Followers

30 September 2010

Mush fahim..

Dengan nama Allah,

Lately,rajin je tangan nak update blog..Nikmat masa lapang mesti dimanfaat sebaiknya. Bersyukur kerna punya masa nak update benda alah ni. Waktu malam-malam macam ni,semua orang dengan kerja favourite masing-masing.Ada yang layan movie,ada yang suka berborak dan ada yang suka menyendiri sambil update blog.

Hari ini cuti.Saya dan ahli beyt bercadang nak masuk rumah baru tetapi malangnya rumah tersebut telah di-seal-kan oleh pihak polis. Kata shimsa(agen rumah) tuan rumah tersebut membina rumah tingkat atas sekali tanpa permit polis dan tuan rumah tersebut baru je meninggal dunia. Rasa macam tertipu dan ditipu. Lesap Le1200 macam tu aje. Takpelah. jikalau betul shimsa itu menipu kami,memang dia makan duit haram.Jadinya,kami merempat di rumah orang.

Perjuangan diteruskan lagi. Disebabkan susah sangat nak cari agen rumah yang tulus,saya dengan langkah berani mati menyerbu imarah-imarah yang berdekatan disitu.

"lau samaht,maugud sya'ah lil igar fi hazihi 'imarah?".."aizaa fihi talatah ghurfah"

Ayat nilah yang ku ulang setiap satu 'imarah. Nak keluar ayat macam ni punya la ligat otak pikir, Tapi yang bestnya,bila bawwab(penjaga 'imarah) itu jawab dengan panjang lebar, saya satu pun tak faham. Bila dah tak faham, ape lagi..keluarlah ayat famous ni..."maalish,ana mush fahim kalamul 'arabi".

Pengajaran hari ini,
1-janganlah suka bergantung pada shimsa yang suka kaut duit lebih.
2-anda mampu cari rumah sendiri bilamana anda berani bertanya pada penduduk arab
3-selalunya berkomunikasi dengan sesuatu bangsa untuk mendapatkan bahasa tersebut.

........

Moga Allah permudahkan segala urusanku...Harap-harap esok lusa dah boleh masuk rumah baru...

29 September 2010

celoteh

Bismillah...

Hari ketiga kuliah untuk pengajian tahun 2011.Semalam,dalam rangka mengintai pelajar tahun satu Malaysia tiba-tiba saya ditarik oleh Dr.Omaima untuk membantu beliau menyelesaikan persoalan-persoalan pelajar baru.Semua soalan adalah soalan yang sama pernah saya tujukan pada senior saya tahun lepas.Kebanyakkan soalan berkaitan tentang dimana boleh dapatkan lab coat,buku teks,pesta buku bila dan banyak lagi. Alhamdulillah,jawapan saya sedikit sebanyak dapat selesaikan masalah adik-adik.

Saya bagai tidak percaya saya sekarang sudah berada tahun 2 perubatan. Lagi 5 tahun selesailah degree saya tetapi untuk menunggu lagi 5 tahun itu yang perit. Proses pembelajaran memang sakit. Kena bersengkang mata,menahan kehendak untuk bersenang-senang dan sebagainya. Tahun ini dukturah agak serius dengan kami. Sudah tiada senda gurau dalam lecture. Every week hendak buat test. Kata dukturah,result final exam last year kami sangat teruk. Mungkin betul kata dukturah.Kami memang tidak setanding pelajar Arab.Mereka kalau dapat jayyid jiddan pun menangis sebab tidak dapat mumtaz.

"malaysian doctors,please wake up and concentrate to my lecture. Don't sleep during lecture. Take tea or nescafe to make you alert" itulah ayat dukturah kalau ada antara kami yang tersengguk. Saya agak terkejut bilamana kami dipanggil doctors sedangkan kami masih lagi students.Rupa-rupanya,dukturah berpsycho dengan kami. Mereka mahu kami merasai tanggungjawab menjadi doctor dan mereka tidak mahu kami belajar sambil lewa.

Abah selalu pesan" Belajar selalu,biar dapat mumtaz. Jangan banyak online. Tidur biar tetap waktu." Kadang-kadang rasa macam tak mampu nak jadi doctor. Saya lihat kawan-kawan yang dapat mumtaz mereka memang fight for it.

thoracic vertebrae

 


27 September 2010

Tahun Baru, Semangat Pun Mesti Baru..!!

Alhamdulillah..

Tepat jam 9 malam,saya sudah tiba di bumi Ardul Kinanah. Bumi dimana saya tidak boleh cakap sebarangan kerana segala yang diperkatakan akan diuji . Bumi dimana segala yang dihajati InsyaAllah semuanya akan dimakbulkan bertepatan dengan firman Allah "pergilah kamu ke satu kota(mesir),pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta". Oleh itu,banyak2 lah berdoa ye kawan2..

Sebenarnya kami (saya,widat,ummu,hajar dan husna) sepatutnya sampai di Mesir pukul 6 petang tetapi disebabkan flight delay selama 2 jam maka terpaksalah kami membuang masa dan wang di Bahrain. Semuanya bagai tidak sabar hendak sampai Mesir kerana keesokannya ada kuliah yang WAJIB dihadiri.Perasaan..?? Bila kaki sudah mencecah bumi Mesir,seribu satu perasaan datang menerpa secara tiba-tiba. Rasa sayu je. Semua merindui Malaysia.

27 September
Pagi-pagi dah bangun dengan semangat yang dibuat-buat.Yelah nak pergi kelas kan. Diriku masih keletihan sebab badan masih memerlukan masa untuk adapt dengan jam Mesir. Time tidur pun masih tak betul plus dengan tidak boleh lena dalam flight. Alhamdulillah,segala kemengantukan dan keletihan yang teramat dapat diatasi dengan Teamix. Whole day rasa sangat energetic. Bangga betul jadi Herbalife Independent Distributor.
Bayangkan kena tadah telinga dengar lecture selama 7 jam. Siapa mampu tahan mengantuk selama berada dalam lecture hall..? saya dahulu memang kaki mengantuk dalam kelas. Kalau lecturer masuk je,saya hanya mampu bagi semua tumpuan paling lama pun 15min,lepas tu jadi terlelap la kejap-kejap terkhayal. Macam-macam ragam dalam menuntut ilmu ni.

Ummu selalu pesan,kita ni nak belajar kena relax-relax je. Time dukturah terang kita senyap,time dukturah senyap kita borak lah. Haha,ummu memang stylo. Banyak sangat tips belajar dia yang pelik-pelik tetapi berkesan. Habit kami dalam kelas suka gelak. Ada je benda yang nak digelakkan. Selalunya bab-bab gelakkan orang. Jahat tak..? Kami bukan sengaja nak gelakkan orang tetapi memang lawak pun scene-scene budak kelas. First day,dah gelakkan sorang budak ni. Kesnya,dia nak jawab soalan dukturah,mungkin dia bajet semua nak jawab serentak dengan dia. So,dia pun jawablah dengan lantang sekali. Tup-tup dia sorang je yang bersuara yang lain senyap je. Punya la kuat suara dia. Saya dan Ummu ape lagi,tergelak sakan lah.

Hari ni,kami belajar bab endocrine system. Belajar bagaimana hormone-hormone dirembeskan. Sangat cool belajar sebab buku satu habuk tak beli lagi. Nganga je tengok dukturah. Dukturah pun suap satu-satu dalam otak. Paling bosan bila kena duduk dalam lab anatomy selama 3 jam straight. Kena main-main dengan tulang bahagian thorax. Bosan sih..!! Nasib baik ada Ummu si penghibur hati. Kejap discuss kejap masuk bab raya. Macam-macam betul perangai adik-beradik aku yang sorang ni.

Dahlah,rasa malas nak berceloteh panjang. Siapa-siapa yang baca entry ni,tolonglah doa-doakan saya dapat pangkat mumtaz this year dan boleh naik tahun. wassalam

06 September 2010

kekayaan mukmin


“gaji boleh menyara hidup anda tetapi hanya cukup untuk keperluan hidup sedangkan keuntungan boleh menyara kehendak anda dan mendatangkan kekayaan” –Jim Rohn,ahli falsafah perniagaan ternama didunia.
Statement di atas cukup untuk menunjukkan si hidayah ini mata duitan.Hidup nak kaya aje.Siapa tak nak kaya? Cuba angkat tangan sikit.Sebenarnya dalam hidup ni,nak ke tak nak ke mesti kena kaya juga.Tahu tak sebab apa? Sebab kita ada misi. Seorang mukmin yang kaya itu tidak hanya memikirkan dirinya sahaja tetapi memikirkan keadaan ummah disebabkan sinergi keimanan yang tertanam dalam dirinya.
Cuba tengok keadaan ummah sekarang.Ummat Islam menjadi miskin,tidak sihat,lemah imannya dan yang sangat jelas semuanya mengharapkan bantuan zakat.Penerima zakat sangatlah ramai sedangkan pembayar zakatnya boleh dibilang dengan jari. Saya teringat kisah di zaman khalifah Umar (kalau salah ,sila  betulkan),zaman itu tidak ada seorang pun layak menerima zakat dan kalau adapun mereka malu untuk menerima zakat malah mereka rasa ada orang yang lebih layak dari mereka.Indahnya zaman itu,mukmin sangat kaya.Kaya dengan harta dan kaya dengan akhlak.
Anda tidak teringin ke merasai zaman itu? Islam sangat hebat.Hasil mahsul kerajaan islam sangat banyak.Saya teringat satu kata-kata “andai hujan turun di sebelah sana(merujuk tmpt yg sangat jauh),hasilnya tetap akan kembali kepada kita”.Boleh bayangkan betapa luasnya kerajaan Islam ketika itu. Maaflah,saya ni lemah sikit bab2 sejarah islam.Saya tidak suka menghafal sejarah tetapi saya suka menyelami sejarah. Dengan menyelami sejarah,saya bagaikan hidup di zaman itu.
Ramai sudah mengetahui saya sedang menjalankan bisnes. Ramai yang menyokong kerjaya saya dan ramai juga cuba menjatuhkan semangat kerjaya baru saya. Mungkin ramai berpendapat saya ini suka cari wang lebih dan boleh beli macam-macam.Hei,anda silap ya! Saya seorang yang mempunyai fikrah yang jelas. Saya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil untuk agama tercinta.Orang mungkin tidak nampak bagaimana saya relatekan bisnes saya dengan kerjaya tetap sebagai khalifah tetapi biar Allah sahaja yang menilainya.Saya tidak perlukan penilaian dari manusia.
“Hanya kepada Allah sahaja aku sembah dan Hanya kepada Allah sahaja aku memohon pertolongan”- Al-fatihah.
Ini ayat motivasi saya setiap hari.Saya sangat mengharapkan Allah membantu setiap tindak tanduk saya.Atas motivasi inilah,saya teruskan apa yang saya perjuangkan .Masing-masing mempunyai sesuatu untuk diperjuangkan,saya juga ada.TIADA KESUDAHAN BAGI SEBUAH PERJUANGAN.
“Di mana saya berada sekarang adalah tidak penting,dimana saya akan berada pada masa hadapan adalah lebih penting.Lebihkan mengambil berat mengenai orang lain dan diri anda sendiri akan terjaga”-Mark Hughes,pengasas herbalife.
Wow,tengok kata-kata Mark Hughes.Sangat menusuk kalbu. Dimana hidayah pada masa hadapan? Semoga masa hadapan nanti,saya ini antara penyumbang kebangkitan Islam. Amin Ya Robb. Semoga usaha saya untuk melihat umat islam sihat dan kuat inilah menjadi saham akhirat saya kelak.Saya mahu melihat tentera-tentera islam yang bangkit kelak semuanya sihat dan bertenaga.Usahaku umpama peluh yang menitis,Allah sahaja yang mengetahui apa yang aku sedang buat.
Entry ini bukan untuk meminta simpati tetapi untuk memahami sahaja.Kadang-kadang rasa sedih bila orang terdekat dan orang yang sepatutnya memahami tiba-tiba menjadi batu penghalang untuk kita terus melangkah.Matlamatku tetap sama dengan kalian dan selama-lamanya tidak akan berubah dengan izinNya tetapi mungkin berbeza cara kita mencapainya.
Saya sayang Allah.Saya mengharap Allah sayang saya juga.Saya kuatkan diri saya kerana Allah sedangkan diri saya tersangatlah lemah. Allah sumber kekuatan saya selama ini. Saya suka melihat langit Allah. Bila saya sedih,saya akan pandang ke langit.Saya rasa Allah juga sedang melihat saya.
~buat mereka yang bersedih..lihatlah ciptaan Allah kelak kamu akan merasa kedamaian.

04 September 2010

Puteri Plastik-epilog-


asah bakat !!
**diatas permintaan seseorang,cerpen Puteri Plastik akan diterbitkan buat julung kalinya.Cerpen ni tak sama dalam astro taw..

            Alkisahnya bermula dengan kelahiran seorang puteri tunggal milik pasangan seorang businessman yang berjaya dengan seorang doktor perubatan.Puteri ini dilahirkan di Mesir di mana tempat bonda dan ayahandanya menuntut ilmu.Mengalir dalam darahnya campuran darah bangsa arab+british dan melayu+cina.Tinggallah puteri tersebut disana sampai umurnya mencecah 5 tahun.
            Saat umurnya berganjak ke angka 6,sekali lagi berlaku penghijrahan ke kota London menemani bonda dan ayahanda mengembara ilmu.Puteri tersebut membesar di kota besar sehingga umurnya mencecah 11 tahun.Selama 6 tahun berada disana,bonda dan ayahandanya hanya sempat bersamanya selama 3 tahun sahaja dan mereka kembali ke Malaysia kerana urusan kerja.Tahun selebihnya,Puteri tersebut tinggal bersama moyangnya berbangsa british di London.
            Puteri tersebut pulang ke Malaysia ketika berumur 11 tahun.Waktu itu,keadaan dirinya sangat berbeza dari segi akhlak.Ibu bapanya agak terkejut melihat perubahan sosial diri anak kesayangan mereka.Puteri itu akhirnya dimasukkan ke sekolah agama untuk membaiki kekurangan input-input agama dalam dirinya.Puteri merasai bahagia dengan mempelajari ilmu agama.Hatinya mula tertarik untuk lebih mendalaminya.Dia merasa sungguh malu saat kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia,dia berpakaian terlalu seksi meskipun umurnya ketika itu baru 11 tahun.
            Puteri adalah seorang yang sangat ramah serta mudah menyuaikan diri dengan sekeliling. Walaupun dia dibesarkan di luar negara,dia tidaklah sombong dan angkuh apabila pulang ke negaranya sendiri.Disebabkan itulah,dia mudah mendapat kawan di Malaysia. Puteri menyedari ada diantara kawannya yang mempunyai niat tertentu berkawan dengannya memandangkan dia datang dari keluarga yang kaya.
akan bersambung..