Followers

18 March 2011

Mesir Kini

Bismillah

Hari ini hari ketiga aku menjejakkan kaki dibumi Mesir setelah pulang dari Malaysia secara mengejut. Banyak perbezaan dah  kat bumi Mesir ni. Dulu,banyak sangat sampah sarap. Sekarang ni dah kurang dan bertambah bersih. Pokok-pokok semua sudah dicat mengikut warna bendera mereka. Merah,hitam dan putih.

Setiap pokok pula dilekatkan bakul sampah kecil,siap tulis Arjuuuukum. Memang serius mereka nak bangunkan negara mereka kembali setelah terkongkong bawah pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun. Alhamdulillah,takdelah inflasi sangat sejak balik Mesir ni. Mula-mula dulu ingat bakal berlaku inflasi yang tinggi. Rupanya harga masih sama. To'miyah tetap dengan harga segenih rubu'.

Saya sempat ke kuliah pada hari kedua sesi pengajian. Sebaik melangkah sahaja kaki ke tangga kuliah,saya tertangkap perkataan Tholibat Ikhwan El-Muslimin. Terberhenti langkah ke kelas. Rupanya banner tu ucap tahniah kepada siswi Al-Azhar yang terlibat dengan peristiwa 25 Januari.


Tiba sahaja waktu rehat,riuh dengar ucapan dan sorakan pelajar berdekatan dengan fakulti kejuruteraan. Mereka menyeru untuk bersemangat perbetulkan perlembagaan negara. Hebatkan mereka. Suara siswa-siswi untuk baiki perlembagaan. Hari Sabtu ini,mereka akan keluar betul perlembagaan.So,kami kena berkurung dalam rumah lah. Ditakuti terjadi apa-apa.

Yang menarik setelah kembali ke bumi Mesir ialah kami bakal dapat cuti 2hari seminggu. Selama ini,kelas kami 6hari seminggu. Seronokkan? Tapi yang sedihnya,waktu rehat kami dipendekkan dari sejam kepada setengah jam sahaja. Balik dahulu dalam pukul 4 ptg sudah berganjak kepada 4.30 ptg. Tepu otakku dengan ilmu.



Akhir sekali,saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat negeri selangor sebab kami guna duit kamu semua untuk kembali ke Mesir. Selain itu,terima kasih juga kepada Menteri Besar Selangor dan YB Dr.Halimah sebab sediakan kemudahan balik ke Mesir dan sediakan program SPIES. Seronok betul program tu. Okei semua,pastikan korang undi betul time pilihanraya ni. Jadilah suara yang bersuara dengan lantang jangan bersuara dengan perlahan. Tiru macam M****.  

No comments:

Post a Comment