Followers

26 April 2011

Septum Pellucidum

Bismillah

Apa agaknya nak share hari ini ? Hari ini hari kuliah. 4 hari yang lepas adalah cuti Al-Azhar bagi. Tapi idea aku nak datang time hari kuliah jugak. Sebab tu menaip entry hari ini. Kalau ikut hati nak cerita pasal SQ dan kaitannya dengan IQ and EQ. Memandangkan Ummu Habibah dah menaip entry pasal seminar yang kami hadiri tempoh hari. Jadi,diriku terus dilanda tidak rajin untuk taip pasal tuh. Boleh baca kat belog dia ok.

But,aku rasa nak topup sikit-sikit mengenai seminar tempoh hari.

Firstly,aku berasa takjub dengan satu ayat Allah yang berbunyi.

" Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat.Lalu Allah berfirman: Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar ! "Surah Al-Baqarah.


Boleh teruskan tengok tafsir dari ayat 31-33.
Ayat di atas menceritakan bahawa segala ilmu yang ada dimukabumi ini milik Allah dan Allah mengajarkan kepada Adam. Menurut Dr Muhammad Jantan,ilmu Allah sudah sedia ada dalam otak setiap anak adam. Cuma Allah sahaja memiliki kunci untuk membuka pintu rahsia segala ilmu di muka bumi ini. Sebab itu,kita mesti berdoa supaya Allah hilangkan hijab ilmu ini dengan menuntut ilmu dari guru. Kerana pada diri guru itu terdapat cahaya dan keberkatan.

Bila difikirkan bagaimana boleh wujudnya budak pintar seperti Adi Putra yang boleh menyelesaikan Matematik tahap universiti dengan mudah sedangkan dia tidak pernah belajar sebelum itu. Ayat ini cukup untuk menerangkan kehebatan Allah. Menuntut ilmu dengan guru menyebabkan berlakunya resonance dalam otak yang mana mengikut kaedah fizik ianya akan menghasilkan gelombang.

Untuk senang faham,saya akan bagi contoh. Dalam sebuah bilik yang gelap lengkap dengan lampu dan aliran elektrik. Hanya tunggu seseorang untuk memetik suis bagi menjadikan bilik itu cerah. Same goes to our brain. Allah dah lengkapkan ilmu dalam otak ,tinggal nak petik suis minda sahaja. Hanya suis minda yang positif sahaja yang mampu mengerakkan bio elektrik dalam badan.

Ok,sekarang semua faham kan yang kita dilahirkan bijak pandai cuma SQ sahaja yang membezakan tahap IQ kita. Tubuh manusia ini adalah satu keajaiban rangkuman cip kecerdasan yang diciptakan Allah bertepatan dengan ayat Allah

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan dalam sebaik-baik kejadian (sehebat-hebat kejadian)"                  Surah At-Tin ayat 4


Menurut pakar ginekologi,ketika bayi sudah cukup waktu untuk dilahirkan,kedudukan bayi berada dlm posisi sujud.Apabila scanning dilakukan,terdapat cahaya di bahagian otak.Dalam posisi ini,darah mengalir ke bahagian Septum Pellucidum (Joy centre).  Nak tahu ayat berkaitan septum pellucidum,sila baca belog Ummu Habibah. Joy centre ini berkaitan rapat dengan SQ.

Itu aje nak kongsi. Cuma ada satu doa yang buat saya fikir panjang satu masa dahulu dan sekarang saya sudah temui jawapannya Doa itu selalu meniti di bibir Prof Razali.

" YA Allah, bukakanlah kunci pintu rahsia segala ilmu-Mu "


Dulu,saya selalu terfikir kenapa prof suka sebut ayat kunci. Sekarang bila difikir-fikirkan memang Allah kunci segala ilmu dan kunci itu dibuka bila kita menuntut dengan guru.

NB : SQ berkaitan dengan hubungan manusia dengan TuhanNya
..........................................................

Saya terpaksa stop taip entry sebab ada orang nak timbang berat..Siapa nak tahu inner scan badan boleh pm saya. Available untuk mereka yang berada di Mesir sahaja.


19 April 2011

Murabbi Cinta

Bismillah....

Mukadimah Murabbi Cinta membuatkan hatiku menangis. Allah, inilah yang ku cari untuk membasahkan hati yang saban hari kering bersama keringnya musim panas yang sudah menjelma. Air mata tidak mampu lagi mengalir saat bacaan doa dilafazkan. Hatiku perlu kepada sesuatu yang membuatkanku berfikir betapa bersyukurnya aku menjadi seorang muslim dan mukmin.

  " Allah mahu manusia mengingati-Nya sebagai Tuhan yang Maha Kaya dengan cinta. Kayanya cinta itu hingga Allah lebih suka mengampunkan dosa si hamba berbanding menghukumnya. Alangkah tidak meminta ampun pun diampunkan dosa pada WUDUK, SEDEKAH serta SENYUM indah di wajah saudara, apatah lagi ahli dosa yang mendatangi-Nya dengan taubat dan istighfar "


Tuhanku Maha Penyayang ,
Ampuankanlah dosaku saatku senang mahupun susah.
saatku mengingatimu mahupun saatku lalai.

Ya Allah,ketuklah pintu hatiku setiap masa agar diriku jauh dari lalai.

Manusia mudah leka dan lalai. Itulah sifat yang ada pada diriku selaku hamba yang tidak tahu mensyukuri nikmat. ----

Saudaraku sekalian,
  Entry di atas adalah sekadar perkongsian. Hanya seperenggan ayat sahaja sudah membuatkan hatiku menangis  terharu. Inilah hakikatnya betapa Allah mencintai setiap dari hambanya. Bersyukurlah kerana Allah sayang dekat kita semua.

   " Katakanlah (wahai Muhammad) 'wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri [dengan perbuatan maksiat] janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani " -Al-Zumar : 53

  " Allah sayang hidayah..Allah sayang aku "


Ayat psiko pemujuk hati saat diri serabut dengan pelbagai perkara. Tak tahu nak cakap macam mana,rasa lega lepas habis baca mukadimah sahaja belum masuk isi kandungan lagi.

Pernah tak rasa macam lost sesuatu saat korang pulun study ? Pernah tak rasa bosan study banyak-banyak ?
Itu yang aku rasa semalam ( semalam kemuncaknya ). Tengah-tengah study histo sebab esok nak kena soal, tiba-tiba hati jadi mengah. Jadi serabut otak sebab esok doctor paling garang nak soal subject tersebut. Kesimpulannya aku study kerana takut doctor. Terpesong jauh niat study aku semalam.

Tanpa lintasan niat di hati,tanganku terus mencapai buku Murabbi Cinta untuk rehatkan minda. Buku itu sudah berkali-kaliku baca tetapi tak pernah hatiku tersentuh dengan ayat di atas. Semalam, ayat itu telah membuatkanku terharu seterusnya telah membakar semangat study.

Terharu tak andai kekasih hati korang lafazkan rasa cinta dan sanggup menerima baik buruk malah mengampunkan segala kesalahan yang pernah korang lakukan sebelum tu ? Macam tulah aku rasa bila Allah ampunkan aku, Allah sayang aku, Allah dekat denganku. Naik tak semangat lepas tu ? Mestilah naik kan.

Menjadi satu masalah bila rasa diri tidak berdosa walaupun kita tak buat dosa terang-terangan atau dosa yang jelas. Anggaplah diri kita sentiasa berdosa supaya kita sentiasa rasa ingin diampunkan, ingin diperhatikan oleh Allah.

Sekian sahaja sharing hari ini,mana yang baik jadikan pedoman yang buruk buanglah jauh2.

adik-adik


piala baling selipar


16 April 2011

Oh my doctors !

Bismillah...

Andai kalian diberi pilihan memilih pasangan,mana yang akan kalian pilih ? Dwarfism, Cretinism dan Infantilism.
Cepat pilih. Haha,ini adalah soalan tricky doctor Asyraf. Apa yang korang rasa aku bakal pilih?

     " what will u choose? "


    " i will choose DWARFISM "

Dalam hati menangis je minta jauh dari apa yang aku cakap kat doctor. Nauzubillah. Doctor sengih je dengar pilihan anak-anak muridnya. Dalam banyak-banyak anak murid dia,ada jugak yang pilih CRETINISM.
Doctor pun terangkan.

    " Dwarfism people,they are short but very intelligent while Cretinism people are short, idiot and sterile "

Alhamdulillah,aku tak salah pilih. Tapi andai diberi pilihan antara dwarfism dengan manusia normal. Aku pilih manusia normal la kan biarpun tak intelligent macam orang-orang dwarfism. Cretinism ni pula sebaliknya plus mandul. Same goes to the infantilism.

Nama-nama disorder kat atas ni semua berkaitan dengan masalah hormon. So,mereka yang sihat diluar sana,kena banyak bersyukur kita dilahirkan sihat dan membesat dengan sihat.
Pelihara nikmat hormon yang stabil ini dengan elok.
.......................................................

Seterusnya nak cerita pasal doctor pilih kasih.

Ada seorang doctor lab biochem ni. Beliau seorang doctor yang sangat tegas. Masuk lambat lab kena marah. Tak pakai lab coat pun kena marah. Bisik dengan kawan pun nak marah. Segala bagai lah nak marah. Ambil attendance pun nak kena tunjuk ID card. Leceh tak !

Leceh sangat-sangat nak tanda kehadiran perlu ID card padahal orang yang datang kelas haritu duk depan mata dia aje.

One day,aku tak bawak ID card during lab session. Mana tah id card aku sejak revolusi Mesir tempoh hari. Aku pun terkedek-kedek datang dekat beliau,cakap pelan-pelan ala-ala lembut lagi ayu.


     " Dr, i dont know where i put my id card. Maybe i lost it somewhere. Next class i'll tell u the same thing "


    " It's okay. What's ur name ? "


    " Siti Nur Hidayah "


    " Could u please help me trace ur friends that travelled back to malaysia forever "


    " oh,sure"

Aku pun tolong lah beliau potong nama kawan-kawan aku yang dah berhenti separuh jalan ambil medik ni.
Doctor tu senyum je sepanjang aku duk tolong dia. Bila aku balik tempat aku,kawan-kawan semua pakat tanya.


    " kak dayah tak bawak kad kan ? macam mana kak dayah buat sampai doctor tak marah sikit pun "


    " akak baca doa pengasih "

Ceh, aku bohong je. Tapi aku tak bohong budak-budak ni,aku explain balik kat mereka. Aku pun buntu kenapa doctor tak marah kat aku. Cuma satu je kesimpulan yang aku boleh buat,aku ni suka berdempek kat doktor ni,suka tanya macam-macam. Jadi doctor tu macam sayang kat aku..Perasan kan ?

Satu je keburukan baik dengan doctor,adalah aku tak boleh escape kelas. Susah kot. Nati kang dia tanya macam-macam. Time tu tak kan aku nak berbohong. Pernah satu hari tu,aku minta dia ajarkan aku guna device untuk urine test. Elok je lepas dia ajar aku,dia pun suruh.


    " U,stay here and help all of your friends. "


   " Are sure doctor ? they all about 42. How can i do it alone ? "

Ada je nak suruh aku buat..
..........................................................

Korang rasa gigi taring yang aku bela sejak kecil ni huduh ke ?

Sedih tak bila time korang jumpa doctor untuk explaination,tiba-tiba doctor tu menyelit tegur suruh pakai braces. Terus down semangat aku. Elok 10 soalan aku nak tanya,last-last 2 je sampat aku tanya. Selebihnya aku simpan jawab sendiri. Melampaunye cerita aku ni.

Dah lama aku nak pakai braces cuma tak ada kesempatan.Plus kena Q panjang kalau nak pakai braces murah. Aku kan anak tentera so dapat murah la. Bila dah dapat turn,doctor malaysia pulak sarankan aku pakai di mesir sebab aku duk mesir lagi lama dari malaysia.

Sepanjang aku belajar di Mesir ini,sudah 3 orang doctor tegur gigi aku. Ada seorang doctor ni tegur betul-betul time aku tengah nak oral exam. Frust betul. Lagi frust sebab aku ingat dia tanya histology of teeth atau something tentang gigi. Rupa-rupanya dia nak cakap pasal gigi aku.

      " u must wear braces for your future "

Okei,sekarang aku paham aku memang kena pakai braces. Macam mana rupaku tanpa gigi taring ? Nantikan new hidayah.





04 April 2011

Hasil rumusan pembelajaran.


Bismillah

Dah lama rasa tak menaip entry. Lately rasa macam malas nak bercerita tetapi malam ini terlebih rajin nak menaip untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di fakulti. Boleh ke nak start cerita sekarang?

Boleh la kan sebab ni blog saya. Siapa lagi nak tolong updatekan entry kalau bukan diriku sendiri. Baru-baru ni dapat markah physio. 38/50. Sikit tak markah aku? Housemate semua dapat 40++. Sedih sebenarnya,yelah study sama-sama. Pulun exam pun sama-sama. At last,end up by different grade of results. Bersyukur jelah.

Alhamdulillah paper anatomy meletup sikit. Sikit je tak banyak mana 26/30. Sebenarnya paper2 exam medic Al-Azhar ni macam pelik sikit pemarkahannya. Satu-satu department ikut suka je nak bagi perberapa. Paper Histo lagilah,total mark hanya 6. Rasa nak gelak pun ada. Baca banyak-banyak tapi nak score dalam exam hanya 6 markah. Makin sikit markah,makin kena berhati-hati nak jawab exam. Tak pasal-pasal,lost markah di merata-rata tempat.

Tahun ini saya agak bersemangat sikit nak study. Malas tu masih ada jugak sisa-sisanya. Jadi makin cinta nak belajar especially kalau dapat doctor yang super duper best. Doctor physio yang best adalah Dr.Asyraf dan Dr.Basma. Dua-dua doctor ni adalah student Master. Hebat gila dorang ni. Dr.Asyraf score 98% dan Dr.Basma score 80++% dalam physio master exam. Dua-dua doctor ini adalah doctor Al-Azhar.Sorang mengajar Azhar banin dan sorang lagi Azhar banat. Siang-siang saya belajar formally dengan Dr.Basma dan malam hari belajar informally dengan Dr.Asyraf. Nak jadi excellent,kenalah menuntut dengan excellent doctor kan?. Diorang berdua ni comel sangat. Suka compete dalam master exam.

Belajar medic ini menarik kalau set mind belajar bukan untuk exam. Banyak sangat kena explore tentang badan kita. Branch yang paling menarik tahun ini adalah CENTRAL NERVOUS SYSTEM. Belajar ini sahaja pun dah membolehkan kita detect orang tu ada good cerebellum function dan boleh detect intelligent function dalam cerebral cortex. Pernah dengar tak chorea disease and ataxia ? Sepanjang buat research tentang penyakit ni,kebanyakannya orang barat je ade. Disease ni due to lesion some part dalam brain. Cause of lesion ni pelbagai. Saya tak belajar detail lagi . Cuma prediction awal saya maybe ada masalah arterial supply to the brain such cerebral haemorrhage or thrombosis.

Ade satu cerita Jepun ni tajuknya The Brain kalau tak silap. Dalam cerita ini,dia tunjukkan scan of the brain bila kita sedang recall memory.  Darah akan mengalir ke tempat memory part of the brain which is the hippocampus. Saya sedang nak relate dengan solat yang difardhukan ke atas orang Islam. Betapa agungnya dan besarnya hikmat solat ke atas orang Islam. Darah mengalir ke seluruh part of brain dan merangsang semuanya untuk berfungsi dengan baik. Orang yang solat malam ni mesti ada good functioning brain dan PANDAI.

Best tak belajar medic ? Itu baru tentang physiology,belum masuk biochemistry. Hari ini belajar mineral. Mineral ni ada dua jenis. Satu macromineral dan satu lagi micromineral. Dah jelaskan jenis macro kena ambil dalam kuantiti yang banyak dan micro adalah sebaliknya.

Part menarik saya nak cerita tentang CALCIUM. Tau tak calcium ni penting bukan setakat untuk kuatkan tulang je. Banyak sangat functionnya. Kalau disenaraikan fungsinya memang panjang jela entry aku ni. Tengok requirement pun dah cukup nak bagitau kita calcium ni penting. Orang dewasa perlukan 700mg/day dan kanak-kanak dalam 1000mg/day. Kalau minum HERBALIFE,dah sediakan hampir 100mg/serving. Kalau minum dua kali sehari darab jelah kan. Kalau kurang calcium jadi ape kat kita ? Korang pilih,nak Osteomalcia atau Ricket untuk bakal anak korang.

Siapa pernah masuk air dalam badan ? Taw tak sebab apa doctor masukkan air dalam badan melalui tube? Actually,air yang dimasukkan dalam badan tu not purely air kosong. Air tu dah dicampurkan dengan sedikit sodium chloride untuk hydrate kan badan kita. Minum air kosong sahaja tak mampu untuk hydrasikan tubuh badan. Badan perlukan sedikit sodium untuk retent air dalam tubuh. Oleh itu, saya rasa bertuahnya minum teamix HERBALIFE sebabnya badan saya tak mengalami dehydration dengan kehadiran sodium dalam teamix. Kulit saya makin sihat dan cantik dengan herbalife product.

PHENYLALANINE. Mesti tension dengan aku kan sebab banyak sangat term-term medic dalam entry kali ini. Benda alah ini bukan sebarangan benda. Ia adalah sejenis protein yang kita wajib gain dari dietary food. Badan tak boleh hasilkan protein ini. Kenapa protein ini penting ? kerana ianya adalah salah satu buiding block dalm penghasilan cell yang sihat dan ianya adalah precursor kepada protein tyrosine yang super duper penting untuk badan. Tyrosine ini adalah protein yang dihasilkan oleh tubuh. Bayangkan macam mana tyrosine nak ada kalau bapa dia tak ada (phenylalanine)?

Tyrosine ini penting untuk hasilkan thyroid hormone. Satu-satunya hormone penting yang regulate semua metabolism dan effect banyak benda dalam tubuh. Tyrosine juga regulate metabolism paling aku suka iaitu LIPOLYSIS (bakar lemak) melalui penghasilan catecholamines. Penting tak phenylalanine dalam diet kita.
Herbalife mention awal-awal lagi product dia ada phenylalanine.

Question “mana nak dapat semua benda ini ?”
My answer “ thru herbalife high protein diet which formula 1 shake and teamix”


So,korang semua jangan banyak tanya. Minum je herbalife kalau nak sihat tubuh badan luar dan dalaman.  Saya dah dapat 114 jenis nutrient setiap pagi. Anda tunggu apa lagi ?

 Siapa personal coach ni ? ok,sayalah tu. Jangan segan untuk bertanya apa-apa untuk membaiki kesihatan anda. Lose weight now and get healthy. Saya ikhlas berkongsi dengan anda. Sebarang pertanyaan boleh mesej saya di FB : Hidayah Yussof.