Followers

18 March 2011

Untuk Awak Seorang Sahaja.


Bismillah.

Awak,terima kasih sebab sayang saya sepenuh hati awak. Saya gembira dengan pertemuan kita yang sebentar cuma. Saya sentiasa doakan awak berjaya dalam segala bidang yang awak ceburi. Saya tahu,awak 
minat sangat-sangat taekwondo. Saya sokong awak dari belakang ye. Saya tidak dapat hadir setiap tournament yang awak ikut. Tapi saya yakin awak pasti menang.

Allah itu Maha Hebat kan. Waktu kita zaman sekolah,mana ada kita rapat macam ni. Lepas sekolah jadi close gila. Saya pun hairan macam mana kita boleh jadi serapat ini. Teman-teman saya yang lain agak kehairanan dengan hubungan kita.  Awak tahu tak,saya suka naik kereta dengan awak sebabnya cool gila awak bawak. Siap boleh main pecut2. First time saya naik kereta dengan awak waktu kita form 5,time tu saya agak ragu-ragu dengan pemanduan awak. Tapi sekarang saya tahu,awak pemandu kurang hemat sikit je. Jujur tak saya ?

Haha. Kakak saya bawak kereta pun tak macam awak yang cool. Awak,jaga keselamatan di jalan raya k. Drive slow-slow. Jangan suka potong-potong kereta orang okei. Awak,saya nak minta maaf sebab tak ingat saya pernah choose kan baju untuk awak. Yelah, dah setahun lebih kot baju tu. Mane nak ingat. Terima kasih taw sebab luangkan masa dengan saya,belanja saya makan dan ambil saya dekat KTM. Lain kali saya choose kan lagi baju untuk awak. Nanti saya balik lagi,saya belikan jubah untuk awak k. Saya pakai jubah,awak pakai jubah jugak. Fair and square la  kan

ini awak kak shimah !!

.
Awak ingat tak kita borak-borak kat dataran Nilai ? Saya dah tak ingat apa isi yang saya cakap. Banyak sangat cakap sampai lupa. Awak suka mendengar kan segala macam cerita saya. Saya cerita merapu aje malam tu. Yang baik awak simpan la ye jadi panduan,yang buruk awak tohok jauh-jauh.

ini saya yang banyak cakap

Satu lagi,saya minta maaf sangat dekat awak sebab lupa nak bagitahu saya sudah berangkat pulang ke Mesir. Saya kalut sangat. Dapat tahu kena balik pun lasi minute. Hari Ahad ada training kt Times Square dan hari Isnin terus kena siap packing balik Mesir. Ramai jugak kawan-kawan saya yang tak tahu bukan awak sorang k.

Thanks .

Hidayah
Bumi Anbiya’

1 comment:

  1. dayah dtg nilai jumpa kat shimah ke?hehe...nape xckp..xpe sy ad je kat usim ni, nnti sy tolong jagakan kakak dayah ni ye...selalu je terserempak dgn dia.hee..

    ReplyDelete