Followers

09 May 2011

Syaitan jeles dengan manusia.

Bismillah....

Jalan menuju kejayaan penuh dengan liku kan? Rasa penat,otak letih, mood sway dan segala bagai cobaan lagilah dalam menuntut ilmu. Syaitan ni macam tak letih-letih menggoda kita supaya ikut dia. Mesti golongan syaitan ni jeles dengan manusia atas janji Allah seperti di bawah


 "Allah mengangkat orang-orang beriman dan BERILMU di kalangan kamu beberapa darjat "-al Mujadalah:11


Pastu syaitan balas balik dalam ayat 39-40 surahal Hijr

Iblis berkata "Ya Tuhanku,oleh sebab Kamu telah memutuskan aku sesat,pasti aku akan buat mereka memandang baik perkara maksiat di muka bumi dan pasti akan aku sesatkan mereka semua kecuali hambaMu yang IKHLAS "


Tengok,betapa dengkinya syaitan kepada kita. Apa peranan kita setelah mengetahui niat jahat syaitan ?
Macam nilah,andai korang dapat tahu ada perompak nak rompak rumah korang. Perompak tu siap bagitahu awal-awal lagi nak rompak rumah korang tapi perompak itu sembunyikan tarikh bila dia nak buat aktiviti tu, ape tindakan korang ?

Mesti korang pindah rumah siap-siap kan @ korang sembunyikan harta di tempat yang perompak tak boleh tahu @ korang upah polis jaga rumah korang 24/7 .

Analoginya macam contoh di atas. Kita dah tahu syaitan ada perancangan nak buat kita sesat.

"tak kira,macam mana sekalipun kita mesti sesatkan budak ni " kata syaitan

"Ya Allah,aku lemah untuk tepis dugaan syaitan tapi aku tahu Engkau mesti tidak biarkan aku sesatkan" keyakinan yang tinggi bahawa Allah tak akan tolak doa hambanya.

"padan muka ko syaitan. Aku ada Allah dan aku ada panduan dari Quran dan Sunnah"

Subhanallah,segala kunci kejayaan ada semuanya dalam Al-Quran tinggal kita sahaja nak reveal semua itu. Malah syaitan sendiri tolong reveal kan bahawa dia tak mampu nak sesatkan orang yang IKHLAS. Nak atau tidak kita mesti ikhlaskan diri dalam setiap tindakan yang kita buat.

Ok,jom muhasabah diri. Ikhlaskan niat dan buat perubahan untuk diri sendiri. Jumpa anda di mercu kejayaan.

No comments:

Post a Comment