Followers

17 March 2011

Baca satu-satu


Produk Utama Kami

Bukan sahaja shake, tapi makanan yang canggih

Formula 1 - Makanan Sihat
Lebih VITAMIN A dari Mangga
Lebih VITAMIN C dari Pisang
Lebih PROTIN dari 65g Paha Ayam
Lebih SERAT dari 50g Sayur Brokoli
Lebih KALSIUM dari 200g Yogurt
Lebih ZAT BESI dari 115g Kekacang
….semua ini dengan hanya 220 kalori
Makan secara sihat tidak pernah semudah dan sesedap ini!


Formula 1 - Campuran Shake Nutrisi

Pentingkah nutrisi anda?

80% daripada rawatan doktor adalah berkaitan dengan nutrisi, 50% daripada kematian yang disebabkan Kanser, Angin Ahmar, Serangan Jantung atau Diabetis adalah berkaitan nutrisi. Adakah makan tengahari biasa anda mempunyai Protin, Vitamin, Mineral, Serat dan Kalsium yang di perlukan badan anda? Adakah anda mendapat semua ini walaupun anda sendiri yang menyediakannya? Kalau anda menyediakan makanan sendiri, adakah ia 220 kalori atau kurang? Tanpa gula, karbohidrat, minyak, lemak dan garam? Saya percaya anda adalah salah seorang dari ratusan juta manusia di seluruh dunia yang tidak mendapat nutrisi yang bagus. Jangan risau, ada cara dan penyelesaian yang ringkas dan mampu dimiliki, ini penyelesaian yang cuba Herbalife bawa ke seluruh dunia dalam tempoh 30 tahun, kepada 65 juta pelanggan yang gembira di lebih 72 negara - Formula 1 - Campuran Shake Nutirisi.
Menggunakan produk utama Formula 1 Herbalife sebagai sarapan nutrisi untuk memulakan hari anda adalah yang terbaik. Tujuan utama Formula 1 dicipta adalah untuk angkasawan dan agensi angkasa lepas NASA untuk memenuhi keperluan mereka untuk makanan yang sempurna, memberi tenaga tinggi dan mudah disediakan. Bila anda mengambil Formula 1 yang enak untuk menggantikan makanan yang selalunya tidak berkhasiat, anda telah menyelesaikan 1/3 dari masalah nutrisi anda! Daripada memulakan hari dengan kekurangan nutrisi, lebihan lemak, dan karbohidrat yang tidak di gunakan, sekarang bayangkan apa yang anda akan masukkan dalam badan anda - Sarapan sempurna.

Formula 3 - Serbuk Protin Individu


Seterusnya tambahkan Serbuk Protin Individu Herbalife ke dalam shake anda dan bawa kesan yang anda lihat ke tahap seterusnya. Otot-otot dalam badan anda adalah enjin yang menggerakkan kita, kalori yang kita makan, terutamanya karbohidrat, adalah minyaknya. Lebih banyak otot berkualiti yang kita ada dalam badan, lebih banyak kalori yang kita bakar, walaupun kita hanya sedang duduk di atas kerusi! Jadi bagaimana kita boleh menambahkan otot berkualiti dalam badan kita? Makan lebih protin berkualiti dan kekal aktif. Ada banyak buku yang ditulis mengenai apakah protin yang terbaik, terutamanya Dr.David Heber dalam "LA Shape Diet". Jawapannaya adalah protin tanpa daging, kebanyakkannya protin soya untuk lebih speisifik. Sebabnya ialah protin adalah blok untuk membina otot, dan senang di cerna, protin tanpa lemak digunakan hampir sepenuhnya untuk membentuk otot yang sihat. Jadi lebih sedikit karbohidrat yang di makan dan lebih banyak protin soya, kita menukar persamaan dalam badan kita daripada sesuatu yang banyak lemak dan merosakkan kesihatan, kepada sesuatu yang efisyen dan membakar lebih banyak kalori untuk memberikan kita lebih tenaga.
Kita semua mempunyai jumlah protin yang menakjubkan dan sesuai mengikut diri masing-masing, dan ianya berbeza dari satu badan ke badan seterusnya. Oleh kerana itu Herbalife membolehkan anda untuk menambah jumlah Serbuk Protin Individu yang ideal ke dalam shake Formula 1 anda. Formula 1 Herbalife dan Serbuk Protin Individu (Formula 3), menghasilkan imbangan yang baik untuk nutrisi yang terbaik.

Minuman Herba Segera - "Minyak Untuk Roket"

Minuman herba dari Herbalife adalah ramuan penting terakhir untuk sarapan terbaik anda, dan jawapan kepada nutrisi anda. Minuman asli dan enak ini akan membuat anda percaya kepadanya selepas pertama kali meminumnya. Kombinasi herba dan teh hijau hebat ini akan membersih dan menyegarkan badan anda dan memberi anda jumlah tenaga yang boleh di gunakan dengan banyaknya. Bila anda mengambil minuman enak ini, sejuk atau panas, anda akan meningkatkan tahap metabolisma anda dan membakar lemak untuk membentuk lebih banyak tenaga. Kepada meraka yang merasakan minuman kopi atau kaffin tidak membantu, mereka akan sukakan minuman herba ini. Tiada perasaan tidak selesa akibat kaffin, cuma banyak tenaga yang boleh digunakan. Ini membuatkan minuman herba ini bagus untuk latihan sukan dan pertandingan dan juga bila-bila masa anda memerlukan tenaga. Tidak kira samada anda belajar, memandu jarak jauh, atau pada bila-bila masa anda mahu rasa paling bertenaga! Minuman herba juga membantu membersihkan dan membuang toksin dalam badan secara semulajadi. Jadi Formula 1, Formula 3 dan Minuman Herba adalah kombinasi terbaik untuk sarapan anda.

Bentukkan badan dan dapatkan kesihatan terbaik dalam hidup anda dengan Makanan Sihat Herbalife

Cuba fikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakkn orang yang mahu cuba untuk mengurangkan berat badan. Mereka lapar, tidak mendapat nutrisi yang baik dan kehilangan otot kerana mereka mengurangkan pengambilan protin mereka dan juga kalori. Apabila mereka berhenti mengamalkan "diet" mereka, lemak akan bertambah dan otot masih berkurang. Fikirkan tentang keperluan tenaga mereka, ia hanya akan menjadi lebih teruk. Sekarang fikir tentang keperluan tenaga anda dengan Herbalife. Anda mempunyai otot berkualiti, anda makan kurang lemak, gula dan karbohidrat tidak berfaedah yang lain, dan anda membuang toksin dalam badan supaya dapat menyerap nutrisi yang anda makan. Perbezaan yang ketara!
Jadi samada anda mahu bentukkan badan anda, turunkan berat badan atau berlatih untuk triathlon seterusnya, sarapan sempurna Herbalife adalah pilihan yang terbaik untuk meningkatkan nutrisi anda secara radikal dan masih menikmati makanan yang anda gemari.
Pilih shake Herbalife Formula 1 yang enak berdasarkan perisa kami iaitu Dutch Chocolate, French Vanilla, Coppuccino, Strawberry atau Tropical Fruit! Kami ada resepi berasaskan air, jus buah-buahan, soya atau susu rendah lemak dan banyak lagi pilihan lain. Anda juga boleh membuat pai atau makanan lain. Bukan sahaja anda makan sarapan yang terbaik, anda tidak akan makanan yang tidak baik DAN anda akan jimat wang. Ya, purata sarapan Herbalife adalah lebih murah dari sarapan biasa yang tidak sihat anda makan di rumah sekarang, atau terutamanya yang kita beli dalam perjalanan! Selepas beberapa hari anda akan rasa perbezaannya dan mula MELIHATNYA juga! Oleh kerana anda makan kurang lemak dan karbohidrat yang tidak berfaedah, anda akan mula membentuk badan anda. Ini boleh dinampak dalam berat yang kurang dan sentimeter atau inci juga.
Lemak adalah tidak bagus untuk ukuran pinggang anda dan semua orang tahu mengenainya, tapi begitu juga karbohidrat yang kosong. Ini adalah gula, roti, pasta, nasi dan semua kalori tambahan dalam badan anda yang tidak boleh di bakar kerana anda tidak cukup aktif. Kalau karbohidrat tidak di gunakan untuk menghasilkan tenaga dalam badan, ianya akan di simpan sebagai lemak. Sekarang anda lihat mengapa makanan yang tidak bagus boleh membunuh dan menggemukkan kita.
Kebanyakan sarapan kita adalah segera, kalori tidak berkhasiat, nasi, mi, roti bakar, bijiran bersalut gula, kopi dengan krim dan gula, daging berlemak dan kek manis. Semua makanan segera ini akan senang bertukar menjadi lemak jika anda tidak berlari marathon seharian! Dengan Formula 1 Herbalife, anda bukan saja mendapat apa yang badan anda perlukan; protin soya, vitamin, mineral, air, minyak sihat dan serat, dan anda akan jimat wang, dan perkara paling menarik sekali adalah rasanya yang sedap! Dan kelebihan utama Herbalife adalah herbanya. Ianya mencuci dan membaiki badan secara semulajadi, tanpa ini anda tidak akan mendapat khasiat sepenuh nutrisi kerana anda tidak menyerap sepenuhnya nutrisi ke dalam sel-sel.

No comments:

Post a Comment