Followers

16 April 2011

Oh my doctors !

Bismillah...

Andai kalian diberi pilihan memilih pasangan,mana yang akan kalian pilih ? Dwarfism, Cretinism dan Infantilism.
Cepat pilih. Haha,ini adalah soalan tricky doctor Asyraf. Apa yang korang rasa aku bakal pilih?

     " what will u choose? "


    " i will choose DWARFISM "

Dalam hati menangis je minta jauh dari apa yang aku cakap kat doctor. Nauzubillah. Doctor sengih je dengar pilihan anak-anak muridnya. Dalam banyak-banyak anak murid dia,ada jugak yang pilih CRETINISM.
Doctor pun terangkan.

    " Dwarfism people,they are short but very intelligent while Cretinism people are short, idiot and sterile "

Alhamdulillah,aku tak salah pilih. Tapi andai diberi pilihan antara dwarfism dengan manusia normal. Aku pilih manusia normal la kan biarpun tak intelligent macam orang-orang dwarfism. Cretinism ni pula sebaliknya plus mandul. Same goes to the infantilism.

Nama-nama disorder kat atas ni semua berkaitan dengan masalah hormon. So,mereka yang sihat diluar sana,kena banyak bersyukur kita dilahirkan sihat dan membesat dengan sihat.
Pelihara nikmat hormon yang stabil ini dengan elok.
.......................................................

Seterusnya nak cerita pasal doctor pilih kasih.

Ada seorang doctor lab biochem ni. Beliau seorang doctor yang sangat tegas. Masuk lambat lab kena marah. Tak pakai lab coat pun kena marah. Bisik dengan kawan pun nak marah. Segala bagai lah nak marah. Ambil attendance pun nak kena tunjuk ID card. Leceh tak !

Leceh sangat-sangat nak tanda kehadiran perlu ID card padahal orang yang datang kelas haritu duk depan mata dia aje.

One day,aku tak bawak ID card during lab session. Mana tah id card aku sejak revolusi Mesir tempoh hari. Aku pun terkedek-kedek datang dekat beliau,cakap pelan-pelan ala-ala lembut lagi ayu.


     " Dr, i dont know where i put my id card. Maybe i lost it somewhere. Next class i'll tell u the same thing "


    " It's okay. What's ur name ? "


    " Siti Nur Hidayah "


    " Could u please help me trace ur friends that travelled back to malaysia forever "


    " oh,sure"

Aku pun tolong lah beliau potong nama kawan-kawan aku yang dah berhenti separuh jalan ambil medik ni.
Doctor tu senyum je sepanjang aku duk tolong dia. Bila aku balik tempat aku,kawan-kawan semua pakat tanya.


    " kak dayah tak bawak kad kan ? macam mana kak dayah buat sampai doctor tak marah sikit pun "


    " akak baca doa pengasih "

Ceh, aku bohong je. Tapi aku tak bohong budak-budak ni,aku explain balik kat mereka. Aku pun buntu kenapa doctor tak marah kat aku. Cuma satu je kesimpulan yang aku boleh buat,aku ni suka berdempek kat doktor ni,suka tanya macam-macam. Jadi doctor tu macam sayang kat aku..Perasan kan ?

Satu je keburukan baik dengan doctor,adalah aku tak boleh escape kelas. Susah kot. Nati kang dia tanya macam-macam. Time tu tak kan aku nak berbohong. Pernah satu hari tu,aku minta dia ajarkan aku guna device untuk urine test. Elok je lepas dia ajar aku,dia pun suruh.


    " U,stay here and help all of your friends. "


   " Are sure doctor ? they all about 42. How can i do it alone ? "

Ada je nak suruh aku buat..
..........................................................

Korang rasa gigi taring yang aku bela sejak kecil ni huduh ke ?

Sedih tak bila time korang jumpa doctor untuk explaination,tiba-tiba doctor tu menyelit tegur suruh pakai braces. Terus down semangat aku. Elok 10 soalan aku nak tanya,last-last 2 je sampat aku tanya. Selebihnya aku simpan jawab sendiri. Melampaunye cerita aku ni.

Dah lama aku nak pakai braces cuma tak ada kesempatan.Plus kena Q panjang kalau nak pakai braces murah. Aku kan anak tentera so dapat murah la. Bila dah dapat turn,doctor malaysia pulak sarankan aku pakai di mesir sebab aku duk mesir lagi lama dari malaysia.

Sepanjang aku belajar di Mesir ini,sudah 3 orang doctor tegur gigi aku. Ada seorang doctor ni tegur betul-betul time aku tengah nak oral exam. Frust betul. Lagi frust sebab aku ingat dia tanya histology of teeth atau something tentang gigi. Rupa-rupanya dia nak cakap pasal gigi aku.

      " u must wear braces for your future "

Okei,sekarang aku paham aku memang kena pakai braces. Macam mana rupaku tanpa gigi taring ? Nantikan new hidayah.





No comments:

Post a Comment