Followers

15 May 2011

Banyak mana USAHA

Bismillah...

Alhamdulillah,hari ini dan semalam saya dapat skype dengan family. Hampir dua ke tiga minggu saya tidak skype dengan family. Semuanya angkara saya online tak kena masa. Online time orang malaysia tidur,manalah boleh nak skype kan. Actually,saya sudah ketandusan idea untuk update entry dalam blog. Kadang-kadang rasa macam nak tutup je blog ni. Bukan ada readers pun. Tapi semalam selepas kena brainwash dengan senior Cairo University, tak jadi nak tutup blog ni. Ok hidayah,sila delete niat salah itu ..

Betullah orang kata,"kita kena selesaikan apa yang telah kita mulakan". Saya agak terpukul dengan kata-kata ini. Banyak orang selalu give up dan putus asa tengah jalan. Saya pun macam tu jugak kadang-kadang. Bila fikir balik kenapa kita nak give up too easily ? Lawan lah sikit lagi until usaha kita reach to maximum level. Allah tahu usaha kita.

Kadang-kadang kita tak tahu kemampuan kita setakat mana,sebab tu kena fight untuk tahu kemampuan kita. Trying to get the best bukan sekali aje. Kena banyak kali. Baru tahu kita ini macam mana. Percayalah, Allah tidak akan membebankan kita sesuatu yang kita tidak mampu. Seperti yang selalu kita lafazkan dalam Mathurat.

Ada satu analogi yang sangat menarik,dalam badan manusia ada sesuatu yang dipanggil IMMUNITY SYSTEM. Immunity ni kalau nak prove kan sangat effective dan kuat setelah kita masukkan antigen (benda asing.Dari situ,immunity badan kita yang macam baby ni learn something. Dia mula bekerja menghasilkan immunoglobulin sebagai storage untuk masa depan kalau-kalau antigen lain masuk dalam badan. Nak kata kat sini,badan kita pun mengalami proses pembelajaran apatah lagi kita manusia yang ada akal.

Normal la andai kita fail ke jatuh ke dalam usaha kita nak mencapai sesuatu. Tapi memang tidak normal orang  fail jatuh dan tak bangun2. Bila diingatkan kembali,dulu saya sering give up. Sejak dari sekolah menengah. Bila rasa takde keyakinan nak buat yang terbaik dalam exam, mesti nangis tak nak masuk dewan exam. Siap bagitahu abah mama,nak ulang masuk form 4 balik. Kelakar betul. Dulu, dalam minda saya muda-muda . Ada dua benda je saya pegang sama ada cemerlang atau tak yah jawab exam langsung.  Bila tak yah jawab exam, dapat ulang jawab exam semula setelah habis semua buku dibaca.

Di Darul Quran pun macam tu jugak,lepas khatam dalam bulan 2, terus telefon abah cakap nak keluar DQ dan tak nak jawab final exam. Time tu memang nekad nak berhenti  atas alasan dah khatam satu Quran dan kalau jawab exam pun mesti cincai je sebab bukan ingat sangat pun. Plus alasan ketiga,saya memang tak nak masuk uia.Apa kaitan UIA dengan DQ? Hah,dulu saya dapat tawaran DQ linked dengan UIA.

Kesian dekat abah nak layan anak perempuan dia yang banyak kerenah. Hidup nak senang je. Abah cakap selesaikan apa yang kamu dah mulakan. Abah selalu cakap,saya ni pelik dari orang. Yelah,mana ada orang ulang tahun form 4 dan mana ada orang berhenti belajar separuh jalan. Kalau ada pun yang berhenti sekalipun,mereka pasti berhenti pada awal pengajian dan tak sempat khatam semua.

Alhamdulillah,saya bertahan juga untuk dugaan-dugaan di atas. Tak jadi nak jadi pelik. Hopefully,tahun-tahun akan datang saya tak jadi macam tu dah. Antara hikmah yang terjadi atas saya menurut dua kejadian pelik ini,satu benda aje saya nampak... SAYA KENA BUAT PREPARATION DENGAN SEMPURNA SEBELUM JAWAB EXAM...

-study jugak walau sakit2 tangan dibuatnya-


Jom kita buka scope dengan lebih besar lagi. Manusia ini mudah give up bila dia sendiri tak mulakan diri untuk berUSAHA. Macam saya dulukala,form 4 memang tahun honenymoon, sibuk dengan aktiviti sana-sini.Lupa buku,bila dah masuk form 5 baru kelam kabut. Mula nak cari guru-guru ajar balik subject form 4. Kalau nak cakap pasal BERUSAHA , dalam hidup usaha bukan setakat dunia akademik malah lebih jauh lagi definisi usaha boleh digunapakai.

SAYA NAK BERJAYA = USAHA LAH
SAYA NAK JADI GREAT DOCTOR = USAHA LAH
SAYA NAK BERJAYA DALAM BISNES = USAHA LAH
SAYA NAK KERETA BMW = USAHA LAH
SAYA NAK BINA YAYASAN = USAHA LAH
SAYA NAK JADI SOLEHAH = USAHA LAH
SAYA NAK KAHWIN = lagi2 kena usaha ...erk

Semuanya word USAHA. Tak boleh lari kan dari usaha. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri '. Dah lama dah janji Allah ini terbukti,lihat world order sekarang, US. Mereka maju sebab mereka berusaha. Mereka berusaha kerana mereka ada AIM. Kita ?

Setakat ini sahaja,perkongsian untuk kome semua..pegang satu prinsip ni dan fight.

             " MASA DEPAN SAYA ADALAH DITENTUKAN OLEH DIRI SAYA SENDIRI "


                                                           

2 comments:

  1. sarah ni, dear knp dgn tangan kamu?

    ReplyDelete
  2. kena gigit barariz, sejenis binatang. Tangan tu balut dgn garam supaya bengkak2 hilang dan tidak tinggal parut.

    ReplyDelete