri kita “Allah suka ke?”. Kalau kita rasa Dia tak suka, mungkin tak perlu buat lah kan :)

28 June 2010

Menanti di Raudhah




Angin bukit tinggi membelai lembut pipi Akid. Angin yang berpuput dari puncak bukit tinggi di sedut dalam-dalam hingga masuk penuh ke pangkal jantung. Dia bagaikan menahan angin itu dan merasa nikmatnya dan kemudian dia melepaskan kembali perlahan-lahan angin itu dengan nafasnya. Raudhah memejamkan matanya. “Dari Dia semua datang, dan kepadanya semua dikembalikan.”
 
“Ukhti, sudikah ukhti saya lamar menjadi pedamping hidup saya, menyempurnakan kekurangan saya, menjadi makmum untuk bakal jemaah saya?” Terngiang-ngiang soalan itu di benak kepalanya.
 
“Asif akhi, saya tidak dapat menerima lamaran akhi.” 
 
“Kenapa?”
 
“Sudah ada yangdatang melamar saya sebelum akhi datang melamar saya.”
 
“Dan ukhti menerimanya?"
 
Raudhah tersenyum namun lekas-lekas dia sembunyikan senyumnya.
 
“Itu satu lamaran yang tidak mungkin saya tolak akhi. Lamaran yang sudah lama saya menantikannya.”
 
“Siapa ukhti, siapa lelaki bertuah itu, kalau boleh saya tahu.” 
 
“Untuk apa?”
 
“Untuk saya tahu, bagaimana dia bisa membuka pintu hati ukhti.”
 
“Dia tidak membuka pintu hati saya, akhi. Malah saya yang membuka hati saya menanti dan menerima lamaran itu.”
 
Terngiang-ngiang di benak Akid perbualannya dengan Raudhah semasa dia ingin melamarnya tiga bulan lepas. Tiap-tiap bait kata yang keluar daripada mulut Raudhah bermain di benaknya, tidak pernah gagal meleraikan butir-butir air mata Akid.
 
“Beruntung engkau ukhti kerana menerima lamarannya.”
 

Akid menangis semakin hebat. Dia malu kerana kebodohannya sendiri. Selendang ungu yang berbalut dilehernya tiba-tiba menutup separuh wajahnya. Akid menarik selendang itu dan dilepaskan daripada membalut batang lehernya. Dia teringat bagaimana dia mendapat selendang itu daripada Raudhah. Bukan dengan cara yang membanggakan atau seronok untuk dikenang.
#####
Malam itu, selepas dua bulan dari tempoh dia melamar Raudhah, Akid hilang separuh kesabaran dan kewarasan berfikir. Dia menunggu Raudhah di luar kawasan kediaman Puteri. Dirinya dikuasai amarah kerana tidak dapat menerima penolakan Raudhah dan Raudhah tidak pula memberitahu kepadanya siapa lelaki yang melamarnya terlebih dahulu.
 
“Raudhah, tunggu sebentar!” 
 
Raudhah terkejut mendengar suara Akid di dalam kawasan kediaman Puteri. Dia menjadi bertambah malu bila kelakuan Akid memanggil dan menunggunya di kawasan itu dilihat  oleh pelajar-pelajar lain. Raudhah cuba untuk mengelak daripada Akid.
 
“Raudhah, tunggu sebentar!!!”. Sekali lagi Akid memanggilnya. Lebih keras suaranya. 
 
“Ada apa akhi?”
 
“Jelaskan pada saya, siapa lelaki yang melamar awak sebelum saya dan kenapa lamaran saya di tolak?”
 
“Asif akhi, saya tak dapat jelaskan pada akhi siapa yang melamar saya dan kenapa saya tidak dapat menerima lamaran akhi. Dengan cara akhi sebegini, lagi membuatkan saya yakin, akhi tidak akan dapat menerima jawapan saya. Asif akhi, saya tak boleh berlama-lama di sini. Begitu juga akhi, sini kediaman Puteri. Akhi sepatutnya jelas tentang itu. Assalamu'alaikum akhi.”
 
“Raudhah, tunggu!” 
 
Raudhah berjalan meninggalkan Akid. Dia ingin lekas segera beredar dari situ. Akan tetapi Akid masih berdegil dan tidak berpuas hati dengan jawapan Raudhah. Akid cuba melarang Raudhah beredar sebelum dia mendapat jawapannya. Akid secara tidak sengaja menarik bahu Raudhah dan selendang yang dipakai Raudhah tercabut dan berada di dalam genggaman Akid.

Raudhah jadi bertambah malu kerana kelakuan Akid. Secara tidak sengaja dia menampar pipi Akid.
 
“Asif akhi, saya tidak sengaja…" 
 
“Tak…tak mengapa Raudhah, saya yang bersalah.”
 
“Akhi, saya lebih tenang mendengar akhi memanggil saya ‘ukhti’ daripada memanggil nama saya.” 
 
Akid terdiam. Selendang Raudhah masih di tangannya.
 
“Akhi, baiklah. Jika akhi mahu tahu siapa yang melamar saya. Jika itu jawapan yang akan membuatkan akhi beransur dari sini. Saya akan beritahu akhi. Datanglah ke kawasan kediaman Puteri ini tepat malam sabtu selepas azan pertama solat Isya’ tiga hari dari sekarang. Nanti akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya menerima dan tidak dapat menolak lamarannya. Sebelum hari itu, akhi janganlah datang ke sini atau bertanya apatah lagi berfikir tentang saya. Selendang itu, akhi simpanlah sebagai hadiah daripada saya, Assalamua'laikum, jaga diri jaga iman ya akhi…” . Raudhah beredar dari situ.
Akid masih terpana di kawasan kediaman Puteri dengan selendang Raudhah di tangannya dan bekas tamparan Raudhah di pipinya.
#####
Tepat tiga hari selepas masa yang diberitahu Raudhah kepadanya, dia datang ke kawasan kediaman Puteri. Namun Akid datang sebelum Isya kerana dia begitu penasaran untuk melihat siapa yang telah berjaya membuka pintu hati Raudhah.
 
“Assalamualaikum.” 
 
Akid tersedar dari lamunannya selepas mendengar orang memberi salam. Dia lekas menjawab dan melihat seorang lelaki sebayanya berdiri tidak jauh darinya.
 
“Tunggu apa akhi di sini, bukankah sini kawasan kediaman Puteri?”. Lelaki itu bertanya kepadanya. 
 
“Akhi tanyakan saya, tapi akhi sendiri buat apa di sini?”
 
“Saya ada sedikit urusan di sini selepas isya' nanti, jadi sebab itu saya ke sini.”
 
“Oh? Urusan dengan penghuni asrama ini ke?” 
 
“Lebih kurang, begitulah. Akhi masih belum menjawab pertanyaan saya, apa yang akhi buat di sini?”
 
“Saya menunggu seorang penghuni asrama ini. Saya datang kerana hendak tahu siapa yang melamarnya sebelum saya dan kenapa dia menerima lamaran itu.” 
 
“Oh, begitu ya. Mungkin akhi ini orang yang dimaksudkan seorang penghuni di sini kepada saya.”
 
“Maksud akhi?”
 
“Tadi semasa saya baru tiba di sini, ada seorang penghuni asrama ini mengirimkan sesuatu kepada saya. Katanya akan ada seorang lelaki menunggunya di sini dan dia meminta saya menyerahkan ini kepada lelaki itu.” Lelaki itu menghulurkan sepucuk surat kepada Akid.
 
“Asif akhi, saya perlu beredar kerana urusan saya hampir tiba masanya, InsyaAllah nanti pasti kita akan berjumpa lagi. 
Assalamu'alaikum akhi, jaga diri jaga iman." Lelaki itu beredar sebelum sempat Akid menjawab salamnya.
Akid membuka surat itu dan membacanya perlahan-lahan.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,
Assalamu'alaikum akhi Akid, apa khabar akhi? Moga terpelihara kesihatan dan iman hendaknya. Saat akhi membaca surat ini, saya berkemungkinan sedang mempersiapkan diri saya untuk persiapan terakhir sebelum datang menerima lamaran yang saya nantikan. Akhi tak perlu risau kerana tak lama daripada akhi membaca surat ini, akhi akan tahu siapa yang melamar saya dan kenapa saya tak menolak lamarannya.
Akhi, saya ingin sampaikan beberapa pesanan kepada akhi sebelum saya tidak lagi boleh berpesan kepada akhi kerana terikat dengan lamaran saya kerana setelah saya menerima lamaran itu, tak mungkin saya akan dapat berhubung dengan akhi.
Pertama-tamanya, saya ingin berpesan kepada akhi, satu rahsia mengenai kebahagiaan. Saya faham mungkin tindakan akhi kepada saya beberapa malam sebelum ini kerana akhi tidak dapat menerima penolakan saya dan hati akhi tidak tenteram dan bahagia. Jadi saya ingin kongsikan kepada akhi apa itu kunci kebahagiaan. Kunci yang akan dapat membuatkan akhi mendapat kebahagian ialah tidak lain dan tidak bukan dengan menerima dengan percaya dengan sepenuh kepercayaan akan Qada Qadar. Tak boleh tak. Jika akhi menolaknya, maka akhi menolak satu daripada rukun keimanan dan rukun iman memang kita mesti menerima kesemuanya bukan sebahagian sahaja daripadanya.
Kedua, jika akhi kasihkan kepada seseorang, kasihkanlah dia kerana Allah, kerana dengan mengasihi seseorang kerana Allah akan dapat membuatkan akhi selesa di sana dan berkumpul dengan orang-orang yang berkasih kerana-Nya dan mendapat terus Rahmat secara langsung dari-Nya di sana kelak.
Ketiga, apa–apa pun yang akhi cakap, fikir, rasa, dan lakukan, ingatlah supaya semuanya berasas kerana dan untuk-Nya semata-mata tidak boleh kerana selain-Nya, kerana perbuatan seperti itu akan mengelakkan akhi daripada menyekutukan-Nya. Apa akhi mahu menyekutukan-Nya? Tentulah tidak bukan.
Dan terakhir, saya ingin akhi tahu, sejujurya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya dan akhi tidak terlewat melamar saya, malah, akhi lah orang yang pertama melamar saya dan saya sangat senang untuk menerimanya. Cuma lamaran yang saya terima ini, tidak memungkinkan saya untuk menerima lamaran akhi.
Asif akhi, saya tak punya banyak masa lagi untuk menulis. Saya teramat perlu untuk mempersiapkan diri saya. Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi.
Assalamu'alaikum dan terima kasih kerana lamaran akhi, jika tidak kerana lamaran yang saya tunggu ini, tentu sekali saya akan menjawab ‘ya’ pada lamaran akhi.
 
Akid tersedar dari membaca surat bila azan isya' berkumandang. Dia cepat-cepat melipatkan surat itu dan menyimpankannya di dalam poket bajunya dan berlekas-lekas untuk bersolat. Seusai azan siap berkumandang, terdengar jeritan dari kediaman Puteri. Akid tiba-tiba berasa tidak enak. Dia hendak ke sana, tetapi kerana itu adalah kawasan larangan untuk lelaki, Akid membatalkan hasratnya. Dia menanti sahaja di luar dengan hati yang berdebar-debar. Tidak lama selepas itu, Akid melihat beberapa orang ustaz dan ustazah bergesa-gesa ke kediaman Puteri. Akid sempat menahan seorang ustaz yang seusia dengannya.
 
“Asif akhi, kenapa akhi dan semua orang bergegas ke kediaman Puteri?”
 
“Ada seorang penghuni jatuh rebah selepas usai mengangkat wuduk.”
 
“Jatuh rebah?”
 
“Meninggal dunia akhi, ada seorang pelajar meninggal dunia selepas mengangkat wuduk, Raudhah namanya. Asif, saya perlu segera ke sana, Assalamu'alaikum akhi.”
 
Jantung AKid tiba-tiba bagai terputus dari tangkainya. Kakinya lemah. Dia terduduk. 
“Satu dari kunci kebahagiaan ialah menerima Qada Qadar…”.
 
Akid memegang dadanya.
“Jika kasihkan seseorang, kasihkannya kerana Allah…”
 
Akid merasakan dadanya bagai dihiris-hiris mata pisau.
“Sejujurnya saya amat senang dan berbahagia kerana akhi melamar saya…"
 

Akid merasakan matanya bergenang.
“Akhi, jika kasihkan saya, kasihkanlah saya kerana Allah. Maka insyaAllah dengan rahmat-Nya kita akan berjumpa semula di sana akhi…”
 
Akid meraup wajahnya. Matanya bergenang hebat. Dadanya lumat dihiris-hiris.
“Raudhah. Namanya Raudhah. Dia meninggal dunia selepas mengangkat wuduk.”
 
Akid menangis semahu-mahunya. Surat di dalam poketnya dikeluarkan dan digenggam erat-erat. Selendang ungu yang dibawa dengan hasrat untuk dipulangkan ditekup di wajahnya. Akid menangis semahu-mahunya….
#####
Akid tersedar daripada lamunannya. Dia melihat selendang ungu di tangannya. Dia menghirup angin bukit tinggi dalam-dalam dan dilepaskannya kembali.
 
Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Raudhah, terima kasih kerana mengajarku erti cinta sebenar-benarnya…"
 
Terima kasih untuk semuanya Raudhah. Terima kasih atas segalanya Allah.
 
 



24 June 2010

Dosa


Pada saat dan ketika ini, benak ini menjadi buntu. Pandangan mata menjadi sunyi dan kosong. Menatap kesibukan yang sepi. Ya Allah, kenapa sukarnya untukku melelapkan mata, jasad yang telah banyak hari tak lena merehatkan diri. Pipi telah banyak hari dibasahi air mata. Terlalu banyak menangis sehingga kepala pun mengundang sakit. Betapa susahnya menjamah sesuap makanan, jika ditelan sekalipun dirasakan amat pahit. Kutenung ke jari jemari yang kerap menggigil ini. Kenapa kau tak berhenti menggigil wahai jari, Betapa seksanya menghadapi keadaan begini. Langkah pula menjadi layu dan longlai. Berjalan seolah kaki tidak berpijak di bumi nyata Entah kemana langkah ini hendak membawa diri. Saat-saat begini pandulah diri ini kemana-mana gedung rahmatMu ya Allah. Aku mahu berkasih denganMu. Sesungguhnya sekeping hati yang sedang diuji ini, sedang remuk dan hancur.

Ku teringat sepotong hadith yang bermaksud “Apabila Rasulullah s.a.w menghadapi sesuatu kesusahan, baginda akan bersegera menunaikan solat”. Allah juga ada berfirman “Wasta’inu bissobri wassolah..” Aku pergi ke kolah dan berwuduk mensucikan diri. Lalu mengabdikan diri dengan penuh rasa kehambaan. Ku ulangi berkali-kali sehingga hatiku puas. Ku menangis dalam sujud semahu-mahunya.. Tangan ditadah dengan penuh kerendahan hati, penuh harapan.. Ya Allah, ku datang kepadaMu.. Ku serah diri ini kepadaMu. Bantulah hambaMu yang lemah dan terlalu mengharap ini. Ammayyujibu mudthorro iza da’ahu wayaksyifussuk..

Ku ambil mushaf suci, lalu ku kucup ia dan kubuka lembarannya, belumpun mula membaca, air mata telah berlinangan lagi. Ku tenung susunan huruf-huruf. Haza Kalamu Robbi.. Ku alunkan bacaan di bibir dengan nada yang tersekat-sekat menahan sebak di hati. Terkadang bacaan terhenti beberapa lama kerana terlalu banyak menangis. Begitu banyak kata-kataMu yang memberi kesan kepada hati ini. Tanpa kusedari telah banyak air mata diri yang hina ini menitik ke lembaran-lembaran suci. Berjam-jam ku tetap duduk di situ sampai hatiku puas.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Jika hamba Allah mendekatiNya sejengkal, maka Allah akan datanginya sehasta.. Jika hamba Allah mendatangiNya dengan berjalan, maka Allah mendatanginya dengan berlari. La ilaha Illallahu wahdahu la syarikalahu.. Ahadan Somadan lam yalid walam yulad walam yakullahu kufuwan ahad., Seutas tasbih kayu usang yang telah lekang warnanya ku petik manik-maniknya satu persatu sambil menyeka air mata, lidah dan hati beristirgfar, menselawati nabi serta mensucikan Allah, memuji dan mengingati Tuhanku sebanyak-banyaknya. Ya Allah.. berilah ketenangan kepada kami. Seandainya ujian ini menjadi sebab untuk Engkau ampuni dosa-dosa ini, kami redho dengan derita ini Ya Allah..

Wahai kesayanganku, Dahulu kita tidak ada apa-apa, entah dari mana-mana, entah siapa-siapa, namun Allah telah menjadikan kita siapa kita hari ini. Ku tahu dirimu lebih derita menangung bebanan ... bersabarlah kamu dan tetapkanlah kesabaranmu dalam menghadapi saat-saat sukar sebegini.. Jangan putus asa dari rahmatNya. Sesungguhnya Allah itu ada. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Allahhumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa Anta taj’alu hazna sahla iza syikta.. Oh Allah…

sifat hamba-hamba Ar-Rahman

Assalamu'alaikum..
Sifat hamba-hamba Ar-Rahman..
Firman Allah s.w.t:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الأرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاماً*
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّداً وَقِيَاماً*
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً*
إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً*
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَاماً*
وَالَّذِينَ لا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلا بِالْحَقِّ وَلا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاما ً*
يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً*
إِلا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً*
وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَاباً*
وَالَّذِينَ لا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً*
وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمّاً وَعُمْيَاناً*
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً*
أُوْلَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلاماً*
خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً*
Maksudnya:

-Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
-Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
-Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
-Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
-Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
-Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
-Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
-Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
-Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
-Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
-Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
-Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
-Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.

(Surah al-Furqan: 63-76)

20 June 2010

Perantau ini pening

Bismillah...

Tika aku menulis post untuk kali ini,kepalaku sangat pening.Dulu,kawan-kawan sekolah selalu cakap aku ni ada simptom2 migrain.Aku selalu menafikan dan selalu berlagak kuat.Padahal dari kecil lagi,kalu sehari tak masuk bilik sakit memang  tak sah.Hari-hari muntah.Bila dah besar gejala muntah semakin berkurangan tetapi pengsan dan pitam pula selalu mengganggu sesi persekolahan aku.Dalam family aku pula,akulah yang paling sensitif dengan perfume.Mama pernah cakap,aku ni kalu bau je perfume mesti pening dan muntah.Sebab tu aku jarang pakai perfume,hanya yang mild2 je aku boleh hidu.

Aku berkenalan dengan pengsan dan pitam sejak kecil.Time tu aku baru balik dari kelas mengaji.Baru je sebut Assalamualai.....dup. Mama pun keluar sebab pelik kenapa aku bagi salam tak habis.Keluar2 tengok takde orang kat luar,bila tengok bawah."YA ALLAH,dayah...".Kepala aku time tu duk bawah bonet kereta.Abah bawak aku gi hospital, doktor cakap aku ni ade gastrik tahap 1.Waktu tu mama abah tengok aku pelik.Doktor pun tanya aku "kamu ni selalu makan asam ke..suka minum air gas ke..".Ish tepat sungguh tekaan doktor ni.Sejak tu abah tak bagi duit lebih sebab tahu aku suka beli benda2 macam tu.

Pengsan dan pitam mula berjinak-jinak balik dengan aku  form one.Kesnya sebab kak long aku time tu tak belikan makanan untuk aku.Dia sibuk uruskan apetah time tu.Yela excolah katakan sampai lupa adik dia tak makan dari pagi.Petang tu,aku pun keluar cari makan sendiri kat bazar.Elok je cakap"makcik,saya nak nasi ...."dup jatuh.Kalut makcik tu kejut aku.Ada ke patut makcik tu cakap"eh adik,nape tidur kat sini...".Waktu tu memang aku pitam tapi still boleh dengar lagi.So,sape2 yg pengsan jangan tipu kamu xdengar sekeliling kamu.

Masuk DQ,sekali lagi benda ni kacau hidup aku.Terjadi benda ni dalam program orientasi.Malu tak terkata time tu.Sebelum disoal siasat kat depan,aku dah rasa tak sedap badan.Mana taknya,malam sebelum tu aku tak boleh tidur langsung.Dahla letih campur dengan lapar lagi.Pastu esok pulak dipermainkan kat depan semua orang.Serius aku tak suka event tu.Memory yg paling aku nak padam dalam hidup aku.Siapa suka pengsan depan semua orang lebih2 lagi depan ikhwah.Malu...aib sangat.Selepas kejadian itu,aku jadi kerap pengsan.Asal masuk program je mesti pengsan.Then,lepas tu semua orang realize yg aku ni memang tak sihat.

"Kau ego 10x,kau ego dayah.."aduh ayat ni sangat pedih .Waktu ni aku cuba bertahan taknak nangis(ego x?) tapi tak tertahan,tertumpah jugak air mataku yang mahal ni(xsengaja tumpah).Lebat air mata ni mengalir.Tiba-tiba tengah sedap2 nangis,esakan aku terhenti.Senyap terus.Semua panik lebih2 lagi mereka2 yang sangat garang.Digoyang2nya badan aku ni macam ape je.Muka aku terus bengkak.Then aku digegaskan ke hospital.Dapat satu injection kat tangan.Doktor pelik tengok aku,pakaian kotor,muka penuh dengan tepung..kasut pun sebelah lain n sebelah lagi lain.Aku tengok diri aku time tu dah macam orang gila pun ada.then doktor pun ask aku" kamu dari mana ni.."aku senyap je.Sejak aku jatuh pengsan,aku mendapat special treatment dari mereka.Dapat tidur lebih..takyah masuk dengar kuliah...takyah masuk taaruf...makan sedap dan yang paling best mereka cakap lembut2 je dengan aku.."dayah,kamu ok ke..kamu nak pape ke.."
Gembira betul jadi orang sakit.

Hari ini 20hb jun,sekali lagi aku jatuh pengsan depan arab setelah penat mendaki rumah tingkat tujuh tanpa lift.Nasib baik ada kak kym and her husband.Kalau tak,tak taw ape dah jadi kat aku.Paling aku takut,kalau jatuh pengsan time takde orang melayu sekeliling aku.Bukan tak percaya pada arab,tapi takut juga kalau diapa-apakan.Mama tak taw lagi ni pasal aku pengsan(tp lps ni taw la kot).Kalau dia tahu,dah mesti dah kena bambu habis.."kamu makan ubat tak,makan suppliment tak..penat2 mama hantar ubat kamu tak makan..".Macam ni dialog mama.

Nilah cerita aku si budak pengsan...disini,aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang setia bersama aku sepanjang aku sakit.Kalian memang terbaik.