Followers

13 February 2011

Dehydration

Bismillah...





Apa korang rasa lepas tengok gambar mineral water ni??
Serius,saya sangat terliur nak minum sebanyak-banyak liter air.
Alhamdulillah,duduk rumah bolehlah nak telan bergelen-gelen air.
Sebelum ni di Madinatul Hujjaj,saya terlalu dehydration. Air minum macam kena catu. Kena berebut untuk dapatkan mineral botol besar. Seksanya tak dapat minum 1 liter air.

Bercinta dengan air

Mula-mula nak berjinak-jinak minum 1 liter air memang seksa nak habis. As a doctor to be,kita mesti akan nasihatkan patient to drink a lot of water. Agak- agaknya dapat tak patient ikut cakap kita kalau kita sendiri tak minum macam tu. Allah berfirman kenapa kita suruh orang lain lakukan sedangkan kita sendiri tidak lakukan.

Di mesir,kami ahli beyt challenge sesama sendiri untuk habiskan seberapa banyak air dalam sehari. Bayangkan minum air banyak time winter. Jenuh ke tandas. Tapi yang menariknya,result yang kami dapat sungguh memberansangkan iaitu kulit tak kering. Selalunya,simptom2 yang berlaku time winter adalah kulit kering macam kulit orang tua. Kadang-kadang boleh sampai luka sebab terlalu kering.

Alhamdulillah,saya mampu habiskan 2liter air dalam sehari. Tapi ada yang lebih hebat 'Asiah Yusra' mampu habiskan 3 liter. 

Kepentingan Air 

Kenapa air ini penting. Kalau ada yang tahu memang hebat. Tapi kalau still tak minum banyak,takde guna jugak. 70% dari komposisi tubuh badan dipenuhi dengan air. Peratus air dalam tubuh mesti remain constant untuk membolehkan metabolic reaction atau function tubuh berlaku dengan sempurna. Cuba bayang kalau air tak cukup,semua mesin-mesin dalam badan terganggu. Tak tahu nak cakap macam mana betapa pentingnya air untuk tubuh. Setiap metabolism need H20 untuk berjalan dengan lancar.

Setiap 20kg berat badan perlukan sekurang-kurangnya 1 liter air. So,kiralah banyak mana korang kena minum air seimbang dengan berat badan. 

No comments:

Post a Comment