Followers

18 March 2011

Malam itu

Bismillah.

Masih teringat malam kami spend masa sama-sama. Semua berkumpul cuma angah seorang sahaja tiada. Alhamdulillah rezeki saya dan kakak bulan ni murah sikit. Kami berpakat nak belanja satu family makan western food kat kapal Cruise di Kampung Baru. Seronok tak, dapat belanja parents dengan duit hasil titik peluh kita?
Wowwie,kakak saya dapat bonus lebih bulan ni manakala saya earn extra money from bisnes herbalife. Tambah tolak kami dapat lah keluarkan seorang sedikit belanja satu family.

bulan ni birthday mama dan abah.Ni kek suprise untuk mereka

takde la cruise mana pun tapi serius cantik restoran ni


masak dalam kapal


kakak dan adik saya yang kelaparan


abah yang sedang makan fish grill


mama yang suka bagi jelingan tajam


muka kenyang sampai tak larat senyum

Bahagia sebab boleh belanja abah n mama. Rasa macam dah kerja. Kakak dah mula bagi duit poket kat mama dan abah. Abah saya malu alah Last-last mama kebas dua-dua sampul duit. Balik kali ni,Mama asyik bising je tanya. "Kamu bila nak bagi duit poket kat mama ?". Haduh,bisnes baru nak hidup mama dah nak duit poket. Mama,dayah janji sebaik sahaja dayah dapat income direct dari Herbalife Company, dayah bagi duit poket kat Mama.

Ya Allah,permudahkan langkahku untuk ke Extravaganza tahun akan datang. Extravaganza tahun ini di Bangkok pada bulan 5. Bulan 5 juga kubakal menduduki final exam. Papehal pun,study no 1. Bisnes hanya cuti panjang. 

Siapa nak jadi macam saya,earn income RM3k dalam sebulan plus boleh belanja parents lagi ??

Hanya yang serius sahaja saya nak tolong ..



Untuk Awak Seorang Sahaja.


Bismillah.

Awak,terima kasih sebab sayang saya sepenuh hati awak. Saya gembira dengan pertemuan kita yang sebentar cuma. Saya sentiasa doakan awak berjaya dalam segala bidang yang awak ceburi. Saya tahu,awak 
minat sangat-sangat taekwondo. Saya sokong awak dari belakang ye. Saya tidak dapat hadir setiap tournament yang awak ikut. Tapi saya yakin awak pasti menang.

Allah itu Maha Hebat kan. Waktu kita zaman sekolah,mana ada kita rapat macam ni. Lepas sekolah jadi close gila. Saya pun hairan macam mana kita boleh jadi serapat ini. Teman-teman saya yang lain agak kehairanan dengan hubungan kita.  Awak tahu tak,saya suka naik kereta dengan awak sebabnya cool gila awak bawak. Siap boleh main pecut2. First time saya naik kereta dengan awak waktu kita form 5,time tu saya agak ragu-ragu dengan pemanduan awak. Tapi sekarang saya tahu,awak pemandu kurang hemat sikit je. Jujur tak saya ?

Haha. Kakak saya bawak kereta pun tak macam awak yang cool. Awak,jaga keselamatan di jalan raya k. Drive slow-slow. Jangan suka potong-potong kereta orang okei. Awak,saya nak minta maaf sebab tak ingat saya pernah choose kan baju untuk awak. Yelah, dah setahun lebih kot baju tu. Mane nak ingat. Terima kasih taw sebab luangkan masa dengan saya,belanja saya makan dan ambil saya dekat KTM. Lain kali saya choose kan lagi baju untuk awak. Nanti saya balik lagi,saya belikan jubah untuk awak k. Saya pakai jubah,awak pakai jubah jugak. Fair and square la  kan

ini awak kak shimah !!

.
Awak ingat tak kita borak-borak kat dataran Nilai ? Saya dah tak ingat apa isi yang saya cakap. Banyak sangat cakap sampai lupa. Awak suka mendengar kan segala macam cerita saya. Saya cerita merapu aje malam tu. Yang baik awak simpan la ye jadi panduan,yang buruk awak tohok jauh-jauh.

ini saya yang banyak cakap

Satu lagi,saya minta maaf sangat dekat awak sebab lupa nak bagitahu saya sudah berangkat pulang ke Mesir. Saya kalut sangat. Dapat tahu kena balik pun lasi minute. Hari Ahad ada training kt Times Square dan hari Isnin terus kena siap packing balik Mesir. Ramai jugak kawan-kawan saya yang tak tahu bukan awak sorang k.

Thanks .

Hidayah
Bumi Anbiya’

Mesir Kini

Bismillah

Hari ini hari ketiga aku menjejakkan kaki dibumi Mesir setelah pulang dari Malaysia secara mengejut. Banyak perbezaan dah  kat bumi Mesir ni. Dulu,banyak sangat sampah sarap. Sekarang ni dah kurang dan bertambah bersih. Pokok-pokok semua sudah dicat mengikut warna bendera mereka. Merah,hitam dan putih.

Setiap pokok pula dilekatkan bakul sampah kecil,siap tulis Arjuuuukum. Memang serius mereka nak bangunkan negara mereka kembali setelah terkongkong bawah pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun. Alhamdulillah,takdelah inflasi sangat sejak balik Mesir ni. Mula-mula dulu ingat bakal berlaku inflasi yang tinggi. Rupanya harga masih sama. To'miyah tetap dengan harga segenih rubu'.

Saya sempat ke kuliah pada hari kedua sesi pengajian. Sebaik melangkah sahaja kaki ke tangga kuliah,saya tertangkap perkataan Tholibat Ikhwan El-Muslimin. Terberhenti langkah ke kelas. Rupanya banner tu ucap tahniah kepada siswi Al-Azhar yang terlibat dengan peristiwa 25 Januari.


Tiba sahaja waktu rehat,riuh dengar ucapan dan sorakan pelajar berdekatan dengan fakulti kejuruteraan. Mereka menyeru untuk bersemangat perbetulkan perlembagaan negara. Hebatkan mereka. Suara siswa-siswi untuk baiki perlembagaan. Hari Sabtu ini,mereka akan keluar betul perlembagaan.So,kami kena berkurung dalam rumah lah. Ditakuti terjadi apa-apa.

Yang menarik setelah kembali ke bumi Mesir ialah kami bakal dapat cuti 2hari seminggu. Selama ini,kelas kami 6hari seminggu. Seronokkan? Tapi yang sedihnya,waktu rehat kami dipendekkan dari sejam kepada setengah jam sahaja. Balik dahulu dalam pukul 4 ptg sudah berganjak kepada 4.30 ptg. Tepu otakku dengan ilmu.



Akhir sekali,saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat negeri selangor sebab kami guna duit kamu semua untuk kembali ke Mesir. Selain itu,terima kasih juga kepada Menteri Besar Selangor dan YB Dr.Halimah sebab sediakan kemudahan balik ke Mesir dan sediakan program SPIES. Seronok betul program tu. Okei semua,pastikan korang undi betul time pilihanraya ni. Jadilah suara yang bersuara dengan lantang jangan bersuara dengan perlahan. Tiru macam M****.  

17 March 2011

Baca satu-satu


Produk Utama Kami

Bukan sahaja shake, tapi makanan yang canggih

Formula 1 - Makanan Sihat
Lebih VITAMIN A dari Mangga
Lebih VITAMIN C dari Pisang
Lebih PROTIN dari 65g Paha Ayam
Lebih SERAT dari 50g Sayur Brokoli
Lebih KALSIUM dari 200g Yogurt
Lebih ZAT BESI dari 115g Kekacang
….semua ini dengan hanya 220 kalori
Makan secara sihat tidak pernah semudah dan sesedap ini!


Formula 1 - Campuran Shake Nutrisi

Pentingkah nutrisi anda?

80% daripada rawatan doktor adalah berkaitan dengan nutrisi, 50% daripada kematian yang disebabkan Kanser, Angin Ahmar, Serangan Jantung atau Diabetis adalah berkaitan nutrisi. Adakah makan tengahari biasa anda mempunyai Protin, Vitamin, Mineral, Serat dan Kalsium yang di perlukan badan anda? Adakah anda mendapat semua ini walaupun anda sendiri yang menyediakannya? Kalau anda menyediakan makanan sendiri, adakah ia 220 kalori atau kurang? Tanpa gula, karbohidrat, minyak, lemak dan garam? Saya percaya anda adalah salah seorang dari ratusan juta manusia di seluruh dunia yang tidak mendapat nutrisi yang bagus. Jangan risau, ada cara dan penyelesaian yang ringkas dan mampu dimiliki, ini penyelesaian yang cuba Herbalife bawa ke seluruh dunia dalam tempoh 30 tahun, kepada 65 juta pelanggan yang gembira di lebih 72 negara - Formula 1 - Campuran Shake Nutirisi.
Menggunakan produk utama Formula 1 Herbalife sebagai sarapan nutrisi untuk memulakan hari anda adalah yang terbaik. Tujuan utama Formula 1 dicipta adalah untuk angkasawan dan agensi angkasa lepas NASA untuk memenuhi keperluan mereka untuk makanan yang sempurna, memberi tenaga tinggi dan mudah disediakan. Bila anda mengambil Formula 1 yang enak untuk menggantikan makanan yang selalunya tidak berkhasiat, anda telah menyelesaikan 1/3 dari masalah nutrisi anda! Daripada memulakan hari dengan kekurangan nutrisi, lebihan lemak, dan karbohidrat yang tidak di gunakan, sekarang bayangkan apa yang anda akan masukkan dalam badan anda - Sarapan sempurna.

Formula 3 - Serbuk Protin Individu


Seterusnya tambahkan Serbuk Protin Individu Herbalife ke dalam shake anda dan bawa kesan yang anda lihat ke tahap seterusnya. Otot-otot dalam badan anda adalah enjin yang menggerakkan kita, kalori yang kita makan, terutamanya karbohidrat, adalah minyaknya. Lebih banyak otot berkualiti yang kita ada dalam badan, lebih banyak kalori yang kita bakar, walaupun kita hanya sedang duduk di atas kerusi! Jadi bagaimana kita boleh menambahkan otot berkualiti dalam badan kita? Makan lebih protin berkualiti dan kekal aktif. Ada banyak buku yang ditulis mengenai apakah protin yang terbaik, terutamanya Dr.David Heber dalam "LA Shape Diet". Jawapannaya adalah protin tanpa daging, kebanyakkannya protin soya untuk lebih speisifik. Sebabnya ialah protin adalah blok untuk membina otot, dan senang di cerna, protin tanpa lemak digunakan hampir sepenuhnya untuk membentuk otot yang sihat. Jadi lebih sedikit karbohidrat yang di makan dan lebih banyak protin soya, kita menukar persamaan dalam badan kita daripada sesuatu yang banyak lemak dan merosakkan kesihatan, kepada sesuatu yang efisyen dan membakar lebih banyak kalori untuk memberikan kita lebih tenaga.
Kita semua mempunyai jumlah protin yang menakjubkan dan sesuai mengikut diri masing-masing, dan ianya berbeza dari satu badan ke badan seterusnya. Oleh kerana itu Herbalife membolehkan anda untuk menambah jumlah Serbuk Protin Individu yang ideal ke dalam shake Formula 1 anda. Formula 1 Herbalife dan Serbuk Protin Individu (Formula 3), menghasilkan imbangan yang baik untuk nutrisi yang terbaik.

Minuman Herba Segera - "Minyak Untuk Roket"

Minuman herba dari Herbalife adalah ramuan penting terakhir untuk sarapan terbaik anda, dan jawapan kepada nutrisi anda. Minuman asli dan enak ini akan membuat anda percaya kepadanya selepas pertama kali meminumnya. Kombinasi herba dan teh hijau hebat ini akan membersih dan menyegarkan badan anda dan memberi anda jumlah tenaga yang boleh di gunakan dengan banyaknya. Bila anda mengambil minuman enak ini, sejuk atau panas, anda akan meningkatkan tahap metabolisma anda dan membakar lemak untuk membentuk lebih banyak tenaga. Kepada meraka yang merasakan minuman kopi atau kaffin tidak membantu, mereka akan sukakan minuman herba ini. Tiada perasaan tidak selesa akibat kaffin, cuma banyak tenaga yang boleh digunakan. Ini membuatkan minuman herba ini bagus untuk latihan sukan dan pertandingan dan juga bila-bila masa anda memerlukan tenaga. Tidak kira samada anda belajar, memandu jarak jauh, atau pada bila-bila masa anda mahu rasa paling bertenaga! Minuman herba juga membantu membersihkan dan membuang toksin dalam badan secara semulajadi. Jadi Formula 1, Formula 3 dan Minuman Herba adalah kombinasi terbaik untuk sarapan anda.

Bentukkan badan dan dapatkan kesihatan terbaik dalam hidup anda dengan Makanan Sihat Herbalife

Cuba fikirkan tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakkn orang yang mahu cuba untuk mengurangkan berat badan. Mereka lapar, tidak mendapat nutrisi yang baik dan kehilangan otot kerana mereka mengurangkan pengambilan protin mereka dan juga kalori. Apabila mereka berhenti mengamalkan "diet" mereka, lemak akan bertambah dan otot masih berkurang. Fikirkan tentang keperluan tenaga mereka, ia hanya akan menjadi lebih teruk. Sekarang fikir tentang keperluan tenaga anda dengan Herbalife. Anda mempunyai otot berkualiti, anda makan kurang lemak, gula dan karbohidrat tidak berfaedah yang lain, dan anda membuang toksin dalam badan supaya dapat menyerap nutrisi yang anda makan. Perbezaan yang ketara!
Jadi samada anda mahu bentukkan badan anda, turunkan berat badan atau berlatih untuk triathlon seterusnya, sarapan sempurna Herbalife adalah pilihan yang terbaik untuk meningkatkan nutrisi anda secara radikal dan masih menikmati makanan yang anda gemari.
Pilih shake Herbalife Formula 1 yang enak berdasarkan perisa kami iaitu Dutch Chocolate, French Vanilla, Coppuccino, Strawberry atau Tropical Fruit! Kami ada resepi berasaskan air, jus buah-buahan, soya atau susu rendah lemak dan banyak lagi pilihan lain. Anda juga boleh membuat pai atau makanan lain. Bukan sahaja anda makan sarapan yang terbaik, anda tidak akan makanan yang tidak baik DAN anda akan jimat wang. Ya, purata sarapan Herbalife adalah lebih murah dari sarapan biasa yang tidak sihat anda makan di rumah sekarang, atau terutamanya yang kita beli dalam perjalanan! Selepas beberapa hari anda akan rasa perbezaannya dan mula MELIHATNYA juga! Oleh kerana anda makan kurang lemak dan karbohidrat yang tidak berfaedah, anda akan mula membentuk badan anda. Ini boleh dinampak dalam berat yang kurang dan sentimeter atau inci juga.
Lemak adalah tidak bagus untuk ukuran pinggang anda dan semua orang tahu mengenainya, tapi begitu juga karbohidrat yang kosong. Ini adalah gula, roti, pasta, nasi dan semua kalori tambahan dalam badan anda yang tidak boleh di bakar kerana anda tidak cukup aktif. Kalau karbohidrat tidak di gunakan untuk menghasilkan tenaga dalam badan, ianya akan di simpan sebagai lemak. Sekarang anda lihat mengapa makanan yang tidak bagus boleh membunuh dan menggemukkan kita.
Kebanyakan sarapan kita adalah segera, kalori tidak berkhasiat, nasi, mi, roti bakar, bijiran bersalut gula, kopi dengan krim dan gula, daging berlemak dan kek manis. Semua makanan segera ini akan senang bertukar menjadi lemak jika anda tidak berlari marathon seharian! Dengan Formula 1 Herbalife, anda bukan saja mendapat apa yang badan anda perlukan; protin soya, vitamin, mineral, air, minyak sihat dan serat, dan anda akan jimat wang, dan perkara paling menarik sekali adalah rasanya yang sedap! Dan kelebihan utama Herbalife adalah herbanya. Ianya mencuci dan membaiki badan secara semulajadi, tanpa ini anda tidak akan mendapat khasiat sepenuh nutrisi kerana anda tidak menyerap sepenuhnya nutrisi ke dalam sel-sel.

16 March 2011

Asas Shariah Multi-Level Marketing (MLM)



Multi Level Marketing atau MLM merupakan suatu sistem perniagaan yang amat berkesan. Namun ramai diantara kita yang keliru dengan hukum shariah berkenaan MLM ini. Di Malaysia sendiri terdapat lebih 700 syarikat mlm berdaftar, tp adakah semuanya mematuhi shariah dan undang2? Setelah membuat kajian, saya telah menemui artikel ini. Harap dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati sebelum menyertai mana-mana syarikat yang menggunakan sistem multi-level marketing ini.


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.


3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.


4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.


6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.



7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.



9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

‎"sceptical without investigating is stupidity" hehe learn from Dr Khadijah Md Jadi
~yang tidak tahu sila datang event ye..

Siapa nak datang GenH HOM..?? 2 April ni



source:http://www.zaharuddin.net

05 March 2011

JADI MANUSIA BERMAGNET

Alhamdulillah

Satu minggu yang samgat padat bermula pada hari sabtu 26 Februari sehingga 4 Mac. Saya suka memenuhi hari dengan aktiviti. Hari sabtu lepas,saya decide untuk beli product HERBALIFE sebanyak 500vp. Alhamdulillah,pada hari yang sama dapat call dari kawan lama yang berminat nak consume herbalife. Katanya dia berminat kerana nak kurangkan migrain dan buffer segala macam ubat yang dia makan selama ini. So,saya terus jumpa dia di Times Square pada hari yang sama.

"Aku nak consume herbalife sebab pernah tengok ada orang dah kurang migrain. Aku bukan nak lose weight tapi  at least benda ni boleh buffer balik ubat-ubat yang aku duk makan selama ni. Bos aku dulu migrain kuat cam aku dan sekarang ni menderita rosak buah pinggang akibat ubat-ubat migrain. Aku pernah citer kat doktor pasal bos aku..ko taw ape doktor tu cakap ? Saya tengok buah pinggang awak ni ok lagi. Agaknya dia nak tunggu buah pinggang aku rosak dulu baru stop bagi aku makan ubat. Kadang-kadang ubat yang doktor tu bagi tak jugak boleh hilangkan migrain aku" ujar Musfirah.

"Well,aku tak menjanjikan herbalife boleh cure migrain yang ko alami sekarang. Bab buffer ubat yang ko makan which is banyak bahan-bahan yang kemungkinan tak lepas dalam penapis buah pinggang mungkin herbalife boleh bantu. Walaubagaimanapun,aku berpegang pada konsep cellular nutrition ni yang menyihatkan cell bukan herbalife sebagai ubat. Company dan laboratory herbalife tak pernah claim productnya boleh cure penyakit. Cuma testi pengguna herbalife yang membuktikan bahawa nutrisi sihat ini membantu dapat kurangkan penyakit diorang" bebel saya sebagai coach.



Alhamdulillah,terbuka hati seorang kawan lama untuk menjaga kesihatan diri. Semoga mendapat result yang terbaik. Aku doakan migrain kamu,Musfirah binti Zulkanrain berkurangan. Mungkin  ini sahaja yang aku dapat bantu. Korang bayangkan one day nanti aku bakal jadi seorang doctor tapi patient mengadu "doctor,betol ke ubat-ubat ini nanti boleh rosak buah pinggang?" .Kebenaran hanya ada pada doktor sebab kita belajar. Saya bukan anti ubat-ubatan cuma tak sanggup tengok orang terpaksa bergantung pada ubat sepanjang hidup.

Sepanjang saya belajar,ubat-ubatan selalunya mesti ada kesan sampingan. Dulu saya pernah ikut satu kursus mengatakan zionis telah memanipulasi ubat-ubatan untuk melemahkan tubuh badan orang islam. Sejak baby lagi,kita dicucuk dengan pelbagai ubat-ubatan untuk menguatkan imuniti baby. Sedangkan imuniti yang kuat berada dalam diri si ibu.


........................

Keesokannya, pagi-pagi lagi saya mendapat satu panggilan dari seorang customer yang berminat untuk lose weight. Dengan ketinggian sekitar 170 cm dan berat 93kg,customer ini memang perlu lose dalam 10kg supaya berada dalam range berat ideal sekitar 77-83kg. Alhamdulillah setelah hampir seminggu consume. En.Khir berjaya lost dalam 2.4kg. Saya terkejut dengar result yang dia dapat. En.Khir sila teruskan minum supaya berjaya hilang 10kg dalam sebulan.

ini doktor Kamarul bukan en.Khir.


Hari Isnin,teman Ummu Habibah dan Dalila ke DQ. Dapatlah luang sedikit masa dengan adik-adik comel dan kak-kak ijazah. Puas pusing keliling tasik DQ sambil bergambar sekeliling. Esoknya pula teruskan perjalanan ke UIA Gombak. Tak tahu nak ungkapkan betapa gembiranya dapat bertemu dengan kanak-kanak bekas DQ. Dari satu cerita ke satu cerita..gosip sana sini..haha. Kami tidak bergosip pun hanya tukar cerita.

Setelah berpisah dengan ummu dan dalila pada petang selasa,malam itu dapat lagi seorang tetamu merangkap bakal customer, Husna. Husna ini borong sampai 3 botol formula 1 gara-gara tengok saya minum herbalife shake di mesir. Dekat mesir seronok sikit minum shake sebab banyak jenis jus boleh bancuh dengan shake ini. Jus kat sana memang terbaik dari ladang.

Rabu dan Khamis,saya ke program SPIES. First time join program campur medic dan dirasat di Ampang Pecah. Baru tahu rupa-rupanya ustaz2 selangor( student dirasat) sporting sungguh. Kak Mas sudah berjaya satukan pelajar medic dan pelajar dirasat.

Pesan kak Mas " JADILAH KITA MANUSIA BERMAGNET "