Followers

26 April 2011

Septum Pellucidum

Bismillah

Apa agaknya nak share hari ini ? Hari ini hari kuliah. 4 hari yang lepas adalah cuti Al-Azhar bagi. Tapi idea aku nak datang time hari kuliah jugak. Sebab tu menaip entry hari ini. Kalau ikut hati nak cerita pasal SQ dan kaitannya dengan IQ and EQ. Memandangkan Ummu Habibah dah menaip entry pasal seminar yang kami hadiri tempoh hari. Jadi,diriku terus dilanda tidak rajin untuk taip pasal tuh. Boleh baca kat belog dia ok.

But,aku rasa nak topup sikit-sikit mengenai seminar tempoh hari.

Firstly,aku berasa takjub dengan satu ayat Allah yang berbunyi.

" Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat.Lalu Allah berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar ! "Surah Al-Baqarah.


Boleh teruskan tengok tafsir dari ayat 31-33.
Ayat di atas menceritakan bahawa segala ilmu yang ada dimukabumi ini milik Allah dan Allah mengajarkan kepada Adam. Menurut Dr Muhammad Jantan,ilmu Allah sudah sedia ada dalam otak setiap anak adam. Cuma Allah sahaja memiliki kunci untuk membuka pintu rahsia segala ilmu di muka bumi ini. Sebab itu,kita mesti berdoa supaya Allah hilangkan hijab ilmu ini dengan menuntut ilmu dari guru. Kerana pada diri guru itu terdapat cahaya dan keberkatan.

Bila difikirkan bagaimana boleh wujudnya budak pintar seperti Adi Putra yang boleh menyelesaikan Matematik tahap universiti dengan mudah sedangkan dia tidak pernah belajar sebelum itu. Ayat ini cukup untuk menerangkan kehebatan Allah. Menuntut ilmu dengan guru menyebabkan berlakunya resonance dalam otak yang mana mengikut kaedah fizik ianya akan menghasilkan gelombang.

Untuk senang faham,saya akan bagi contoh. Dalam sebuah bilik yang gelap lengkap dengan lampu dan aliran elektrik. Hanya tunggu seseorang untuk memetik suis bagi menjadikan bilik itu cerah. Same goes to our brain. Allah dah lengkapkan ilmu dalam otak ,tinggal nak petik suis minda sahaja. Hanya suis minda yang positif sahaja yang mampu mengerakkan bio elektrik dalam badan.

Ok,sekarang semua faham kan yang kita dilahirkan bijak pandai cuma SQ sahaja yang membezakan tahap IQ kita. Tubuh manusia ini adalah satu keajaiban rangkuman cip kecerdasan yang diciptakan Allah bertepatan dengan ayat Allah

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam sebaik-baik kejadian (sehebat-hebat kejadian)"                  Surah At-Tin ayat 4


Menurut pakar ginekologi,ketika bayi sudah cukup waktu untuk dilahirkan,kedudukan bayi berada dlm posisi sujud.Apabila scanning dilakukan,terdapat cahaya di bahagian otak.Dalam posisi ini,darah mengalir ke bahagian Septum Pellucidum (Joy centre).  Nak tahu ayat berkaitan septum pellucidum,sila baca belog Ummu Habibah. Joy centre ini berkaitan rapat dengan SQ.

Itu aje nak kongsi. Cuma ada satu doa yang buat saya fikir panjang satu masa dahulu dan sekarang saya sudah temui jawapannya Doa itu selalu meniti di bibir Prof Razali.

" YA Allah, bukakanlah kunci pintu rahsia segala ilmu-Mu "


Dulu,saya selalu terfikir kenapa prof suka sebut ayat kunci. Sekarang bila difikir-fikirkan memang Allah kunci segala ilmu dan kunci itu dibuka bila kita menuntut dengan guru.

NB : SQ berkaitan dengan hubungan manusia dengan TuhanNya
..........................................................

Saya terpaksa stop taip entry sebab ada orang nak timbang berat..Siapa nak tahu inner scan badan boleh pm saya. Available untuk mereka yang berada di Mesir sahaja.


No comments:

Post a Comment