Followers

28 August 2010

Cubaan pertama

Salam Ramadhan..


Hari ini satu pengajaran tak ternilai aku peroleh dalam keadaan ku yang sangat-sangat negatif. Ya,aku memang negatif pada permulaan.Aku fikir aku tidak mampu melakukannya.Mana tak nye,aku bukan ada pengalaman nak present menda alah ni tetapi berkat kesungguhan Nur Khairina,aku mula membina keyakinan. Aku mula mencorak langkah.

Khairina : hidayah,awak taw tak kenapa kita buat benda ini?
Hidayah : entah,mana saya tahu 
Khairina : misi orang-orang herbalife semua nak bawa misi nutrisi dan kesihatan.Kalau awak ada spirit ni    awak akan berjaya macam orang lain jugak.Biarkan aje berapa ramai yang reject awak.Awak cuma perlu ada niat untuk share sahaja pasal health.Diorang nak dengar ke taknak ke semua itu awak tolak tepi.Awak dapat training dari doktor-doktor kan dan awak memang berada dalam bidang yang betul.So,hidayah buat aje kerja awak sampai awak mampu ke University Herbalife.

Ya,university herbalife. Aku memang teringin ke sana.Berjumpa dengan herbalife distributors seluruh dunia.Berkat sokongan dari beliau,hari ini dalam sejarah aku mampu memperkenalkan herbalife pada 5 orang pelajar dari UKM. Tengok,aku datang UKM dalam keadaan tension dan balik dalam keadaan tersenyum.Syukur..

So,pengajaran disini..bila kita berjumpa dengan sebarang cabaran dan halangan,jangan terus lari.Face it..!
Bak kata acu hani "bukan senang hendak senang,bukan susah hendak susah".Pilihan semuanya di tangan kita.Kalau kamu fikir mudah,mudahlah jawapannya dan sebaliknya.


Misi hidayah...hari ini 5,esok duplicate lagi 5,tulat pun camtu..kira banyak dah aku tolong orang..Orang hidup sihat..aku rasa bahagia. Esok mahu ke mananya? Bagi cadangan sikit.

24 August 2010

~kami maafkan anda~

Sudah pukul 3.25pagi. Mataku masih tidak mahu pejam semata-mata mahu menemani teman tersayang mc'zah membaca buku. Esok dia akan menduduki peperiksaan kertas physiology. Masih sempat dia bersembang panjang denganku. Pelik dan hebat.Ya,mc'zah memang hebat.Dia hebat segala segi.Kalau aku,esok nak exam physio memang tak akan online tetapi dia sempat lagi cakap bosan baca buku.

Aku dan mc'zah memang punya rahsia tersendiri. Kami rapat sejak dia mula berpindah masuk ke Maahad Perempuan.Aku taw dia memang tak suka dhobitoh( pengawas).So banyak jugaklah aku bertolak ansur dengan dia.Dia suka sangat buat hal.Last2,sebab kawan punya pasal..aku as dhobitoh beralah jelah.Dari dia terus tak suka pengawas baik aku slow talk je kan.

Malam ini kami berkongsi cerita lagi. Kami mengimbas kenangan lama dari zaman kami kebudak-budakan sehingga menjadi matang. Paling best,bila masuk satu bab ini. Kami memang tak suka betul dengan orang yang suka menjadikan suasana tenang jadi kacau bilau dan panas.

Sebenarnya aku bukannya suka hendak benci-benci orang tetapi bila dah masuk hal kawan baik aku ni,nak tak nak kena la ambil tahu. Kesian kat kawan aku." Hei,my friend ni bukannya tak tahu agama. Dia tahu apa yang dia buat,if kalau dia tersilap sekalipun is normal". Nak taw sebab apa? sebab dia adalah manusia yang tidak pernah lari dari dosa. Adakah kamu tidak ada dosa ?.Sekarang baru taw hidayah ni mcm mana. Bab kawan ni memang sensitif betul.

Kadang-kadang,dalam nak islah orang tak boleh dengan cara yang kasar. Tahu maksud kasar? contohnya suka sindir-sindir,post something yang buat orang tak suka etc.Pernah dengarkan ayat yang mana Allah berfirman "Orang mukmin itu berlembut dengan orang mukmin dan kasar dengan  orang kafir" lebih kurang macam tulah maksud ayat tu.

As daie,skill2 menegur itu penting untuk kelangsungan dakwah. Don't drop this important skill. Dalam membawa mesej dakwah,daie mestilah seorang yang fleksibel. Tengok mad'u anda.Life yang macam mana mad'u anda hidup. Adapt with her/his life. Change her/him slowly but consistent not change rapidly then fullstop.

Secara jujurnya,aku sendiri pernah terasa hati dengan orang yang kacau hidup mc'zah ni. Cuma aku ignore kan aje bila rasa itu hadir kacau sanubariku yang damai lagi tenang. Sekarang ini,aku dah semacam tak boleh tahan. Rasa macam nak meletup. Bila ingat balik,"hidayah,anda berada dalam madrasah tarbiah Ramadhan Kareem. Tak kan anda nak meletup jugak.Kang terbakar habis amalan2". Then aku cakap balik kat hati kecilku ini.."maafkanlah dia,mungkin dia tidak tahu dia sudah banyak melukakan hati orang lain".

ok,sekarang hatiku dah sejuk. Buat anda diluar sana, kami sudah memaafkan anda. Aku akui yang aku ni bukan baik lagi perfect. So,bebelan diatas ni untuk aku juga. Satu lagi,bila kita jumpa satu-satu permata ilmu,janganlah kita kongsikan ilmu itu dalam keadaan "yes,i know it very well" (berlagak) dan sombong tetapi sampaikan dalam nada yang lembut dan tawadu'.Itu adalah lebih baik untuk anda dan anda akan disayangi orang sekeliling.


4.30pg..mahu sudahi kalam dengan lafaz asiff jiddan..~sahur2x,abah mama bangun.Kita shake dulu dengan herbalife ya baru makan~




23 August 2010

Sentuhan dari hati ke hati


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

~buat warga maahad sekalian,
Imbas kembali saat kita di tingkatan satu,lagu inilah yang diwariskan senior-senior untuk kita supaya memahami perilaku sebagai seorang wanita. Jagalah peribadi kerana ia melambangkan identiti sebagai seorang muslimah. Ingatlah bumi yang pernah mentarbiah kalian dengan ilmu dunia dan akhirat.Peganglah erat-erat pesanan guru-guru supaya kemana pun kalian tercampak identiti muslimah dan islam tidak pernah luntur dari diri kalian.

~buat diriku dan kalian,
Kenalilah diri kalian.Kita adalah manusia yang bersifat dengan sifat kemanusiaan.Kita bukan Malaikat.Oleh itu,sudah menjadi lumrah manusia itu melakukan kesilapan. Aku,kamu dan dia adalah manusia. Kita sentiasa bergelumang dengan maksiat dan sebaik-baik manusia adalah yang menyedari kesilapan  dan terus bertaubat. Sedih hatiku melihat kebanyakan keluaran maahad tidak seperti dulu umpama kalian bukan datang dari bumi maahad.Kalian berbeza dengan mereka diluar sana.Kalian diasuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Peribadi kalian seharusnya lebih hebat dari mereka yang diluar.Perketatkan prinsip kalian dan binalah jati diri.

Dulu,dibumi maahad,kita adalah sama dan sejantina. Kita dilatih menjaga pergaulan.Kita belajar apa itu ikhtilat.Sekarang,masing-masing sudah berada jauh dari bumi maahad.Jangan ditinggalkan segala macam pesanan sebagaimana jasad kalian meninggalkan maahad. Bawalah bersama kalian agar kalian punya benteng yang kukuh menghadapi dunia luar yang mencabar.

Duhai muslimah,
Kita insan yang lemah,iman kita goyah dan amalan kita tidak banyak.Takutlah kalian pada sabda Rasulullah yang mana menghuni neraka kebanyakannya adalah wanita tetapi Rasulullah juga berpesan yang wanita juga mudah untuk ke syurga.Hanya 4 kunci untuk ke syurga iaitu jaga solat,berpuasa,jaga faraj dan taat pada suami kemudian pilihlah mana-mana pintu syurga untuk kalian.


Duhai muslim,
Kamu adalah bakal imam untuk kaum kami. Allah menjadikan kita saling melengkapi bukan saling menjatuhkan.Kami sedang mencari syurga kami,maka bantulah kami sewajarnya bukan menghanyutkan kami dengan kata-kata dusta lagi nista.Lindungilah kami demi islam.

~semoga warkah yang ditulis dari hati ini dapat menyentuh hati-hati kalian.Peringatan ini adalah untuk aku,kamu dan dia. Bacalah dengan mata hati.Salam sayang untuk warga maahad...

22 August 2010

Perogol

hari ini geram ada, sedih ada, tension ada, kesian pun ada. Semua datang serentak apabila aku pergi hospital petang tadi. Lebih kurang pukul 3 petang tadi, ada family arab ni dikejarkan ke wad kecemasan dengan ambulan.

 Seorang kanak-kanak mengalami pendarahan di bahagian vagina dan anus, manakala kakaknya berumur sekitar 20-an pengalami pendarahan di bahagian yang sama di samping cedera di kepala dihentak dan ditampar berkali-kali, di abdomen akibat disepak dan dipijak berkali-kali gara-gara dajalnya 3 orang perogol. 

3 perogol yang berbangsa arab dikatakan memecah masuk rumah mereka di Hadayek el-Zaitun, tatkala si suami tiada di rumah bekerja. 3 orang perogol ini dengan pantas mengikat si abang dan menguncinya di stor rumah, manakala merogol si isteri yang berumur 40-an, anak perempuan yang berumur 20-an dan adik perempuan yang berumur 7 tahun

Mereka dikatakan cuba melawan dengan membaling objek keras dan pisau. Si kakak yang melawan dengan ganasnya mengakibatkan kemarahan perogol2 tersebut lantas terjadilah adegan menyepak perut wanita itu bertubi2, ditampar berkali-kali dipukul dengan objek keras sehinga berlumuran darah. Si kakak terbaring kulai tidak mampu melawan, berdarah2 disamping tulang mandible(mulut) retak. 

Belum cukup dengan itu ketiga3 perogol itu merogol dengan rakusnya, memasukkan kemaluan mereka ke vagina, anus dan mulut si perempuan tadi sehingga pendarahan serius terjadi. Ibunya dan adiknya yang sedang diikat waktu itu dirogol secara bersiri tanpa belas kasihan. Keempat-empat anak beranak itu kemudiannya diikat bersama si abang di stor sebelum perogol melarikan sejumlah wang dan barang kemas bersama mereka. Si ayah tiba di rumah 2 jam kemudian dan mendapati keaadan sedemikian rupa. Dengan pantas menelefon ambulan dan mereka dikejarkan ke hospital.  

Malang tidak berbau, si kakak menghembuskan nafas terakhir ketika kami cuba menggantikan darah yang begitu banyak hilang akibat pendarahan. Pihak polis membuat laporan di wad kecemasan manakala doctor-doctor forensik menghantar mayat si kakak untuk dibedah siasat sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang sedang praktikal forensik. Itulah dunia, aku tak tercakap melihat keadaan mereka. Mengalir air mata mengenangkan sekiranya perkara demikian berlaku pada keluarga sendiri. Mesir mampu mengesan cap jari dan melakukan Dna investigation tu tetapi mereka tiada bank DNa yang membolehkan mereka mengenalpasti individu secara berkesan. 

Laporan hanya tinggal laporan. Hanya seluar dalam LeeCooper dan el_masry sahaja yang ditinggalkan oleh dua daripada 3 perogol tadi. Jiran-jiran pun tak keluar rumah walaupun mendengar jeritan si Ibu. Si abang yang patah tangan dan si ayah yang kelihatan dalam keadaan sangat tidak terkawal meraung-raung di Bilik kecemasan. Si adik yang berumur 7 tahun itu dapat diselamatkan nyawanya namun alat sulitnya rosak teruk dan berada dalam keadaan kritikal. Kejamnya dunia! Jagalah keluargamu yang disayangi setiap masa. Manusia yang sakit mental ada di mana-mana...aku yang kerisauan....
 
~tulisan diatas ini datang dari blog Dr.Faizal a.k.a Faizalbobby,final year medical student di Cairo University. Agak mengerikan membaca cerita diatas tentang keadaan sebenar Mesir. Selalunya kes rogol ini selalu berlaku pada orang luar maksudnya bukan orang arab lebih-lebih lagi terhadap orang Asia(yg aku dengar). Mungkin keberadaan aku setahun disana menyebabkan banyak benda yang tidak aku ketahui. 
 
Perempuan Arab selalunya lebih kuat berbanding perempuan dari Asia.Mereka ini kalau  bergurau dengan kita bukan main kasar lagi nak-nak yang datang dari kampung.Pernah sekali Hana(kawan arab) datang tegur"hai hidaya...baaak".Sedap je tangan dia melayang belakang badan aku .Sabar jelah dengan minah ni. Itu belum lagi kalau dia peluk tanda selamat.Mau lemas aku dibuatnya.Bila terbaca artikel dari dr.faizal ini buat aku terfikir sejenak.Kalau benda macam ini pun terjadi pada bangsa mereka apatah lagi kalau berlaku pada wanita Asia.Nauzubillah...minta jauh.
 
Buat peringatan pada adik-adik dan sesiapa yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati( nasihat utk aku juga). Persiapkan diri dengan ilmu seni bela diri(kalau ada).Gunakan khidmat musyrif sebaiknya. Jangan keluar malam kalau tiada urusan penting. Paling penting jangan berlagak hebat.Malaysia tidak akan pernah sama dengan keadaan di Mesir. 

17 August 2010

LIFE IS WHAT YOU MAKE OF IT…


Title diatas sesuai dengan apa yang aku nak ceritakan dibawah ini. Sebelum ni aku tak sangka dapat berpuasa dengan keluarga untuk tahun ini. Perancangan awal nak stay di Mesir sahaja sebab sayang nak tinggal kelas tafaqquh Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Walaupun aku tak boleh tangkap sangat bahasa beliau tetapi bolehlah dapat sikit-sikit apa yang disampaikan.Syeikh Nuruddin ini sangat menitikberatkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Aku memang tak berani nak duduk depan sekali sebab aku ni jenis tak boleh duduk diam. Duduk sekejap je tapi alih sana alih sini. Memang tak lulus duduk depan syeikh.
 Sebenarnya nak cerita pasal Ramadhan bersama  keluarga.Mungkin catatan aku ini adalah yang terakhir sebab ajal maut semua di tanganNya. Kepulanganku kali ini cukup bermakna sebab tak kusangka banyak benda berlaku dalam tempoh tiga bulan. Paling penting aku punya banyak pengalaman kerja. Dulu pernah kerja sebagai guru selama sebulan setengah. Sekarang aku cuba mencebur diri dalam bisnes. Terima kasih pada mereka yang bagi peluang pada aku and my business partner untuk bukak stall di UIA. Dalam masa yang sama juga aku tolong UMMI HDR WIDAD buat catering. 

Sejak ketiadaan kerja sesibuk dulu. Mama pun ambil peluang untuk jadikan aku maid tak bergaji. Tak kisahlah jadi maid untuk family sendiri. Mama selalu pesan (aka marah aku) “kalau belajar tinggi sekalipun kerja rumah tetap kena buat…tu dapur tu…tetap kena masuk”. Dalam hati aku jawab balik “masuk je kan dapur,takyah masak”.
Ramadhan…
Pagi-pagi lagi dah kena bangun,hidang lauk pauk,taruk nasi dalam pinggan siap-siap dan yang paling penting buat SHAKE HERBALIFE untuk mama,abah dan aku laa. Shake herbalife dah memang tak boleh tinggal sebab sekali dah tertinggal minum memang susah nak suh mak ayah aku minum. Herbalife ini adalah tentang kesihatan,kekayaan dan disiplin. So,aku berasa sangat bersyukur dipertemukan dengan herbalife dan hadiahkan herbalife untuk mama dan abah. Aku sangat risau kesihatan mama dan abah. Keturunan aku ni memang banyak sangat salasilah penyakit dari penyakit 3 serangkai sehingga kanser. Memang sangat tepat herbalife ni datang dalam hidup aku dimana family aku sangat memerlukannya.
Aku sangat bahagia sebab aku telah memberikan nutrisi yang sangat sihat untuk cell2 mama dan abah. Mama dah lost about 3kg in 3weeks and she said that she feel energetic after taking that cellular nutrition. Bahagia tak jadi anak lepas dengar result mama mcm tu?. Herbalife ni kerja dia repair cell kita yang selama ini asyik duk ambik nutrisi bergred rendah. Sebab tu lepas ambik herbalife kadang2 ada yang rasa pening dan cirit-birit. Semua itu adalah simptom2 dimana cell kita sedang bertindak balas dengan the product. Herbalife ini turut didokong oleh beberapa doctor seperti Dr.Khadijah dan Dr.Kamarul.

Dalam mood Ramadhan ni,aku tersangat rindu nak berkumpul dengan seluruh ahli keluarga aku. Dahlah adik-beradik tak ramai,nak jumpa pun tersangatlah susah. Agak-agaknya kalau semua dah kahwin lagi susah nak berkumpul. Kesian kat mama dan abah. Anak perempuan tersangatlah banyak,harap adik lelaki jelah yang boleh jaga sebab syurga seorang lelaki dibawah kaki ibu while syurga seorang wanita dibawah kaki suami. Dear Asyraf “ nanti kalau nak kahwin,cari perempuan yang boleh terima abah dan mama ek..”.  Hopefully,aku pun dapat suami yang boleh terima dan jaga mak ayah aku sebagaimana dia jaga mak ayah dia. Amin Ya Robb..


OUR MISSION IS NUTRITION…



10 August 2010

Untuk Ummu Habibah

Ummu,
    tanggal 17hb Julai 1990,kamu dilahirkan dimuka bumi ini. Waktu itu aku sudah kenal dengan dunia selama 6 bulan awal dari kamu. Waktu itu juga kita tidak dipertemukan lagi sehingga 18 tahun kemudian. Tika itu aku dan kamu sama-sama memasuki institusi pengajian yang hebat di rantau asia.

kami di bilik mayat


Senang cerita ,sebenarnya dayah nak ucapkan selamat hari lahir yg ke 20. Tuanye ko sekarang. Hajat aku di mesir lagi nak buat kek khas untuk ko hasil air tangan aku sendiri. Tetapi kita sama -sama sudah pulang ke Malaysia dan kamu still tidak turun-turun KL,hanya gambar sahaja sebagai ganti.

cheese cake


Tapi takpe,tahun depan aku akan buat kek yang real khas untuk sahabat dunia akhiratku,Ummu Habibah. Dengan syarat ko belikan aku oven.haha.  

Best Buddy

Hari ni cadang nak post cerita tentang my bestfriend. Dah lama kot dia minta citer pasal diri dia.Actually,aku yang berjanji sama dia mau cerita pasal dia dalam blog. Nama dia Addeen Hazwan. Pelik tak nama dia. Kat sekolah dulu aku panggil dia wadini and kadang2 boleh tersilap ke diwani. Kelakar kan? sebabnya dia ada adik angkat nama dini. So,campur nama jadi lah wadini.

adeq wani and nawal


Dulu aku pun punya ramai adik-beradik angkat. tidak terbilang dengan jari.Setiap form ada. Sebabnya aku memang pasang niat dah nak cari adik-beradik angkat setiap form. Bila dah baik,cabut cari yang lain. Jahat x aku ni? tapi yang melekat dgn aku sampai sekarang adalah kak shimah and kak azi..Kak shimah ni sekarang kat USIM while kak azi di Indonesia buat pergigian.

sayang kak shimah selamanya


Back to cerita tentang adeq wani ni,Dia ni seorang yang sangat manja. Aku pulak memang suka memanjakan dia. Mak dia selalu pesan kat aku dulu " dayah,tolong tengok2kan adeq wani ek". Rasa macam memegang tanggungjawab untuk menjaga wani sehabis baik sejak dia meneruskan pengajian di UIA. Semasa di maahad,aku selalu bermalam dirumah dia. Buat bising dalam bilik,basuh baju dekat luar sambil main air dan yang paling best pergi main permainan prasekolah depan rumah wani.

wani and dayah


Aku bangga dan gembira teramat bila dapat taw dia sudah berada dalam satu kapal dengan aku. Sudah tidak ada rahsia antara kami.Allah memang takdirkan kami bersama selamanya walaupun aku jauh di mesir dan dia di kuantan. Dulu aku pernah berjanji dengan dia, tak akan tinggalkan dia selepas berpisah selama setahun setengah di DQ tetapi takdir Allah menetapkan aku akan belajar di mesir dan akan meninggalkan dia untuk 6 tahun.

setakat ini sahaja untukmu wani..next time aku sambung balik citer macam mana aku kenal ko,aku gaduh dengan ko dan berkasih sayang dengan ko..sayang wani sokmo..