Followers

26 July 2010

Bila Akhawat Jatuh Cinta ?



Akhwat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuahr asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…




buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian;

Ya Allah…kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…


kabulkan ya Allah…
kerana hati kami teramat lemah…

oh Allah,
kami mohon ampun
atas dosa selama ini

dosa-dosa kami..
andai tak menjalankan perintahMu
andai tak pedulikan NamaMu
andai tenggelam melupakan diriMu

oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..

ameen ya rabb :)

22 July 2010

it's just nutrition...

Pengurusan Berat Badan

Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki.

Program ShapeWorks mudah, senang diikuti dan enak, menawarkan semua yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan yang berkekalan dengan berjaya.



Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder  
Menyediakan vitamin dan nutrien penting  
Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting.





























  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
  • 9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
  • Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.*
  • Mempunyai lima perisa 



  • ShapeWorks Tea Mix  
    Untuk kebugaran dan pengurusan berat badan  
    Campuran teh segera kalori rendah yang enak ini membantu anda kekal bertenaga dan segar sambil anda menguruskan berat badan anda.

  • Mengandungi antioksida dan teh hijau termogenik
  • Boleh diNikmati panas atau sejuk
  •  
    Bahan antioksida merupakan bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
    Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.

    Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.

    Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk menuteralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak. Penulisan perubatan membuktikan bahwa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Stres oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.

     if i can help you to:

    IMPROVE YOUR HEALTH
    LOSE WEIGHT
    GAIN WEIGHT
    FEEL GREAT AND HEALTHY

    or

    EARN EXTRA INCOME

    please let me know :)
    the choice is in your hands, but for things to change, YOU have to change. :)m





  • 19 July 2010

    Subject itu susah

    akhirnya, inilah soalan biochemistry yang paling aku tidak suka menjawabnya....ini bukan kertas aku sebenarnya..kertas soalan adik hajar..kertas aku lagi banyak conteng kot sebab ketensionan yang teramat..anyway,alhamdulillah..subject ni aku dapat jayyid jiddan. Padahal dulu sebelum masuk exam, aku just mohon diberi lulus sudah untuk subject ini. Allah memang Maha Penyayang. Dia beri lebih dari yang aku harapkan. Mungkin Allah mahu aku lebih bersungguh untuk mencintai subject ini. Dari dulu memang aku tidak suka subject chemistry. Sudah puas aku letakkan hati aku sepenuhnya untuk subject ini tetapi tetap susah untuk aku hadam keseluruhannya.

    Next year,aku kena lebih get ready untuk this killer subject. Tahun depan belajar pasal metabolism of protein,carbohydrate,nucleic acid n etc.

    So,dr.hidayah..tengah cuti ni ,ape lagi bukak balik buku biochem..
    Sepanjang aku menuntut ilmu di Azhar dan secara khususnya dalam bidang perubatan ini. Subject yang paling susah bagi aku sahaja antaranya..CARDIOVASCULAR SYSTEM. Subject ni antara cabang ilmu dari physiology. Bagi aku, subject ni senang nak faham pada permulaan tetapi mula akan rasa payah bilamana tidak diulang,difahami dan diingat dgn kadar segera. Bila esoknya masuk chapter baru, baru ternganga  sebab chapter tu ada kaitan dengan chapter sebelumnya. 

    Selain itu, EMBRYOLOGY pun antara subject yang tidak boleh dipandang enteng sebabnya untuk membayangkan pembentukan foetus(btul x aku eja ni) sangat susah. Subject ni memang memerlukan ilustrasi yang mana student boleh gambarkan. Tidak semua doktor boleh lukis dan bagi gambaran yang sempurna. Aku ni banyak tanya sikit, notochord ni gerak kemana ? apsal mende ni fold macam ni bukan sepatutnya macam ni ke? Last2 kawan aku fed up dgn aku..esok ko g tanya doktor sendiri...
    The most subject yang aku benci..BIOCHEMISTRY laa. Kalau boleh nak lari je dari masuk kuliah. Nak2 kalau dr.Seham yang ajar.Dah la beliau mengajar non stop selama 2 jam. Ajar pulak chapter yang berat nak hadam. RNA, TRANSCRIPTION,TRANSLATION..pahtu kalau tersalah proses mende2 ni belajar pulak pasal MODIFICATION. Kadang2 rasa nak menjerit je dalam kelas..dukturah..please stop now..

    oklah setakat ni je pengalaman belajar medic di mesir...

    Ya Allah,bantulah aku mencintai setiap cabang ilmuMu..

    18 July 2010

    blabber..bleber...beleber

    maaflah yer sapa2 yang lalu lalang kat blog yang tidak memberi makna ini. tuan punya blog ni dah tidak tentu arah. jiwanya agak kosong dari curahan ilmu. mungkin sebab cuti lama sangat. hanya buku karangan Tuan Guru mengenai perang khandaq sahaja menemani diri ini kala nak pejam mata. teruk tak aku ni..?

    lately,aku agak malas nak mengulang quran. bukan lately tapi sebenanya aku memang malas dari dulu lagi. dulu ustaz selalu bising kat aku.

    "hidayah, kamu ni..asal hantar 3 muka je. kan saya kata kamu kene hantar 5 muka setiap hari".

    aku jawab balik."rileks lah ustad,by the end of this month saya habis jugak..saya kan dah tunjuk target muqarra saya kt ustad..cuma hari ni terlari sket dari target...esok2 saya cover la balik".

    ustad balas" kamu ni hidayah,ade je jawapan kamu..ok..saya pegang janji kamu..kalau tak habis jugak, kamu berdiri kat luar"

    macam tulah aku dulu. adik2 jangan tiru macam akak taw..ni akhlak paling tak baik. akak ni paling bising n paling banyak akai bak kata ustad akak. papepun,terima kasih ustad (xtaw la ust baca ke tidak) sebab jadi guru saya. satu je pesanan ustad yang saya ingat dan menjadi menguat saya " hidayah ni,,campak je dia kat mana2 pasti boleh hidup". time ni ustad cakap kat ayah aku before aku fly jauh ke mesir.

    ni kisah dulu2. kisah sekarang..huhu..
    hati aku sekarang kejap tenang kejap gelisah..
    ape petandanya ek..?

    aku sekarang sedang belajar untuk menjadi lebih dewasa dari umurku sendiri. sebenarnya nak jadi dewasa ni sangat perit dan penat( ape yg aku bleber ni).

    baru2 ni aku pergi Quickstart di Taman Melawati. dengar pengisian dan huraian dari Dr.Khadijah Md Jadi. Beliau sudah menjadi doktor selama 22 tahun tetapi selama 22 tahun, beliau tidak pernah rasa puas hati. Nak tahu sebab apa..? sebab masyarakat sentiasa sakit malah semakin bertambah bilangan pesakit. ubat-ubatan yang disediakan hanya boleh menahan penyakit itu malah kebanyakan ubat mempunyai side effect yg tinggi.

    kata beliau,kalau mahu masyarakat yang sihat mesti ubah lifestyle dan pola pemakanan. doktor hanya boleh bagi nasihat.." makcik kene ubah cara makan ni, kene berpantang dan banyak kan senaman".tetapi secara logiknya,berapa ramai yang boleh ubah cara makan dan berapa ramai yang mampu lakukan senaman. kadang-kadang doktor sendiri tak bersenam. inilah yang aku fikirkan selama ini..kepuasan menjadi seorang doktor adalah melihat pesakitnya sihat 100%. tapi sekarang, sangat susah nak jumpa pesakit yg sihat balik. kalau adapun sihat sekejap lepas tu meninggal sebab side effect ubat-ubatan.

    akhirnya doktor ni bertemu dengan product herbalife. you all tahu ke herbalife ni ape..? (org mesti bosan bila aku cakap pasal ni). Herbalife ni satu2nya product yg memberi nutrisi terus kepada cell. kebanyakan makanan yang kita makan tidak mampu memenuhi kehendak cell. cell memerlukan sejumlah protein yg banyak (tanya budak diet.) dan tidak memerlukan karbohidrat yg banyak. masyarakat kita pula terbalik, banyak mengambil karbohidrat lebih dari protein. kalau ambil protein pun banyak memilih ayam dan daging dari ikan.sedangkan kandungan protein paling tinggi berada dalam ikan. sebab tu orang jepun sihat dan cerdik.

    bilamana kita memenuhi kehendak cell yang mahukan protein, secara logiknya badan menjadi sihat dan otak menjadi cergas. mengambil karbohidrat yang banyak menyebabkan seseorang menjadi gemuk.Gemuk menyebabkan berlakunya keradangan pada organ dalaman sebabnya fat akan menghimpit usus,buah pinggang dan yang paling teruk bila kita ada fatty liver. kesimpulannya,orang gemuk memang ada penyakit. Ni kata doktor tu malah doktor siap cabar lagi suh potong jari dia andai orang gemuk tak ade penyakit.

    carbohydrate----------->lipid
    (glycerol) + alcohol = lipid .......betol x ? aku tarap je..sebab subject biochemistry la paling tidak digemari..

    you all taw kan cell kita diperbuat daripada protein ( major laa) contohnya hormon,enzyme,neurotransmitter etc..ape jadi kalau protein kurang ? wujudlah masalah hormon (period xstabil etc), gemuk sebab enzyme xcukup yg menyebabkan kadar metabolisma menurun , terencat akal sebab neurotransmitter bermasalah dan banyak lagilah sakitnye...

    So,macam mana nak cukup protein..? minumlah herbalife kata Dr.khadijah. herbalife mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap untuk keperluan cell kita. Dari segi protein, vitamin dan mineral. So,tak payah risau macam mana nak collect protein banyak2. dan yang paling aku suka pasal beverage ni sebab benda ni macam ada system buffer. Taw x buffer tu ape?

    kalau buffer dalam biochemistry lebih kepada  nak resist changes dlm pH pabila terlebih add atau kurang acid atau alkali dlm darah tetapi buffer kat sini macam nak resist changes if kita terlebih makan karbohidrat, makan makanan berminyak etc. contohnya macam nilah, kita dah minum herbalife sebagai sarapan then lepas tu kita rasa nak makan nasi lemak, so go on jelah sebabnya herbalife ni akan buffer balik apa yg kita makan dengan meningkatkan kadar metabolism.

    macam tulah pengenalan mengenai herbalife. herbalife ini  dibangunkan di US oleh para saintis.

    Pengasas : Mark Hunges
    Saintis     : Steve Henig, PhD
                     David Heber, PhD
                     Luigi Gratton,PhD
                     Lou Ignarro, PhD

    Setakat ni susah sangat nak mencari this cellular nutrision. Mulai hari ini aku akan mengkaji lebih dalam lagi pasal herbalife sebabnya product ni yang akan menjadi ubat untuk pesakit aku satu hari nanti. walaupun product ni datang dari US,tapi tak salah kan kalau orang islam menggunakannya untuk improvekan kesihatan dan mempertingkatkan ibadah. Hikmah itu berada di mana-mana.

    Sabda Rasul..( yang aku ingat je) : Allah suka ORANG MUKMIN  yang kuat dari orang mukmin yang lemah. So,sama2 lah perbaiki kesihatan masing-masing.

    p/s..fakta di atas adalh hasil ingatan otak dan minda seorang undergraduate student yang tak jadi doctor lagi.So, kalau salah perbetulkanlah...produk ni bukan untuk org gemok je...tetapi untuk mereka yang care about their health...







    15 July 2010

    Pusing-pusing Kuala Lumpur

    Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya aku melangkah masuk ke dalam bangunan U**O dekat PWTC tu. Direct to bahagian Kelab U**O luar negara.

    "iya adik,boleh akak bantu?"

    "oo,akak.saya nak tanya dekat mana saya boleh dapatkan scholarship?"

    "adik dah join kelab dekat mesir?"

    "o,saya tak join pun.tak jumpa pun kelab ni kat mana. hidup saya dari rumah ke kuliah then kuliah ke rumah itu aje"

    "kalau adik join kelab ni,mudah untuk adik dapat scholar."

    So.kesimpulannya korang fikir la sendiri apa agaknya aku jawab kat dorang tadi.Alkisah sebenarnya sebelum terlepas jauh ke bangunan bersejarah itu,kami( aku,widat n her sister) berhajat untuk panjat bangunan MARA je. Dalam usaha untuk mengusha kot2 ada peluang dapat scholar. Yelah,dulu kata "you pergi dulu oversea then come back with result to apply this scholar". So,bila dah balik dengan result yang dikategorikan separa cemerlang,tup tup dorang kata "maaf,kami sudah tidak menaja student second year".

    Jadinya,kami pun menukar plan untuk ke Yayasan Al-Bukhary. Nak cari address yayasan ini pula menjadi masalah. Surf internet pun tak akan jumpa. Dengan muka tak malu,kami pun masuk Bank Islam. Tanya2 sket ada ke sponsor or bg loan pendidikan kat student oversea. Dorang cakap tak ada dik. Kami pun borak2 pasal macam mana nak cari company yang ada bagi scholar. Dorang cadang cari alamat Yayasan Bukhary dekat pejabat pos.

    Sekali lagi meneruskan langkah ke pej. pos. Tanya punya tanya,ternyata mereka pun tidak menyimpan alamat itu. Waduh, penat berjalan tak dapat apa. Suddenly,datang seorang uncle ni cakap "nak cari alamat yayasan mana ada kat pejabat pos". Termalu sekejap.
    Uncle tu cadangkan kami ke bangunan U**O sebab sepupu pengerusi yayasan tu ada dalam bangunan tu.Sebab itulah boleh terlepas ke sana.

    Then bila dah dapat nombor yayasan tu, penjaga kaunter tu pulak buat hal. Boleh dia dengan selamba letak telefon bila kami minta maklumat orang yg in charge bahagian pendidikan.Logik tak, receptionist tu kata yayasan dah tak bagi tajaan.Macam tipu kan !

    Bila dah sampai pejabat tu,alhamdulillah dapat banyak alamat yang tak disangka-sangka. Alamat menteri ada,alamat dato' ada itu dan ini.Akak tu pesan "balik ni adik buat surat hantar ke sini,nati akak buat surat sokongan.InshaAllah,ada harapan lagi nak dapat MARA."

    Rupanya susah jugak nak cari sponsor,tapi pengalaman ini sangat bermakna. Rezeki tidak datang bergolek.

    04 July 2010

    Boring..

    Bilmillah...

    sudah seminggu ku berada di rumah tetapi dah macam orang xbetul sebab xtaw nak buat apa. Padahal banyak je kerja boleh buat. Kadang-kadang rasa nak cari kerja tetapi nak kerja apa ek..?nak kerja kat tempat dulu..huhu..sangat meletihkan. Mana taknya,mengajar budak2 je pun tapi yg peritnya kerja ikut office hour. Jauh pulak tu(banyak je komen).

    Reu 1
     sudah lama tidak ketemu sama Afiqah Mataridi. Akhirnya tadi kulepaskan jua rasa rindu pada si dia. Dia sangat tidak berbeza dari dulu.Maintain..dah lama kot tinggal dia since umur kitorang 15 tahun.Sekarang dah 20,maksudnya dah 5 tahun la.Dia sangat bertuah dapat tajaan MARA(lepas ni boleh belanja la).Ku doakan hasrat kamu nak ke UK @ india tercapai.

    Cuti-cuti malaysia
    kalau cuti-cuti mesir boleh la pergi matrouh tapi bila dah sampai Malaysia xtaw nak kemana. Hari tu sempat la merasa ke Port Dickson.Itupun sebab pergi teman ayah ke reunion dia bersama SKOT TJP. Ayah bawak gi tengok tempat dia dilanyak,dilunyai dan ditamrinkan untuk berbakti sebagai AIR FORCE. Pastu pergi melawat muzium,tengok sana ,tengok sini then balik. 


    my hero..En Yussof


    muzium..

    Rindu my lil. brother
    huhu..sudah lama tidak bersembang dengan my lil.brother.Kitorang selalu sangat terpisah sejak dari darjah 6. Dia merasai duduk di asrama sejak umurnya 11 tahun.
    Sejak dari hari itu,kami sudah jarang bersama. Cuti dia pun tidak pernah sama dengan persekolahan biasa.
    Sekali dia dapat balik,akulah orang yang paling bahagia sebab dapat luang masa mendengar cerita dan keluhan beliau.


    time dia tengah soleh..


    mereka tanpa aku


    love him..cepat lorh cuti



    02 July 2010

    Doa



    رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ دَعْوَتي,وَاهْدِي
    قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي

    "Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku,Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu; padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku"

    Bagaimana mengatasi malas dan mengantuk?

    Penyakit mudah tidur dan malas merupakan halangan utama bagi seorang pelajar untuk membaca dan belajar.
    Pelajar yang berjaya selalunya mengurangkan waktu tidurnya,dia tidak mengalah kepada mengantuk dan malas.

    Tips-tips yang boleh mengelakkan seseorang pelajar daripada tidur:

    1: Apabila sesorang itu mengantuk dan berasa malas,jangan turutkan perasaan itu,sebaliknya ubahlah ketempat lain atau lakukan aktiviti lain atau mandi atau berborak dengan kawan seketika,selepas itu dia akan cergas semula.
    Apabila kamu menuruti perasaan kamu untuk tidur maka ia akan menjadi kebiasaan kamu apabila kamu terasa untuk tidur kamu terus tidur. Ini akan merugikan kamu di dalam pembelajaran.

    “ Barangsiapa menguasai nafsunya sekali dia akan mengusai dirinya selama-lamanya”

    2: Fikirkan Kamu Adalah Harapan Umat Dan Agama

    Apabila kamu terasa mengatuk dan malas,kamu cuba fikirkan kamu adalah harapan agama dan umat. Cuba bayangkan betapa ruginya agama dan umat apabila kamu tidur. Sebagai seorang pelajar kamu harus sedar bahawa ramai dikalangan umat Islam tidur waktu pertengahan malam atau tidur sampai kesubuh,kalau yang berjaga pun, dia tidak membaca buku.
    Maka kalau kamu sebagai pelajar pun tidur, maka siapa yang mempertahankan agama dan umat ini,dalam masa yang sama agama dan umat akan lemah dan ketinggalan.

    3: Membaca Buku-Buku Kisah Orang Berjaya

    Di antara perkara-perkara yang membantu seseorang pelajar tidak mudah tidur dan malas ialah membaca buku-buku kisah orang yang berjaya. Pembacaan seperti ini penting untuk menanam minat dan semangat untuk mencapai kejayaan di dalam menuntut ilmu.
    Apabila sesorang pelajar selalu membaca buku-buku kehidupan ulama,dia akan mendapati bahawa kejayaan di dalam menuntut ilmu tidak akan dicapai dengan berehat sebaliknya ia dicapai dengan kepenatan.
    Berkata seorang ulama “ Tidak akan merasai nikmat ilmu mereka yang tida merasai kepenatan di dalam menuntut ilmu”.
    Pelajar perlu bezakan di antara kejayaan di dalam peperiksaan dan kejayaan di dalam ilmu. Kejayaan di dalam peperiksaan mungkin kita boleh capai dengan sedikit usaha tetapi ilmu tidak mungkin dicapai melainkan dengan usaha sebab ilmu lautan yang perlu diredah. Dan kebiasaannya orang yang berenang dia merasai kepenatan.

    4: Bergaul Dengan Orang-Orang Rajin

    Di antara ubat yang paling mujararab seklai kita bergaul dengan orang rajin, tidak membuang masa kepada perkara –perkara yang sia-sia. Selalu menjaga waktunya. Menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Tidak menangguhkan kerja yang boleh disiapkan hari ini kepada hari esok kerana sikap suka menangguh kepada hari esok itu adalah sikap orang-orang lemah.
    Kata ulama, manusia seperti angin,kalau ia berada ditempat yang wangi,ia akan menjadi wangi,kalau ia berada ditempat yang busuk maka ia akan menjadi busuk. Begitulah manusia. Sebab itulah kata ulama “ Duduklah dengan seseorang,kamu akan jadi sebangsa dengannya”. Maka kita duduk dengan orang rajin insyallah kita akan jadi rajin.

    5: Berdoa

    Inilah senjata kita yang paling ampuh dengan kita selalu meminta doa kepada Allah Taalaagar dihindari penyakit malas dan mudah tidur bukan pada waktunya. Bacalah doa yang Nabi صلى الله عليه وسلم ajar

    اللهم أني أعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

    Ulanglah doa ini berkali-kali agar kita menjadi muslim yang rajin dan cergas serta kuat. Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah Taala daripada mukmin yang lemah.

    01 July 2010

    Surat Dari Adam..


    Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

    Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……


    SURAT ADAM UNTUK HAWA

    Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
    Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

    Hawa....

    Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

    Hawa....
    Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

    Hawa....
    Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

    Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?
     


    Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

    Sedarkah kau Hawa.....?
    Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
    Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

    Hawa....
    Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

    Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

    Hawa....
    Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

    Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

    Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

    Hawa...
    Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
    Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

    Hawa....
    Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

    Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


    Firman Allah swt:

    “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

    Hawa....
    Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

    Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

    “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
    DAN
    SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH” 





    http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/surat-untuk-hawa