Followers

19 April 2011

Murabbi Cinta

Bismillah....

Mukadimah Murabbi Cinta membuatkan hatiku menangis. Allah, inilah yang ku cari untuk membasahkan hati yang saban hari kering bersama keringnya musim panas yang sudah menjelma. Air mata tidak mampu lagi mengalir saat bacaan doa dilafazkan. Hatiku perlu kepada sesuatu yang membuatkanku berfikir betapa bersyukurnya aku menjadi seorang muslim dan mukmin.

  " Allah mahu manusia mengingati-Nya sebagai Tuhan yang Maha Kaya dengan cinta. Kayanya cinta itu hingga Allah lebih suka mengampunkan dosa si hamba berbanding menghukumnya. Alangkah tidak meminta ampun pun diampunkan dosa pada WUDUK, SEDEKAH serta SENYUM indah di wajah saudara, apatah lagi ahli dosa yang mendatangi-Nya dengan taubat dan istighfar "


Tuhanku Maha Penyayang ,
Ampuankanlah dosaku saatku senang mahupun susah.
saatku mengingatimu mahupun saatku lalai.

Ya Allah,ketuklah pintu hatiku setiap masa agar diriku jauh dari lalai.

Manusia mudah leka dan lalai. Itulah sifat yang ada pada diriku selaku hamba yang tidak tahu mensyukuri nikmat. ----

Saudaraku sekalian,
  Entry di atas adalah sekadar perkongsian. Hanya seperenggan ayat sahaja sudah membuatkan hatiku menangis  terharu. Inilah hakikatnya betapa Allah mencintai setiap dari hambanya. Bersyukurlah kerana Allah sayang dekat kita semua.

   " Katakanlah (wahai Muhammad) 'wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri [dengan perbuatan maksiat] janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani " -Al-Zumar : 53

  " Allah sayang hidayah..Allah sayang aku "


Ayat psiko pemujuk hati saat diri serabut dengan pelbagai perkara. Tak tahu nak cakap macam mana,rasa lega lepas habis baca mukadimah sahaja belum masuk isi kandungan lagi.

Pernah tak rasa macam lost sesuatu saat korang pulun study ? Pernah tak rasa bosan study banyak-banyak ?
Itu yang aku rasa semalam ( semalam kemuncaknya ). Tengah-tengah study histo sebab esok nak kena soal, tiba-tiba hati jadi mengah. Jadi serabut otak sebab esok doctor paling garang nak soal subject tersebut. Kesimpulannya aku study kerana takut doctor. Terpesong jauh niat study aku semalam.

Tanpa lintasan niat di hati,tanganku terus mencapai buku Murabbi Cinta untuk rehatkan minda. Buku itu sudah berkali-kaliku baca tetapi tak pernah hatiku tersentuh dengan ayat di atas. Semalam, ayat itu telah membuatkanku terharu seterusnya telah membakar semangat study.

Terharu tak andai kekasih hati korang lafazkan rasa cinta dan sanggup menerima baik buruk malah mengampunkan segala kesalahan yang pernah korang lakukan sebelum tu ? Macam tulah aku rasa bila Allah ampunkan aku, Allah sayang aku, Allah dekat denganku. Naik tak semangat lepas tu ? Mestilah naik kan.

Menjadi satu masalah bila rasa diri tidak berdosa walaupun kita tak buat dosa terang-terangan atau dosa yang jelas. Anggaplah diri kita sentiasa berdosa supaya kita sentiasa rasa ingin diampunkan, ingin diperhatikan oleh Allah.

Sekian sahaja sharing hari ini,mana yang baik jadikan pedoman yang buruk buanglah jauh2.

adik-adik


piala baling selipar


1 comment:

  1. http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

    salam dayah..Izzah hafizha ni. Jalan2 ke blog ang. Jumla jenjalan ke blog aku gak noh? ok tata :)

    ReplyDelete